Thursday, October 29, 2009

Jakarta oh Jakarta



Friday, 23 October 2009

Flight depart pagi tu jam 10.55 dan penerbangan amik masa lebih kurang 2 jam stengah. So sampai di Soekarno International Airport jam 12.20 pm. Memang kami xde wat any hotel reservation, sumenya bila dah sampai baru cari. So after immigration check up trus aku ke kaunter informasi dengan harapan nak dapatkan map of Jakarta so senang la nak tgk2 tempat yg boleh pegi. Dengan hampeh nya dorang kata xde map dan kena cari kat city area. Ayo kalo kat Malaysia bersepah2 broshure and map pastu bagi free plak tu. Xpe la lain negara lain caranya kan?

Then trus amik teksi untuk check in. Jakarta ni besar sebenarnya dan kata pakcik teksi tu sehari pun xleh pusing abis ye la ada Jakarta Barat, Tmur, Selatan, Utara dan Jakarta Pusat. Setiap tempat ada places of interest masing2. Pakcik tu suggest kat kami stay je kat area Mangga Dua coz dekat dengan shpping mall mangga 2 dan Anchol. Kami pun rasa ok la since memang nak cari hotel yg 200k-250k RP je 1 malam, dalam anggaran 70-80 rggt. Finally check in kat Hotel Trans Mangga Dua, tengok dari luar ok tp bila dah masuk bilik aku rasa truk la hotel tu mcm kami boleh deserve yg lebih better.

Pas rehat n mandi, perut mula rasa lapar, trus la kami gerak mencari makan..yang paling dekat di Mangga Dua Mall. Berjalan la kaki lebih kurang 10 minit. Masa tu baru kul 4, kami trus cari food court, aku order nasi goreng sapi ( sapi=daging). Then jalan jalan la dalam mall tu, mcm2 ada. Mangga Dua Mall ni boleh dikatakan mcm Sungai Wang la banyak jual baju yg trendy dengan harga yang murah. Then kul 4 lebih nak dekat kul 5 kami terkejut tgk byk kedai dah nak tutup. Bila ditanya rupanya mall tu tutup kul 5. Ha??? Baru nak tgk2 dah tutup even x sempat beli apa pun. Rupanya memang mall Mangga 2 ni tutup kul 6 coz dorang kata orang Indonesia x banyak wang nak berblanja dan malam2 pergi berlibur saja. Kat luar shopping mall tu ada jual beg2 kulit dan tshirt Jakarta, kami pun beli la skit since dia jual selai dlm 6-7 rggt je. Apa plan aktiviti malam? Trus balik hotel dan otw balik tu ada pasar malam smpat la singgah dan shopping skit…


Saturday, 24 October 2009

Selamat Pagi Jakarta, seawal kul 5 dah cerah macam kul 7 di Malaysia then siaran tv kul 6 dah ada rancangan pasal gosip2 artis!! So layan je la kejap ada pasal Kris Dayanti bercerai, Nia Ramadhani..Cuba bayangkan Melodi disiarkan kul 6 pagi kat Malaysia, ada ke orang tgk ek??

After breakfast jam 7.30 kami decide ke Monas sementara nak tunggu Mangga 2 bukak. So ke Monas naik bajai dengan harga 15k RP dalam 5 rggt je mcm tu. Monastu one of the places of interest, ada menara dan tugu. Kami x masuk pun dalam menara tu juz tangkap2 gmbr di luar je. Dan kat luar ada taman untuk orang beriadah.

Amik bajai menuju ke Mangga 2 mall, masa tu dalam kul 8.40 dan mall tu x bukak pun lagi. Kul 9 baru la bukak dan start la jalan2 dan beli apa yang patut. Tengah hari lunch di KFC dan as usual sama mcm aku pg Medan dulu KFC mesti ada nasi putih. Ayam kfc msia sedap lagi..x sama la rasa.

Jam 12.30pm berjalan balik ke hotel untuk check out, dan punya la panas sangat2 dengan bawak barang lagi. Panas sungguh Jakarta.. Kami check out jam 1 dan sempat aku tanya info pasal budget hotel nak stay di Central Jakarta. Kami decide ke Jalan Jaksa, memang aku ada baca kat google pasal Jalan Jaksa ni tempat pelancong asing dan banyak hotel bajet. Dengan harga RP 50 000 teksi antar sampai Jalan Jaksa. Memang banyak hotel2 di sepanjang jalan dan finally kami dapat Hotel Margot dengan harga RP 222K untuk 1 malam, memang best dan selesa hotel tu. Kalo pergi lagi ke sini memang aku pilih hotel ni. Petang tu kami ke Sakinah Shopping Centre untuk pencarian peta. Tapi hampa btul x jumpa2 peta. Kalo kat Msia pg je bookshop mesti ada, kat sini susah sangat. So beli je la junk food yang leh dikunyah2. Kami dinner di KL Bangsar Village, restoran ni sbelah hotel kami je, sume Malaysian food. Xde la sedap sgt tp ok la dengan harga.


Sunday, 25 Oktober 2009

Aktiviti di Jakarta diteruskan dengan pergi dengan menuju ke Tanah Abang. Tanah Abang ni satu lagi syurga membeli belah untuk ibu-ibu dan orang yang meniaga. Segala benda mcm kain ela, tudung, telekung, kebaya, jaket kulit sume ada kat sini. Dan menurut orang, Tanah Abang Block A ni salah satu gedung terbesar di Asia Tenggara. Memang besar dan terlalu banyak kedai setiap level. Sini la tempat nak beli telekung, kebaya dengan harga yang boleh ditawar. Kesimpulannya tempat ni bukan la tempat aku, hahahaha. Balik dari Tanah Abang trus pack barang coz esok seawall jam 4.30 dah kena gerak ke airport.


Monday, 26 October 2009

Seawal jam 4 dah bangun, dan trus amik cab ke airport. Driver teksi tu stop kan kami di Terminal 2. Bila aku nak masuk check in orang yg jaga pintu tu cakap salah terminal. Dah la teksi tadi dah pergi dan terpaksa la kami naik moto dengan harga RP30K untuk 2 moto. Airport Jakarta ni lain dari yang lain skit..dipecahkan kepada 3 terminal dan jarak sume jauh2. Macam airport yang lain 1 building dan bila dah sampai dalam tu baru diseperatekan. Then dugaan seterusnya waktu check in, kami dimintak bayaran RP300k atau RM 140 untuk pelancong asing service caj. Terkejut aku coz ingat dah x yah bayar apa. Duit rupiah aku x cukup nak bayar 300k tu tpksa la bayar. Bila tanya sorang foreigner dari Thai memang dia pun kena. Then sebelum depart sempat la aku beli 2 fridge magnet Jakarta dengan harga RP 80K or 1 fridge magnet tu harga 15 rggt, mahal banget kan??? Nak wat mcm ne dah cari kat city x jumpa2…peta pun susah nak jmp..Tourism Indonesia should do sumthing i guess..


kata prinze: pergi ke Indonesia, wat aku rasa syukur hidup di bumi Malaysia...

4 comments:

lelakiterindah said...

NJOY JAKARTA......bestnyer dapat gi sana ek, nanti nak gi gak ar!

asz said...

pg la wak..nanti u jadi gila kat sana tgk costume, baju especially kat mangga 2 n tanah abang. heheheh

Rush Murad said...

apa ada di Jakarta ekk?? selalunya org2 kita pi Bandung, bali, Jogja... kesian dengar cerita u..hahahaa..next time kalau ada kawan2 yg tak pernah ke sana (Indonesia) dan nak tips..hubungi saya jer..melalui blog atau email..i memang familiar dgn negara Indonesia ni... :D

asz said...

rush murad- tu la pasal maybe after this plan going to Bandung. i'll get some tips from u