Wednesday, November 14, 2007

Diam je dah le

"adakalanya berdiam diri itu lebih baik untuk menjawab segala persoalan. Moga aku dan orang- orang yang lain sedar diri, bukan hanya tahu menunding jari.." Aku memang tahu untuk sedar diri dan aku tidak hanya tahu menunding jari. Aku tahu aku bukan manusia yang sempurna di mata insan yang pernah aku sanjung dan sayang.. Tapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah bercerita kisah peribadi aku kepada orang lain apatah lagi insan yang baru aku kenal. Biarlah kenangan aku dan insan yang pernah aku sayangi menjadi kenangan di hati. Memang betul saat yang terindah hanya datang sementara... Kadang-kadang kita menyalahkan orang lain tetapi kita x nampak kesalahan kita.. Arghhh biarkan sahaja aku berdiam diri walau sakit hati tetapi hidup aku perlu di atur kerana perjalanan masih jauh perlu ditempuh. Ini hanya persimpangan yang aku singgah untuk sementara sahaja sedangkan jalan di hadapan masih jauh dan berliku...

No comments: