Friday, September 03, 2010

Interview PTD M41


Lega sgt rasanya aku dah selesai interview PTD pagi td. Btol la mcm zaman study dulu, bila kita abis jwb paper exam or last day of exam rasa lega yg teramat!! Alhamdulilah, aku nak share la pengalaman interview PTD pagi td. Lokasi interview di Traders Hotel, Penang. 8 org calon yang datang dan giliran aku yang ke 3. Panel yg menemuduga 2 orang, sorang Dato' dari JPA dan sorang dari SPA. Aku byk ditya pasal study dan keje skang. Pasal general knowledge Malaysia xde langsung! Aku punya la study pasal Perlembagaan, Dewan Rakyat, Parlimen, Hubungan luar Malaysia..skit pun xde! Ni soalan2 yang ditya:-

Panel JPA
1- Apa persedian En Syafiq nak dtg interview PTD ni?- aku jwb la baca Buku Msia Kita, Pengajian Am, tgk internet n baca paper.
2- Saya tengok bidang Diploma En Syafiq dan degree berbeza ye? Sebab apa?- Aku pun jwb je la.
3- Skrang bekerja sebagai apa? dan boleh cerita tentang tugas2?- Aku pun bercerita la keje aku dari A smp Z.
4- Apa pencapaian utama yg En Syafiq boleh share di sini?-Aku cite pasal pencapaian aku zaman blaja dulu.
5-Pernah jadi guru GSTT, subject apa yg diajar?-
6- Pendapat En Syafiq tentang tugas PTD yang tidak statik 1 bidang dan kementerian.- jwb je
7- Wawasan yang ada pada En Syafiq- Goreng je, market la diri sendiri
8- Sudah berapa kali interview PTD?- ini 1st time interview, tp PAC dah 3 kali dan exam 5 kali
9- Apa yang buat En Syafiq cuba lagi?- jwb je la yg elok2, x suka putus asa, hehe
10-Kerja skang ada wat report x? Apa yg ada dlm report tu?- skali lg pasal keje

Panel SPA
11- Dalam report keje ada suggestion n analisis x?- aku cite la A smp Z
12- Dah keje governemnt 2 tahun, apa itu General Order?- di sini memg aku x ingat langsung GO ni. tp Tuan tu bg la hints skit2, huhu

berbalik kepada soalan Dato'

13- Soalan ni dalam English, jadi sila jwb dlm English dlm masa seminit sj, what do you think about delivery system by government effort?- aku relate kan dgn NKRA yg memg aku hafal!! suka suka!
14- En Syafiq ada apa2 soalan?- aku jwb xde soalan tp sy nak ckp pasal harapan sy...aku pun ckp la berharap dpt menjawat jwtn ni blah blah

-Interview End-

Alhamdulilah aku rasa puas ati dgn interview ni, aku berserah je pasni dan tawaqal. Insyallah aku terima apa jua yg Allah tetapkan. Kepada anda yang bakal ditemuduga lepas raya ni, Selamat Maju Jaya dan wat la persediaan sebaik mungkin.

2 comments:

sani said...

InsyAllah ade rezeki tu :)

asz said...

sani: Insyallah, hope ada rezeki kita sama2 ek!