Monday, August 03, 2009

Jom tukar tayar kete


Semalam aku dgn excitednya bgn awal nak pg jogging, lama rasanya x jogging. Then masa on the way nak ke youth park tu aku rasa my prince mcm berat n bunyi. Xpe la finally aku smp gak kat tmpt parking youth park tu then turun2 je tgk tayar blakang belah kanan dah flat giler! Aduh first time jd ni dgn aku yg x bp mahir (wat malu je laki x tau tuka tayar!!) so trus aku call abah suruh dtg. Then sementara tggu abah tu sempat la aku berjogging, hehehe. So abah yg tukar n ganti dgn tyre spare, then aku bwk pg kedai tyre n tampal yg pecah tu kena la 6 rggt je. So mari kita blaja menukar tayar ( nmpk senang je tp bila kita wat tgh2 panas plak memg mencabar tenaga). Ni aku cedok kat laman web mana ntah!!


Ini sebenarnya kemahiran yang perlu tahu oleh semua pemilik kenderaan tidak kira samada lelaki ataupun perempuan.ini adalah kerana masalah ini timbul tidak kira masa dan tempat.Maka semua pemilik mesti mengetahui cara menukar tayar.

Apa peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit:


1) Jek

2) Wrench

3) Pembuka penutup roda

4) Tayar ganti

Peralatan diatas merupakan barangan yang dikeluarkan oleh kilang bagi setiap kereta.Pastikan jika anda menggunakan pengunci skru pada tayar anda pastikan ianya dibawa bersama.


Langkah 1

Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta.


Langkah 2

Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya.


Langkah 3

Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut.


Langkah 4

Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan


Langkah 5

Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam.


Langkah 6

Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula.


Langkah 7

Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal





kata prinze: jgn lupa kena ada tyre spare dlm kete!

3 comments:

Anonymous said...

ok lah tu alang2 pi jogging ...senaman sekali tangan tu....eheheh

Sulela said...

orang pompuan mana seswai tukar tayar...hahahaha...

lelakiterindah said...

ha, sesuai la sangat tuh, len kali tengok orang tukar cam ner, sib baik dekat ngan umah, kalo jauh cam ner?