Thursday, September 30, 2010

Amazing Hong Kong and Macau



20/09/2010, Monday

Arrived in Hong Kong at 9.30 after 3 hour++ journey. Masa atas flight sempat breakfast nasi lemak sotong dgn the tarik! Sampai airport trus cari public bus to the city since aku dah wat research awal2 other than bus memang mahal! Bas to the city cost 33hkd lebih kurang rm 16. About 1 hour smp di Kowloon.


Dari dalam bas dah nmpk Chungking Mansion and Mirador Mansion ( budget hotel in Hong Kong). Memang nasib kami baik, smp2 je kat Nathan Road tu ada sorang Indian guy offer hotel kat Chungking Mansion, Canadian Hostel. Dia kata kalo xnak xpe lepas tgk bilik! We agreed to see the room n it was just nice with the price. Bilik utk 3 org cost 250hkd pernite! Bunyi agak mahal untuk sebuah bilik yg kecik tp hakikatnya memang itula harga di Hong Kong!! So we decided to take that room, lgpun pk nak tdo n rest je coz siang kami akan jalan2.


Pas rehat2, we moved to see the city. Cuaca di luar agak mendung dan berangin. Kami bergerak ke Star Ferry menuju ke Hong Kong Island. Baru aku nmpk gambaran Hong Kong . Hng Kong Island tu ibarat Penang Island dan Kowloon tu mcm Butterworth. Tapi ferry ke Hk Island kejap je dlm 10 minit. Kat sini la deretan bangunan pencakar langit yg menjadi trademark Hong Kong. Memang nmpk moden dan ala2 New York plak!!


Kami lunch di IFC Mall, shopping mall yg agak mewah ala2 Pavillion dan ramai orang2 putih di sini yg menjadi sebahagian resident of Hong Kong! Harga Mc Donalds untuk 3 orang makan lebih kurang 100 hkd= rm 50. Pas makan kami harus menuju ke airport semula untuk menjemput kawan Fir yg dikenali Datuk Julia aka Kak Ju. Kami menunggu agak lama di airport kerana flight yg delay dan Kak Ju smp lebih kurang kul 8pm. Dan kami juga baru dpt tau rupanya typhoon melanda Hong Kong dan dijangkakan Hong Kong akan hujan samapai ari Khamis. Hrmm mengeluh seketika memikirkan segala rancangan yg telah diatur…Malam tu dinner di sebuah restoran Muslim Nepal di Kowloon dan makananya agak mahal dgn 2 pinggan nasi, 4 sup beharga 200hkd..tp memg tu la standard harga di Hong Kong.



21/09/2010

Hari ke2 di Hong Kong dan cuaca tetap mendung dengan hujan yg x berhenti. Itinerary tetap diteruskan dgn plan menuju ke The Peak dan Madam Tussauds. Tgk maps yg ada dan singgah di Tourist Information, kami trus amik bas menuju ke The Peak. Bas smp ke puncak dan kami trus meredah ujan menuju ke Madam Tussauds.


Tiket Madam Tussauds beharga 160hkd dan kami amik masa lebih kurang 3 jam juga bergambar dgn celebrities dan tokoh2 terkenal dunia. Mengikut rancangan kami akan ke Disneyland selepas tu tp pas mendapat info, kami tukar plan ke Disneyland pada hari khamis! So pas turun dr The Peak dgn tram kami blik ke Kowloon dan perut mula lapar mencari makan di Harbour City..cari punya cari baru la jmp KFC. Aktiviti malam diteruskan walaupun ujan..kami menuju ke Avenue of Stars dgn berjalan kaki, lgpun dekat je dgn hotel. Hujan yg renyai2 tidak menghampakan kami kerana kul 8 pm tetap diteruskan Symphony of Lights. Kagum seketika melihat bandaraya Hong Kong bergemerlapan dgn cahaya lampu dan laser dari promenade Avenue of Stars. Ramai gak org yg membanjiri sepanjang promenade dan lepas tu mula la acara berfoto diteruskan…blik hotel trus tdo kerana esok kami akan bergerak ke Macau.


22/09/2010

Menuju ke Macau dgn First Ferry Terminal. Tiket pergi balik berharga 270hkd. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. Feri bergerak dlm keadaan laut yg bergelombang, cemas seketika! Alhamdulilah smp juga ke bumi Macau. Setibanya di Macau trus menuju ke Tourist Info untuk mencari hotel budget dan city map.


Hotel yg di offer agak mahal walaupun sebenarnya murah berbanding HK coz esok merupakan public holiday sempena Mid Autumn Festival. Sementera trus memikirkan kami di approach leh seorang lelaki yg menawarkan tour guide sekitar Macau! Dia charge 1 kepala untuk 50 hkd, so that mean 50x4=200hkd untuk 1 day guide. So kami semua pakat setuju since we don’t have any idea where to go in Macau.


Mr Ram became our unofficial tour guide, dia bawak kami menuju di sekitar Macau City dengan free shuttle bus. So untuk public transport di Macau memang kami x keluar blanja langsung, jimat!! Since most of the hotel increase the price kami decide mlm juga kami terpaksa pulang ke HK. So kami abiskan masa melawat casino2 di Macau antaranya The Venetian, The Sands..yg best tu selain casino kami dpt tgk free show yg menakjubkan antaranya 3d show yg memg awesome, music fountain..memang best sgt!! Tempat wajib di Macau juga tidak harus dilupakan seperti Senado Square, Ruins of St Paul, bangunan2 herritage tinggalan Portugis. Finally Mr Ram menghantar kami ke Macau Ferry dan kami naik feri kul 10 menuju ke HK. Macau remains in mind as unforgettable city..


23/09/2010

Itinerary terakhir kami di HK semestinya Disneyland! Seawal pagi jam 8 kami dah bergerak menuju ke MTR. Walau dah 4 ari, aku still blur dgn system MTR di HK coz setiap MTR ada byk destinasi berbeza tren dan bertingkat2! Untuk ke Disneyland dari MTR Tsim Tsa Shui trus menuju ke Sunny Bay dan dari Sunny Bay tukar tren khas ke Disney Resort. Cuaca imenjadi panas selepas beberapa hari ujan akibat typhoon.


Lega kami dah beli tiket masa kat The Peak! Orang ramai membanjiri pintu masuk Disneyland since public holiday. Sebelum masuk, beg akan diperiksa dan makanan tidak dibenarkan bawak masuk. Tips jika ke Disneyland, make sure kita ada peta dan guide. Pergila ke visitor information so that kita x terlepas show2 yg best!


Enjoy sgt dapat bergambar dgn watak animasi Disney, Mickey Mouse and Donald Duck. Parade pun best dengan show2 yg memang 5 stars! Berada dalam Disneyland memang kita masuk btol2 dalam dunia fantasi Disney. 1 kepuasan dapat menjejak kaki ke Disneyland coz dari kecik lagi aku berangan2 nak pg Disneyland. Sebelum blik ke hotel, kami singgah di Ladies Market untuk membeli souvenier , aku beli fridge magnet n tshirt je!


24/09/2010

Last day in Hong Kong and the weather was getting clear! Departed at 10.10 am. Aku puas dgn percutian kali ni, walaupun HK agak mahal tp kalo kita share dan pandai budget blanja di sana bwk 1k sorang dah cukup! Hong Kong…I’m in love

No comments: