Thursday, August 06, 2009

Aktiviti hari Rabu




Ari ni baby prince kena pg servis untuk 20000km. So appointment dah wat semlm, kul 10 trus pg. Nasib baik la x amik masa yg lama, dlm 45 minit je. Then pg wat tyre balancing n alignment kat tmpt lain coz Suzuki charge smp 50 rggt, kalo wat kedai lain 30 je. Kan jimat 20 rggt tu! Lega dah servis kete, drive pun best n smooth je!! Yg ye nye boleh la jln jauh lagi!!


Malam plak pas teman member2 bukak pose kat Marrybrown (haram x sedap n x berbaloi!!) aku decide nak tgk movie since ari ni 6rgt je. Aku memg nak tgk sgt cite “The Proposal”. Memang best sgt movie ni, romantik komedi yg leh wat aku gelak mengekek2. Lawak yg natural n pelakon yg memg sempoi. Ni review yg ditulis oleh Suzan Ahmad dari sisipan sinema Bintang Popular, Berita Harian:

APA yang menariknya mengenai filem komedi romantik ini mungkin terletak pada jalan ceritanya yang klise iaitu berkisar bos menikahi pembantunya sendiri, namun pada masa sama penonton mungkin terkadang tidak mampu meramal apa sebenarnya yang akan berlaku dalam babak seterusnya.

Akibatnya penonton tiada pilihan melainkan terus hanyut dengan muslihat, kemahiran dan teknik memperdaya oleh seorang wanita bernama Margaret Tate lakonan Sandra Bullock.

Entah bagaimana plot serta naratifnya yang dinamik seolah-olah menarik tumpuan dan keseronokan menonton filem ini untuk terus memuncak terutama dari segi keletah watak dan dialog yang dipaparkan. Siapa yang tidak suka dengan gelagat dan skil jenaka Bullock yang memang asli.

Digandingkan pula dengan aktor yang cukup dikenali keupayaan lakonannya seperti Ryan Reynolds, mudah kata keserasian dua pelakon ini bagaikan buku bertemu ruas lalu menjadikan realiti aksi dan situasi dalam filem ini kelihatan bersahaja, ada logika dan realistik.

Sepanjang filem bergerak di skrin, penonton hanya dijanjikan aksi mengejutkan dan penuh komedi bukan saja daripada Sandra dan Ryan tetapi juga keluarga Ryan yang pelik dan terlalu spontan membabitkan lakonan Mary Steenburgen, Betty White dan Denis O’Hare.

Persembahan daripada Anne Fletcher sebagai sutradara lebih menyerlah dibantu barisan pelakon yang tepat terutama kehadiran Betty White (yang cukup popular menerusi siri komedi The Golden Girls) meneusi watak nenek bernama Andrew yang berusia 90 tahun. Kalau ditakdirkan prestasi Bullock dan Ryan merudum, Betty adalah penyelamatnya.

Paling melucukan semestinya riak wajah Margaret dan Andrew apabila keluarga bakal suaminya itu rupa-rupanya sedang menyediakan persiapan majlis perkahwinan mengejut mereka berdua. Pada masa sama, pasangan ini diekori pegawai imigresen yang mahu mengesahkan hubungan Andrew dan Margaret adalah sah.

Bagi penonton yang meminati genre filem romantik komedi begini, The Proposal mengisahkan Margerat Tate sebagai seorang editor majalah yang berkuasa dan terkenal tidak terlepas daripada masalah apabila berdepan pendaftaran imigresen dan dia dalam proses diusir kembali ke tanah airnya, Kanada apabila lupa memperbaharui permit kerja.

Namun, kelicikan dan muslihatnya yang bijaksana menggunakan alasan spontan bakal berkahwin dengan pembantu peribadinya, Andrew (Ryan Reynolds) tidak lama lagi mengundang masalah lebih besar. Andrew yang bertindak sebagai pak sanggup sebenarnya sudah tidak tahan lagi bekerja di bawah Margaret yang ibarat singa lapar.

Selepas bersetuju untuk bekerjasama termasuk menaikkan pangkat Andrew sebagai pengarang dan menerbitkan bukunya, Margaret juga bersetuju menemani Andrew untuk pulang ke kampung halaman lelaki itu di Alaska.



kata prinze: kdg2 best tgk movie sorang2!!

No comments: