Wednesday, September 09, 2009

Apa ada dengan 9?


Hari ni 09/09/09, apa yang ada dengan nombor 9 ni?

Fakta nombor 9 yg aku cari2 dalam internet, ada byk tp ada 9 yg aku rasa menarik..
  • ada 99 nama Allah dan 99 nama Rasul
  • dikatakan seekor kucing mempunyai 9 nyawa
  • seorang ibu mengandungkan anaknya 9 bulan
  • sebelum tahun 2006, ada 9 planet dalam sistem solar
  • kebanyakan negara Komenwel yang pernah dijajah Bristish menggunakan 999 sebagai nombor talian kecemasan.
  • Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Islam
  • kepercayaan orang Cina, 9 dikatakan satu nombor digit paling hebat, membawa maksud "longlasting" atau selama-lamanya dan sesuai untuk majlis perkahwinan!! (confirm ramai org cina kawin ari ni!)
  • nombor 9 adalah nombor malang bagi orang Jepun kerana membawa maksud "pain and distress".
  • Nombor 9 ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!


kata prinze: suka gak nombor 9!

1 comment:

Sulela said...

Ekekeke...minat no.7 dan 21 jek...

09/09/09 hanya mengingatkan bahawa....umurku sudah semakin bertambah...harharhar