
Wednesday, November 25, 2009
aku gila benda ni

Tuesday, November 24, 2009
2012

Hebat sungguh penangan movie ni sampaikan online booking pun jam dah dkt 2 minggu. Then kalo kat cinema pun orang beratur panjang gile. Ingatkan dah seminggu tayang reda la orang tp x gak. Nasib baik aku dah beli tiket sehari sebelum tu pun mintak kawan tlg belikan then dapat la seat baris 3 dari depan, aduh..terpaksa la.
Lepas 2 jam lebih aku nonton movie tu, my opinion isi cite tu biasa je, apa yang wat movie tu hebat becoz of the cgi effect yang memang wat kita rasa btul2 dunia ni musnah dan hancur. Yang lain biasa je.. 3 bintang
Thursday, November 19, 2009
Sorry to my neighbour

kata prinze: takut gak ni..
Thursday, November 12, 2009
Phobia 2

kata prinze: xde la ngarut sgt mcm skrip 707!!
Sunday, November 08, 2009
Tanya diri sendiri

Ada satu masa segala persoalan bermain main di kepala..tentang hubungan persahabatan, cinta, kerjaya dan masa depan.. Kadang-kadang samapai satu tahap aku mula bosan dengan sikap orang di sekeliling yang tak menghargai segala kebaikan aku lakukan. Jadi kepada orang macam ni malas aku nak fikir, biarlah dorang dengan ego dorang yang memang terlalu ego.
Pasal future plak I'm thinking to further my master...tapi banyak yang aku nak kena pk..Ma senang je cakap trus sambung..aku yang menanggung hutang2 kete, ptptn..Insyallah by the age 30, i'm gonna get my Master.. Susah nak senangkan hati orang di sekeliling kita sebenarnya..
Saturday, November 07, 2009
Pisau Cukur @ Gold Digger

Sape tak nak hidup senang kan? Hehehe penangan filem Pisau Cukur yang aku baru tgk td kat Queensbay. Oh Dior, Oh Jimmy Choo, Oh My Coach...sume tagline yang Fazura sebut tu aku rasa ramai akan ikut nanti, x caya tgk la!!
Apapun filem ni memang entertaining sgt, pelakon yg convincing, background atas cruise yang nampak real walaupun tipu je!
Filem komedi yang cerdik dan mampu wat aku gelak dan tersenyum sampai abis cite. Aku bagi 4 stars/ 5 stars. Congrats to Mr Bernard Chauly for this great Malay movie.
kata prinze: x suka filem komedi Melayu yang memaksa penonton gelak dengan lawak yang x berapa nak cerdik..
Thursday, October 29, 2009
Jakarta oh Jakarta

Friday, 23 October 2009
Flight depart pagi tu jam 10.55 dan penerbangan amik masa lebih kurang 2 jam stengah. So sampai di Soekarno International Airport jam 12.20 pm. Memang kami xde wat any hotel reservation, sumenya bila dah sampai baru cari. So after immigration check up trus aku ke kaunter informasi dengan harapan nak dapatkan map of Jakarta so senang la nak tgk2 tempat yg boleh pegi. Dengan hampeh nya dorang kata xde map dan kena cari kat city area. Ayo kalo kat Malaysia bersepah2 broshure and map pastu bagi free plak tu. Xpe la lain negara lain caranya kan?
Then trus amik teksi untuk check in. Jakarta ni besar sebenarnya dan kata pakcik teksi tu sehari pun xleh pusing abis ye la ada Jakarta Barat, Tmur, Selatan, Utara dan Jakarta Pusat. Setiap tempat ada places of interest masing2. Pakcik tu suggest kat kami stay je kat area Mangga Dua coz dekat dengan shpping mall mangga 2 dan Anchol. Kami pun rasa ok la since memang nak cari hotel yg 200k-250k RP je 1 malam, dalam anggaran 70-80 rggt. Finally check in kat Hotel Trans Mangga Dua, tengok dari luar ok tp bila dah masuk bilik aku rasa truk la hotel tu mcm kami boleh deserve yg lebih better.
Pas rehat n mandi, perut mula rasa lapar, trus la kami gerak mencari makan..yang paling dekat di Mangga Dua Mall. Berjalan la kaki lebih kurang 10 minit. Masa tu baru kul 4, kami trus cari food court, aku order nasi goreng sapi ( sapi=daging). Then jalan jalan la dalam mall tu, mcm2 ada. Mangga Dua Mall ni boleh dikatakan mcm Sungai Wang la banyak jual baju yg trendy dengan harga yang murah. Then kul 4 lebih nak dekat kul 5 kami terkejut tgk byk kedai dah nak tutup. Bila ditanya rupanya mall tu tutup kul 5. Ha??? Baru nak tgk2 dah tutup even x sempat beli apa pun. Rupanya memang mall Mangga 2 ni tutup kul 6 coz dorang kata orang Indonesia x banyak wang nak berblanja dan malam2 pergi berlibur saja. Kat luar shopping mall tu ada jual beg2 kulit dan tshirt Jakarta, kami pun beli la skit since dia jual selai dlm 6-7 rggt je. Apa plan aktiviti malam? Trus balik hotel dan otw balik tu ada pasar malam smpat la singgah dan shopping skit…
Saturday, 24 October 2009
Selamat Pagi Jakarta, seawal kul 5 dah cerah macam kul 7 di Malaysia then siaran tv kul 6 dah ada rancangan pasal gosip2 artis!! So layan je la kejap ada pasal Kris Dayanti bercerai, Nia Ramadhani..Cuba bayangkan Melodi disiarkan kul 6 pagi kat Malaysia, ada ke orang tgk ek??
After breakfast jam 7.30 kami decide ke Monas sementara nak tunggu Mangga 2 bukak. So ke Monas naik bajai dengan harga 15k RP dalam 5 rggt je mcm tu. Monastu one of the places of interest, ada menara dan tugu. Kami x masuk pun dalam menara tu juz tangkap2 gmbr di luar je. Dan kat luar ada taman untuk orang beriadah.
Amik bajai menuju ke Mangga 2 mall, masa tu dalam kul 8.40 dan mall tu x bukak pun lagi. Kul 9 baru la bukak dan start la jalan2 dan beli apa yang patut. Tengah hari lunch di KFC dan as usual sama mcm aku pg Medan dulu KFC mesti ada nasi putih. Ayam kfc msia sedap lagi..x sama la rasa.
Jam 12.30pm berjalan balik ke hotel untuk check out, dan punya la panas sangat2 dengan bawak barang lagi. Panas sungguh Jakarta.. Kami check out jam 1 dan sempat aku tanya info pasal budget hotel nak stay di Central Jakarta. Kami decide ke Jalan Jaksa, memang aku ada baca kat google pasal Jalan Jaksa ni tempat pelancong asing dan banyak hotel bajet. Dengan harga RP 50 000 teksi antar sampai Jalan Jaksa. Memang banyak hotel2 di sepanjang jalan dan finally kami dapat Hotel Margot dengan harga RP 222K untuk 1 malam, memang best dan selesa hotel tu. Kalo pergi lagi ke sini memang aku pilih hotel ni. Petang tu kami ke Sakinah Shopping Centre untuk pencarian peta. Tapi hampa btul x jumpa2 peta. Kalo kat Msia pg je bookshop mesti ada, kat sini susah sangat. So beli je la junk food yang leh dikunyah2. Kami dinner di KL Bangsar Village, restoran ni sbelah hotel kami je, sume Malaysian food. Xde la sedap sgt tp ok la dengan harga.
Sunday, 25 Oktober 2009
Aktiviti di Jakarta diteruskan dengan pergi dengan menuju ke Tanah Abang. Tanah Abang ni satu lagi syurga membeli belah untuk ibu-ibu dan orang yang meniaga. Segala benda mcm kain ela, tudung, telekung, kebaya, jaket kulit sume ada kat sini. Dan menurut orang, Tanah Abang Block A ni salah satu gedung terbesar di Asia Tenggara. Memang besar dan terlalu banyak kedai setiap level. Sini la tempat nak beli telekung, kebaya dengan harga yang boleh ditawar. Kesimpulannya tempat ni bukan la tempat aku, hahahaha. Balik dari Tanah Abang trus pack barang coz esok seawall jam 4.30 dah kena gerak ke airport.
Monday, 26 October 2009
Seawal jam 4 dah bangun, dan trus amik cab ke airport. Driver teksi tu stop kan kami di Terminal 2. Bila aku nak masuk check in orang yg jaga pintu tu cakap salah terminal. Dah la teksi tadi dah pergi dan terpaksa la kami naik moto dengan harga RP30K untuk 2 moto. Airport Jakarta ni lain dari yang lain skit..dipecahkan kepada 3 terminal dan jarak sume jauh2. Macam airport yang lain 1 building dan bila dah sampai dalam tu baru diseperatekan. Then dugaan seterusnya waktu check in, kami dimintak bayaran RP300k atau RM 140 untuk pelancong asing service caj. Terkejut aku coz ingat dah x yah bayar apa. Duit rupiah aku x cukup nak bayar 300k tu tpksa la bayar. Bila tanya sorang foreigner dari Thai memang dia pun kena. Then sebelum depart sempat la aku beli 2 fridge magnet Jakarta dengan harga RP 80K or 1 fridge magnet tu harga 15 rggt, mahal banget kan??? Nak wat mcm ne dah cari kat city x jumpa2…peta pun susah nak jmp..Tourism Indonesia should do sumthing i guess..
kata prinze: pergi ke Indonesia, wat aku rasa syukur hidup di bumi Malaysia...
Tuesday, October 27, 2009
Aku dah 26 tahun

Thursday, October 22, 2009
Off to Jakarta

kata prinze: jenuh la aku nak kena ingat 10k=rm 3.60, 100k=rm36....
Monday, October 19, 2009
Merancang dan dugaan

So bulan 3 ari tu saje la surf tiket Air Asia dan dapat la tiket return penang-jakarta dengan harga rm 146 je. Murah kan? Trus aku book tanpa pk byk2. Ye la mana nak dapat harga tu.
Tu kisah 7 bulan yang lepas. Ni dah sampai date aku nak pegi jumaat ni. Tapi, mcm2 benda berlaku within 7 months tu, isu hangat malaysia-indonesia, buluh runcing la, indonesia anti malaysia dan yg terbaru gempa bumi di Padang dan sekitar beberapa tempat di Indonesia.
Tu sume yang aku x jangka akan berlaku. Ramai yg advise suruh cancel masa isu buluh runcing tu tapi tu sume x mampu melunturkan semangat aku. Dan skang isu tu pun dah reda dan aku pun dah get ready dgn annual leave pun dah amik sebulan lepas.
Tapi tadi ada lagi 1 dugaan..tiba2 aku dapat call yg ckp aku kena keje weekend ni coz ada special task. Aduh..dalam hati aku kata mcm memang x bg pegi je ni!! Puas aku pk tadi dan malas aku nak pendam trus aku bgtau officer atas aku pasal segala yg aku rancang. Dan luckily dia sgt paham dan dia ckp ok since aku pun dah apply cuti tu awal dan dorang pun bgtau benda ni last minute. So aku dikecualikan untuk keje tu.. Tu la dugaan percutian kali ni!! Aku harap berjaya la aku realisasikan plan ni, Insyallah aku akan depart Jumaat ni dan berada di sana selama 4 hari. Harap semuanya ok. Amin..
Wednesday, October 14, 2009
Memikirkan masa depan

Aku selalu tertanya2 perlu ke aku trus tunggu peluang di sini atau make a move for a better position? Diam x diam dah setahun dan at the same time ada gak a few peluang yg aku try. Tapi hati aku nak sgt stay dlm bidang ni dan gerak hati aku rasa peluang tu akan tiba gak 1 hari nanti kalo aku bersabar.. Aku xnak la kalo aku make a move tapi bidang tu yang aku x bape suka dan aku gak nyesal nanti!! Tapi aku tau Allah dah tetapkan segala2, hanya kita yang x tau...
kata prinze: kalo la leh tgk masa depan...
Saturday, October 10, 2009
Layan movie Sorority Row


kata prinze: cite hantu thai memg best!!
Thursday, October 08, 2009
Yang terjadi itu bersebab



Email yang aku dapat ari ni membuat aku berfikir sejenak!! Benarlah, sesuatu yg terjadi itu memang bersebab..Allah itu Maha Agung dan Mengetahui..
"Gempa di Tasik 15.04, di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
15.04 (surah Al Hijr, surah 15 ayat ke 4) "Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang sudah ditetapkan baginya"
17.16 (surah Al Israa', surah 17 ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
17.58 (surah Al Israa', surah 17 ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 (surah Al Anfaal, surah 8 ayat 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Empat ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya.
kata prinze: Ya Allah jauhi la negaraku ini dr bencana..
Saturday, October 03, 2009
something to share..

15 things you probably never knew or thought about....
2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks.
14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
kata prinze: suka quote yg number 3 tu!! btul la tu
Thursday, October 01, 2009
Life goes on

Tuesday, September 29, 2009
Sabar

Aku btul2 menjadi mangsa, hanya kerana dia ada kuasa menentukan siapa yang patut dipilih. Terang terangan aku ditindas. Apa tindakan aku? Serba salah dibuatnya..trust no one!! tu la pegangan aku skang ni!
Aku hanya bersabar dan trus bersabar kerana aku percaya Allah Maha Adil, cepat atau lambat orang yang busuk hati tu akan dibalas gak! Tp susah sebenarnya aku nak jadi penyabar, Ya Allah kau tabahkan la hati aku, bersihkan hatiku...
Monday, September 28, 2009
Kena saman

Aku kembali bekerja after 1 week cuti raya. Macam2 yg ada dlm kepala ni, terfikir plak saman trafik yg aku baru dpt before raya ari tu. Saman tu bulan jun ari tu yg aku on the way blik dari Melaka. Tu pun bukan aku yg drive tp xpe la aku dah deal nak byr half. Sian plak kat member aku yg drive all the way melaka-penang ari tu. Tak pasal2 wat amal jariah nak bagi RM 200!! Aduh, 200 tu wat tambah rear spoiler kete aku pun ada faedahnya! Tapi skang saman trafik tgh offline so xleh la nak byr lagi.. tp tetap nak kena standby je duit tu.
kata prinze: duit mcm air..
Friday, September 25, 2009
A perfect getaway

Kisah bermula bila Cliff dan Cydney yang sedang berbulan madu di Hawaii, dalam perjalanan menjelajah pulau tu dorang terjumpa Nick, yg memg nmpk psiko giler. Mereka bertiga kemudian meneruskan perjalanan dan bertembung dengan sekumpulan remaja yang ibu bapa mereka merayu supaya pulang kerana mereka telah mengetahui bahawa satu pembunuhan telah berlaku di pulau tersebut. So Cliff dan Cydney mula syak yg Nick dan couple dia Gina la pembunuh tu.
Memang pengarah movie ni berjaya membuat penonton rasa Cliff dan Cydney berada dalam ketakutan dan try untuk escape dari Nick dan Gina yang dianggap pembunuh tetapi sebenarnya…ha kalau cite kat sini jadi x surprise la. Apapun 3 stars for this movie..
Tuesday, September 22, 2009
Salam Syawal

Alhamdulilah dpt menyambut raya pada tahun ni dgn famili tersayang di Teluk Intan, Perak. Seronok raya kat kampung ni tp yang x bestnye aku xleh online coz line celcom broadband x bp ok la..Cakap pasal raya plak, ada sesuatu yg annoying!! bila umo dah 26 ni bila pg raya umah sedara mara je mesti dorg suka tanya soalan ni -"ha bila lagi nak kawin'?, "bila lagi nak langsung kenduri ni"?, "dah ada calon ke?" Aduh..rimas la soalan2 tu. Agaknya org dah xde modal soalan nak tanya ek, tanya la pasal keje ke, isu semasa ke...Malas la amik pot sgt. Hehehe.
Di ruangan ni gak, aku nak wish Salam Aidilfitri kepada sesiapa saja yang sudi meluangkan masa baca blog ni. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin