Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka



Selamat Hari Kemerdekaan ke 52 buat Malaysia tanah airku tercinta!
1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan





kata prinze: hujan emas negeri org, x sama dgn hujan batu di negeri sendiri yg lg best!!

Friday, August 28, 2009

Kisah orang tak puasa


Ari ni dah seminggu kita puasa, dan kalo kat sini boleh dikatakan seminggu tu la asyik ujan je!! Ni aku nak share la kat sini pasal orang2 yg x puasa ni, tiba2 je aku terdetik untuk berfikir..

Semlm aku smp ofis trus aku ke toilet n aku nmpk la dlm tong sampah ada bungkusan makanan dan puntung rokok!! Sah sah la aku tau rupanya ada 2 org hamba Allah itu x puasa!! Patut la setiap pagi awal je dia dtg rupanya dia make sure dia breakfast sblum org lain dtg.

Then aku saja la tya kawan aku yg lain pasal aku jmp bungkusan dlm tong sampah tu, dia ckp memg "hamba Allah" tu tak puasa, dari dulu lg!! Aku xde la terkejut sgt coz sebelum ni pun aku penah menjadi saksi kawan2 yg x berpuasa tp dorg tu sume bujang. Yang kali ni "hamba Allah" tu dah pun ada anak bini, umo dkt 40 la..hrmm ntah la sendiri fikir la.. Kang cakap lebih2 kurang plak pahala puasa!!

Actually aku tingin nak menyelami hati org mcm ni, apa prasaan dia x puasa tu, x leh tahan sgt ke? or memang sj2 xnak puasa.. Sibuk plak kan aku?? Tp tu la sj nak share cite ni coz sharing is caring...n renung renungkan la. Selamat berpuasa.




kata prinze: umo 8 tahun dah leh puasa penuh!!

Monday, August 24, 2009

Nak pegi ke x?



Nak pg ke x ptg ni? Aduh..aku ni bkn boleh pg pasar ramadhan!! Sume jenis kuih aku nak beli..

Semlm pg pasar, 12 rggt habis kat kuih je!! Tu la kena pandai control nafsu di bulan ramadhan ni. Ni nmpk murtabak nak beli, nmpk popia nak gak, nmpk seri muka nak gak, mana x abis duit bwk 50 rggt pun bleh abis!!

Tp hampeh tul beli murtabak semlm, nmpk luaran elok mcm sedap je, bila dah mkn tawar abis!! Pakcik tu lupa letak garam ke??? So ari ni kena dptkan gak murtabak yg sedap!







kata prinze: seri muka, kuih keria..dlm kepala!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat menyambut bulan ramadhan, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Insyallah..





kata prinze: terawih mlm ni!!

Thursday, August 20, 2009

Pissed off!!



Penah x berbual dgn org yg sgt berlagak dan ego? Pastu apa2 pun sume dia yg bagus. Alkisahnya semalam aku dpt call dari sorang kenalan masa blaja kat u dulu. Panggil M la.

Tiba2 je M ni call aku pagi2 n terkejut gak la aku coz dah dkt 3 tahun memg x keep in touch. Katanya dpt nombor aku dr kwn yg lain, so xpe la aku suka kwn2 lama nak keep in touch blik. At that moment aku memg on the way pg keje, so i had to cut off the conversation.

Then tgh hari dia call lg,kitaorg tukar2 facebook plak n dia pun mintk nombr kwn2 lain. Dari segi dia ckp tu dia keje bank skang berpangkat besar gak la n dari bunyi2 dia ckp tu mcm gaji dia 4-5k la (do i care?).

Aku dah dpt agak org mcm ni memg akan show off gila2. Xpe la aku dgr je. Then mlm masa aku tgk news, dia call lg n kat sini la aku start piss off gile dgn this guy. Dia cite la keje dia bz even weekend pun jmp client, normal la tu kan. Then aku ckp la xpe nanti aku dtg kl leh jmp, dia ckp boleh je dia nak blanja mkn kat shangri la, concorde xpun renaissance. Aku ckp mkn warung tepi jln pun xpe. Then soalan ni memg aku dah agak la dia akan tya,"ko pakai kete apa skang"? Aku ckp ala kete biasa je, x mampu lg nak beli yg besar2. Dia dgn bangganya ckp dia pakai honda n myv pun ada. So what? Even ko pakai ferari pun aku x kisah.

Then siap ckp nak beli umah setengah juta!! Poyo kan? Aku xde la impress dan respect org mcm ni!! Pastu this guy siap merendah2 kan org keje gomen, katanya gaji x cukup la, xde cabaran la. Aku ckp manusia x sama, so xyah la ko expect sume org mentaliti mcm ko. Itu hak masing2 la kan? Aduh aku btul2 bengang dgn mamat ni mlm td, dia rasa mcm dia bagus2 je. Aku malas la nak jwb call dia pasni!! Tu la manusia kan?





kata prinze: sekalipun rasa diri kita bagus, x perlu la memperlekehkan org lain!!

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday to Filano






18 August 2009, Tuesday

Sempena birthday filano, kitaorg decided dinner kat Chilis. Well, 1st time try food kat sini n sama je konsep mcm Tgi Friday.

The food was great but the portion byk sgt la. Muak la!! Skali skala boleh la mkn kat tmpt mcm ni kalo slalu sengkek la pakcik x kayo kayo!

To Filano, a very Happy Birthday, may whatever you wish n dream will come true..






























kata prinze: muak la mkn western food ni kdg2!!

Monday, August 17, 2009

Xplore Penang National Park








Saturday, 15 August 2009

Kali ni product update tourism ke Penang National Park. This time memg adventure n thrill abis coz kena trekking n hiking. Ha kalo nak tau Penang National Park ni among the smallest national park in Malaysia.

Apa yg best sgt kat Taman Negara ni? Kat sini ada Tasik Miromitik yg hanya ada di beberapa buah negara di dunia. Ni info berkenaan Tasik Meromiktik:

Tasik ini wujud daripada fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap memukul pantai.

Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian melahirkan tasik Meromiktik.

Tasik Meromiktik mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas.

Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut dengan keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang.

Selain Malaysia dan Australia, dikatakan sebuah tasik yang serupa juga terdapat di Laut Hitam.

Selain tasik tu, pantai kerachut ni menjadi tempat perlindungan penyu. Dapat la pegang baby penyu yg comel. Luckily balik dpt naik bot so xde la penat trekking.

Memang best la trip kali ni penuh dgn adventure with nature.

Friday, August 14, 2009

Jom tgk G.I Joe


Untuk menghilangkan semak yg ada dlm kepala otak, pg la tgk cite ni kat Queensbaymall dgn member2. Memang la best sgt, action movie yg penuh dgn aksi dari awal smp abis. Tak sabar nak tggu sequel cite ni nanti. Rugi kalo x tgk, memg superb!




kata prinze: GI Joe ni famous dulu masa zaman bdk2!!

Bila rasa gelisah


Entah mcm ne aku nak luahkan dlm blog ni apa yg aku rasa waktu ni. Satu perasaan yg sukar utk diungkap dgn kata2, hanya aku yg mampu utk merasa apa yg aku rasa waktu ni.

Bila jd mcm ni mulalah risau dan paranoid tentang segala hal. Try to be cool tp kdg2 aku x mampu coz life is like this. Ada masa hidup tu best sgt, elok je terletak segala cerita yg indah tp bila jd x best segalanya jd ntah apa2..btul kan?????






kata prinze: kdg2 susah nak dpt apa kita nak!!

Tuesday, August 11, 2009

Biar betul!



Aku dpt email ni last week, lupa plak nak share. Memang dgr mcm x logic tp tak tau la sejauh mana btul ke tak!! Kalo betul memg la x relevan langsung dan x sepatutnya!! Mcm ntah apa2! Korang baca dan pk la..

Pirated CDs / VCDs / DVDs - Road Blocks in Malaysia

To all those CDs lover pls beware!

Please do not keep any pirated or burned CDs, DVDs, or VCDs in your car.

Police and Domestic Trade & Consumer Affairs Ministry's enforcement division in Malaysia have started the operation to search and fine anyone who keep pirated disc inside their car especially through road block at all main road and expressways.

If any pirated or burned disc found inside your car will be charged RM400 per disc. Example 30 discs found means the fine will be RM12,000.

This is real. Another friend of mine from Seagate, today during lunch time, 5 CD x RM400 = RM2,000.

One of the Plexus colleague brother-in-law caught by Police due to pirated CD in the car on the way to town for lunch with his friend in the afternoon.

One CD fined RM400.

Please disseminate this to all your friends who are driving in Malaysia.


Kata prinze: dekat 30 cd burn n pirated dlm kete!!

Monday, August 10, 2009

Nasi goreng ketam

Ahad, 9 Ogos 2009

Ari tu dah try mee banjir udang, kali ni kita makan plak nasi goreng ketam! Di mana?? Kali ni di Juru. Kedai ni kat dlm kawasan kampung yg sgt cantik pemandangannya. Kampung ni dkt dgn kuala Juru, that's why udang n ketam fresh jd product yg boleh dijual. Ada 4-5 gerai yg ada nasi goreng ketam, mee ketam, nasi goreng udang dan mee udang. Harga memg murah dan berbaloi, nasi goreng ketam 7 rggt dan mee udang 6 rggt. Aku memg suka explore mkn2 ni nak plak kalo tmpt yg xpenah pg coz i enjoy eating so much..hehehe




kata prinze: leceh btul kopek ketam tu!!

Exam ptd


Sabtu, 8 Ogos 2009

Penah x rasa bosan yg teramat bila kena amik exam yg berjam2 lamanya untuk kali ke 5??? Tu la dia exam untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik!! Actually dari 5 exam tu aku penah lulus 1st and 2nd time yg melayakkan aku pergi assesment tp luck still not on my side so aku x dipanggil utk interview. Tu la aku kena repeat blik exam yg dari kul 9 pagi smp 4.30 ptg utk 5 paper. Bosan sih!! Aku rasa ni last la aku try, bkn aku gv up tp aku dah naik jelak repeat benda yg sama. Kalo ada rezeki, ada la..




kata prinze: rezeki kita x sama..

Thursday, August 06, 2009

Aktiviti hari Rabu




Ari ni baby prince kena pg servis untuk 20000km. So appointment dah wat semlm, kul 10 trus pg. Nasib baik la x amik masa yg lama, dlm 45 minit je. Then pg wat tyre balancing n alignment kat tmpt lain coz Suzuki charge smp 50 rggt, kalo wat kedai lain 30 je. Kan jimat 20 rggt tu! Lega dah servis kete, drive pun best n smooth je!! Yg ye nye boleh la jln jauh lagi!!


Malam plak pas teman member2 bukak pose kat Marrybrown (haram x sedap n x berbaloi!!) aku decide nak tgk movie since ari ni 6rgt je. Aku memg nak tgk sgt cite “The Proposal”. Memang best sgt movie ni, romantik komedi yg leh wat aku gelak mengekek2. Lawak yg natural n pelakon yg memg sempoi. Ni review yg ditulis oleh Suzan Ahmad dari sisipan sinema Bintang Popular, Berita Harian:

APA yang menariknya mengenai filem komedi romantik ini mungkin terletak pada jalan ceritanya yang klise iaitu berkisar bos menikahi pembantunya sendiri, namun pada masa sama penonton mungkin terkadang tidak mampu meramal apa sebenarnya yang akan berlaku dalam babak seterusnya.

Akibatnya penonton tiada pilihan melainkan terus hanyut dengan muslihat, kemahiran dan teknik memperdaya oleh seorang wanita bernama Margaret Tate lakonan Sandra Bullock.

Entah bagaimana plot serta naratifnya yang dinamik seolah-olah menarik tumpuan dan keseronokan menonton filem ini untuk terus memuncak terutama dari segi keletah watak dan dialog yang dipaparkan. Siapa yang tidak suka dengan gelagat dan skil jenaka Bullock yang memang asli.

Digandingkan pula dengan aktor yang cukup dikenali keupayaan lakonannya seperti Ryan Reynolds, mudah kata keserasian dua pelakon ini bagaikan buku bertemu ruas lalu menjadikan realiti aksi dan situasi dalam filem ini kelihatan bersahaja, ada logika dan realistik.

Sepanjang filem bergerak di skrin, penonton hanya dijanjikan aksi mengejutkan dan penuh komedi bukan saja daripada Sandra dan Ryan tetapi juga keluarga Ryan yang pelik dan terlalu spontan membabitkan lakonan Mary Steenburgen, Betty White dan Denis O’Hare.

Persembahan daripada Anne Fletcher sebagai sutradara lebih menyerlah dibantu barisan pelakon yang tepat terutama kehadiran Betty White (yang cukup popular menerusi siri komedi The Golden Girls) meneusi watak nenek bernama Andrew yang berusia 90 tahun. Kalau ditakdirkan prestasi Bullock dan Ryan merudum, Betty adalah penyelamatnya.

Paling melucukan semestinya riak wajah Margaret dan Andrew apabila keluarga bakal suaminya itu rupa-rupanya sedang menyediakan persiapan majlis perkahwinan mengejut mereka berdua. Pada masa sama, pasangan ini diekori pegawai imigresen yang mahu mengesahkan hubungan Andrew dan Margaret adalah sah.

Bagi penonton yang meminati genre filem romantik komedi begini, The Proposal mengisahkan Margerat Tate sebagai seorang editor majalah yang berkuasa dan terkenal tidak terlepas daripada masalah apabila berdepan pendaftaran imigresen dan dia dalam proses diusir kembali ke tanah airnya, Kanada apabila lupa memperbaharui permit kerja.

Namun, kelicikan dan muslihatnya yang bijaksana menggunakan alasan spontan bakal berkahwin dengan pembantu peribadinya, Andrew (Ryan Reynolds) tidak lama lagi mengundang masalah lebih besar. Andrew yang bertindak sebagai pak sanggup sebenarnya sudah tidak tahan lagi bekerja di bawah Margaret yang ibarat singa lapar.

Selepas bersetuju untuk bekerjasama termasuk menaikkan pangkat Andrew sebagai pengarang dan menerbitkan bukunya, Margaret juga bersetuju menemani Andrew untuk pulang ke kampung halaman lelaki itu di Alaska.



kata prinze: kdg2 best tgk movie sorang2!!

Tuesday, August 04, 2009

Mee banjir udang Kuala Sepetang



Monday, 3 August 2009

Kisahnye aku br dpt tau kwn2 keje aku yg x bape nak btul ni plan nak pekena mee udang Kuala Sepetang ari ni. Kata dorg sume wajib pegi.

So ptg after keje kitaorg trus move dgn buah 2 kete ke Kuala Sepetang yg amik masa lebih kurang 1 jam gak nak smp dgn jam atas bridge smp la kul 8 kat tmpt mee udang famous yg penah masuk dlm majalah 3 dulu. Kalo dtg sini pilih la mee udang mak teh coz ramai kata yg ni yg sedap. Dorg bukak dr 7 pagi smp 11 mlm setiap ari.

Masa kami nak order tinggal 2 jenis mee je mee udang kolam= rm 6/semangkuk dan mee udang laut= rm 10/semangkuk. Bezanya of coz la rasa udang tu dan jumlah udang yg diletak. Udang laut lg best la dan 9 of us order udang laut la.

Puas la menikmati semangkuk mee yg ada 10 ekor udang di dalamnya. Kalo bukan pencinta mee pun ada menu lain mcm nasi goreng dan sup. Apa lagi, yg blum penah pg tu try la mai sini.





kata prinze: dulu alergi seafood tp semkn besar mcm dah xde apa!! so enjoy..

Monday, August 03, 2009

Jom tukar tayar kete


Semalam aku dgn excitednya bgn awal nak pg jogging, lama rasanya x jogging. Then masa on the way nak ke youth park tu aku rasa my prince mcm berat n bunyi. Xpe la finally aku smp gak kat tmpt parking youth park tu then turun2 je tgk tayar blakang belah kanan dah flat giler! Aduh first time jd ni dgn aku yg x bp mahir (wat malu je laki x tau tuka tayar!!) so trus aku call abah suruh dtg. Then sementara tggu abah tu sempat la aku berjogging, hehehe. So abah yg tukar n ganti dgn tyre spare, then aku bwk pg kedai tyre n tampal yg pecah tu kena la 6 rggt je. So mari kita blaja menukar tayar ( nmpk senang je tp bila kita wat tgh2 panas plak memg mencabar tenaga). Ni aku cedok kat laman web mana ntah!!


Ini sebenarnya kemahiran yang perlu tahu oleh semua pemilik kenderaan tidak kira samada lelaki ataupun perempuan.ini adalah kerana masalah ini timbul tidak kira masa dan tempat.Maka semua pemilik mesti mengetahui cara menukar tayar.

Apa peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit:


1) Jek

2) Wrench

3) Pembuka penutup roda

4) Tayar ganti

Peralatan diatas merupakan barangan yang dikeluarkan oleh kilang bagi setiap kereta.Pastikan jika anda menggunakan pengunci skru pada tayar anda pastikan ianya dibawa bersama.


Langkah 1

Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta.


Langkah 2

Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya.


Langkah 3

Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut.


Langkah 4

Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan


Langkah 5

Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam.


Langkah 6

Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula.


Langkah 7

Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal





kata prinze: jgn lupa kena ada tyre spare dlm kete!