Sunday, December 30, 2007

"be what you wanna be"

Sememangnya apa yang kita nak dan idamkan kadang-kadang susah nak dapat..atau mungkin yang tu dah ditentukan bukan rezeki kita..Aku pecaya yang tu tp orang kata kadang2 ada pilihan atau peluang kali kedua jangan disiakan2kan..btul kan tu? Ntah la, kadang2 aku pun x pasti semua ni..Kadang2 kita kena pk diri kita dulu sebelum pk pasal org lain..Yang pasti hidup perlu diteruskan dan 'be what you wanna be". Hopefully apa yang aku plan ni dapat jd kenyataan..

Tuesday, December 18, 2007

Ada sesuatu

Kehadiran insan baru dalam kehidupan kita adakalanya membuatkan kita terasa hidup ini amat bermakna sekali. Tetapi jika seseorang yang amat bermakna dalam kehidupan kita itu pergi jauh dari kita macam-macam yang kita rasa..Aku tak sabar tunggu kepulangan insan baru yang hadir mengisi kekosongan hati aku ni. Esok dia sampai dari Switzerland, pastinya aku amat merindui dia. Aku nak spend time dgn dia, berkongsi cerita, pergi makan2 dan mcm-mcm lagi ler.hehehehe. Keje kat ofis just ok..Aku nak kena in charge untuk annual dinner kitaorg. Yang best tu tema dinner untuk 5 Januari tu aku yang pilih!!! Temanya “ Bling Denim Nite”. Ok kan? Just simple coz sume org ada jeans dan tambah je la bling2 rantai ke atau apa2 je yang berkelip2..Aku nak dinner ni dalam konsep santai, x formal la sgt..Juz nak have fun and yang penting sume org kena pakai denim or jeans.. Must be fun, apalah budak2 tu nak pakai nanti, tu yang kami tggu2..hahahahaha. Pastinya dorang yang gile glamour nak dptkan gelaran prom king and queen of the nite..dan aku la salah seorang judges. K la got to go now.

Friday, December 07, 2007

Dari ketulusan hati

Aku tak pernah nak salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Tapi mcm ni la kalau jadi terlalu rapat, bila renggang skit mula la orang di sekeliling persoal. Aku kadang2 tension, tertekan bila ma persoalkan mcm2 pertanyaan yang kadang2 aku dah x tahu nak jwb mcm ne.. Aku x pernah nak burukkan sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku. Walau hanya sementara waktu tetapi kenangan tu sukar untuk dipadamkan. Tak kisah la dah ada org baru ke blum, betul la org kata seminit je bleh wat kita suka kat org, 1 hari utk jatuh cinta tetapi entah berapa tahun untuk melupakan segala2 yg berlaku...Kepada awk, harap awk faham..x perlu la ambik hati dgn kata2 ma coz dia memg mudah terasa..saya x burukkan awk...apa yang terjadi antara kita biarlah saya simpan dalam hati smp mati. Harap awk juga begitu. Percayalah..tiada dendam di hati mahupun menyimpan rasa yang x puas hati. Kadang2 sukar nak memahamkan org sekeliling...nak x nak biarlah masing2 dgn anggapan masing2. Semoga suatu hari nanti, kita akan lebih memahami erti perhubungan yang sebenar...Aku nak jalani kehidupan dan hari2 yang seterusnya tanpa memikir segala kenangan yang lalu jika semua tu bisa wat aku terluka...

Tuesday, November 27, 2007

Matahari dan Pelangi

Cinta datang dan pergi dan datang kembali...Selalunya macam tu la. Ada satu quote gak " kadang2 Tuhan hilangkan matahari yang bersinar coz Dia nak hadiahkan pelangi yang indah..betul gak tu.. oh i'm in love again? hmm dont know..

Wednesday, November 14, 2007

Diam je dah le

"adakalanya berdiam diri itu lebih baik untuk menjawab segala persoalan. Moga aku dan orang- orang yang lain sedar diri, bukan hanya tahu menunding jari.." Aku memang tahu untuk sedar diri dan aku tidak hanya tahu menunding jari. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna di mata insan yang pernah aku sanjung dan sayang.. Tapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah bercerita kisah peribadi aku kepada orang lain apatah lagi insan yang baru aku kenal. Biarlah kenangan aku dan insan yang pernah aku sayangi menjadi kenangan di hati. Memang betul saat yang terindah hanya datang sementara... Kadang-kadang kita menyalahkan orang lain tetapi kita x nampak kesalahan kita.. Arghhh biarkan sahaja aku berdiam diri walau sakit hati tetapi hidup aku perlu di atur kerana perjalanan masih jauh perlu ditempuh. Ini hanya persimpangan yang aku singgah untuk sementara sahaja sedangkan jalan di hadapan masih jauh dan berliku...

Monday, October 29, 2007

Hari ini dan semalam

Hari ni pagi2 dah hujan lebat and as usual menempuh hujan dan traffic jam sepanjang jalan ke ofis. Penang almost like KL and sometimes worse than KL about the traffic congested. Aku x suka jam...rasanye sume org x suka kan!! So sampai ofis a bit late this morning then trus rush untuk final. Yesterday....Thanks to my bro for the great food yesterday. Ingat banyak kenangan indah di antara kita..Life must be go on..

Saturday, October 27, 2007

Happy 24th Birthday to myself

Guess what? Ari ni genapla umo aku 24 tahun. Syukur alhamdulilah Tuhan masih memberi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi yang cukup indah ini.. Well,this year mcm x best la..aku pun xtau le.. Mlm td ada la gak yang ingat and wish kat aku hepi bday, thanks to those who remember that. I apperiated it. Ari ni gak keje half day, boring tul ada meeting and punya la lama.. Baru skang ada time nak surf apa2 yang patut!! Petang kang my best frens will come and mybe celebrate dgn dorg je..Entah le rasa best dan x best pun ada.. Apapun ari ni aku rasa aku semakin matang dan lebih yakin untuk menempuh hari2 seterusnye...Almost 1pm and i should go back now...cau

Friday, October 26, 2007

Tentang sesuatu

Sesuatu tentang sesuatu...hmm x tau la nak cakap macam ne!!! Aku kini bebas, tak terikat dengan komitmen dengan sesiapa pun. Aku xtau la sama ada aku masih perlukan seseorang atau tak!!! Yang aku tahu aku nak rest dan refresh diri aku blik...Tapi kdg2 sunyi gak...hmmm. Hanya aku yang tahu diri aku...sesuatu tentang sesuatu..dalam sesuatu..

Monday, October 22, 2007

Welcome back

Dah lama aku tak update blog ni almost 10 month!!! Sepanjang tempoh tu terlalu banyak cerita tentang aku. Aku kini mempunyai keje yang stabil tapi gaji tak memuaskan hati sangat tapi aku happy dengan keje ni. Insyallah kalau ada offer yang lebih baik aku terima je. Oh ya..keje sebagai apa ek? Hehehe biasa biasa je. Aku kini mengajar kat private college, so far so good. I love what i'm doing now. Aku kadang2 x paham la apa yang berlaku dgn hidup aku, kdg2 aku confius. Kita manusia memang pandai merancang kan, mcm2 kita plan tp sume tu Allah yang tentukan. Kalau memang sesuatu tu dah tertulis untuk kita, memang untuk kita tapi kalau bukan rezeki kita, kita x berupaya nak menolak. Org kata makanan dalam mulut pun boleh terkeluar balik kalau dah bukan rezeki. Btul x?

Tuesday, February 27, 2007

2007

welcome 2007..bring more luck and happiness to me this year. insyallah..

Monday, February 26, 2007

aku dan 2007

Rasanya dah lama sgt x update blog ni. Yes it has been a long time. anyway now i'm back, skang masa rajin la..aku masih x keje, tu la yg sangap giler skang ni. Rabu ni ada job interview tp xtau la aku ni mcm xde semangat je..aku x sangka ada gak yg sudi bc blog aku ni,thanks to yg sudi bc. bisnes tu aku still work on it,br je wat permohonan prosper. Sepanjang x tulis blog ni, byk perkara berlaku dlm hidup aku. Ada yg best ada yg x best..life mcm tu la..Tp at this moment memang bosan giler2..ARGHHH