Monday, June 15, 2009

Zoom @ Homestay n firefly watching




Weekend ni aku bz lagi!! Bz pg bejalan je..This week aku dijemput pg Zoom ke 3 penempatan homestay dan tgk kelip2 kat Sungai Kerian, Nibong Tebal. Actually ni project colleouge aku n pengarah nak aku join skali. So ari sabtu tu memang penuh aktiviti dari pagi ke malam. Bermula dengan melawat homestay di Mengkuang Titi, kat situ kitaorg di bawa ke ladang getah, tgk org buat bahulu dan melawat beberapa buah rumah tradisional home stay.

Then trus move ke Nibong Tebal di Sungai Cena’am. Kami disambut dgn meriah oleh orang2 kampung dan yang best dpt mkn udang galah besar masak gulai. Sedap bangat, puas la dapat mkn 4 ekor yg besar2 dengan sayur keladi masak asam, sambal kuini n ikan kering. Simple tp best. Pastu lawatan diteruskan dgn melawat tmpt org buat kraftangan dan kuih2 kampung.

Petang tu kitaorg naik bot menyusuri Sungai Kerian utk tgk kelip2. Firefly watching kat sini x ramai sgt yg tahu mcm yg kat Kuala Selangor tu coz kat sini baru nak diexposekan. Kul 6.45 ptg ari masih cerah so kami dibawa tgk sunset dulu sementara nak tggu gelap. Then bermula la firefly watching. Tgk firefly ni x dpt nak diabadikan dalam photo coz memg x nmpk apa pun kalo tgkp gambr so memg kena experience sendiri. Cantik sgt tgk kelip2 ni menghiasi pokok2 kat sepanjang sungai tu n siap kita leh pegang lagi..

Pas tgk firefly kitaorg trus ke rumah mak angkat masing2 dan stay di rumah mereka utk 1 mlm. Mak angkat yang aku n kwn aku dpt memg best n layanan memg tip top. Dorang ni seronok sgt dpt tetamu dan kami dilayan serba serbi cukup. Pas dinner, sembang2 dgn family yang br kami kenal n pastu apa lg..tdo la..Esoknya kami bertolak pulang pas bfast. Mak angkat sempat lagi bekalkan mcm2, kepada makcik Faziah terima kasih atas layanan mesra yg diberikan. Ni first time aku rasa pengalaman duduk di homestay, memg best. Pergi la melawat dan zoom Malaysia kerana banyak tempat untuk diterokai dan dilawati.. hehehe promote skit Zoom.

Tu la catatan weekend aku minggu ni. Hope next wk dpt rehat kat umah!! Dgr kata kena join product update to Taman Negara P.Pinang..x tau lg, tgk camne.

2 comments:

mamai said...

nice place aku dah berapa kali nak pie tapi hajat belum kesampaian...may be one day

asz said...

pg la nanti!! best gak..