Friday, September 03, 2010

Interview PTD M41


Lega sgt rasanya aku dah selesai interview PTD pagi td. Btol la mcm zaman study dulu, bila kita abis jwb paper exam or last day of exam rasa lega yg teramat!! Alhamdulilah, aku nak share la pengalaman interview PTD pagi td. Lokasi interview di Traders Hotel, Penang. 8 org calon yang datang dan giliran aku yang ke 3. Panel yg menemuduga 2 orang, sorang Dato' dari JPA dan sorang dari SPA. Aku byk ditya pasal study dan keje skang. Pasal general knowledge Malaysia xde langsung! Aku punya la study pasal Perlembagaan, Dewan Rakyat, Parlimen, Hubungan luar Malaysia..skit pun xde! Ni soalan2 yang ditya:-

Panel JPA
1- Apa persedian En Syafiq nak dtg interview PTD ni?- aku jwb la baca Buku Msia Kita, Pengajian Am, tgk internet n baca paper.
2- Saya tengok bidang Diploma En Syafiq dan degree berbeza ye? Sebab apa?- Aku pun jwb je la.
3- Skrang bekerja sebagai apa? dan boleh cerita tentang tugas2?- Aku pun bercerita la keje aku dari A smp Z.
4- Apa pencapaian utama yg En Syafiq boleh share di sini?-Aku cite pasal pencapaian aku zaman blaja dulu.
5-Pernah jadi guru GSTT, subject apa yg diajar?-
6- Pendapat En Syafiq tentang tugas PTD yang tidak statik 1 bidang dan kementerian.- jwb je
7- Wawasan yang ada pada En Syafiq- Goreng je, market la diri sendiri
8- Sudah berapa kali interview PTD?- ini 1st time interview, tp PAC dah 3 kali dan exam 5 kali
9- Apa yang buat En Syafiq cuba lagi?- jwb je la yg elok2, x suka putus asa, hehe
10-Kerja skang ada wat report x? Apa yg ada dlm report tu?- skali lg pasal keje

Panel SPA
11- Dalam report keje ada suggestion n analisis x?- aku cite la A smp Z
12- Dah keje governemnt 2 tahun, apa itu General Order?- di sini memg aku x ingat langsung GO ni. tp Tuan tu bg la hints skit2, huhu

berbalik kepada soalan Dato'

13- Soalan ni dalam English, jadi sila jwb dlm English dlm masa seminit sj, what do you think about delivery system by government effort?- aku relate kan dgn NKRA yg memg aku hafal!! suka suka!
14- En Syafiq ada apa2 soalan?- aku jwb xde soalan tp sy nak ckp pasal harapan sy...aku pun ckp la berharap dpt menjawat jwtn ni blah blah

-Interview End-

Alhamdulilah aku rasa puas ati dgn interview ni, aku berserah je pasni dan tawaqal. Insyallah aku terima apa jua yg Allah tetapkan. Kepada anda yang bakal ditemuduga lepas raya ni, Selamat Maju Jaya dan wat la persediaan sebaik mungkin.

Tuesday, August 31, 2010

Kali ke 53


Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 buat Malaysia! Apa yg dapat aku katakan, aku bangga menjadi rakyat Malaysia! Semoga Malaysia terus menjadi yang terbaik antara yang terbaik. 1 Malaysia Menjana Transformasi

Monday, August 30, 2010

Mode: Study


Tinggal lagi 4 ari je interview PTD! Study mode actually dah bermula dari hari dpt surat 2 weeks ago tp this week la start serius btol2! Apa yang aku study? Browsing from internet cari info2 pasal tips PTD ni, ada Ptd portal tp skang pelik xleh bukak yang forum tu! Sambil tu buku Malaysia Kita dan Pengajiam Am form 6 penting gak! Newspaper pun kena tgk ari2 skang untuk isu2 semasa! Aku harap apa yg aku baca n smpn dlm otak ni akan ditanya la nanti..

Saturday, August 21, 2010

Menanti hari interview PTD


Finally tggu punya tggu date interview td smp surat dari SPA! Happy to know date interview tu sebelum raya, 3hb September 2010! Aku punya la worry kalo date interview tu clash dgn date nak pg HK after raya. So ada lg lebih kurang 12 hari harap2 mampu la aku wat preparation yg terbaik. Aku sentiasa pegang usaha tetap usaha dan kalo memg dah rezeki kita tetap menjadi rezeki kita walau apa pun..tp kalo bkn rezeki akan ada yg terbaik menanti. Semua dah ditentukan Allah..

Friday, August 13, 2010

Syukur


Hari ni hari ke 3 puasa, alhamdulilah walaupun x bp sihat dari hari 1st aku tetap berpuasa! Semalam result assesment PTD yang aku pg last month dah kuar! Aku check, alhamdulilah aku lulus. Finally 3 kali try yg ke 3 ni berhasil. Tapi ada lg 1 stage, last stage-interview! Date x dpt lg n at the same time aku takut date tu clash dgn holiday ke Hong Kong! Hopefully not on the same date..Apapun aku happy lulus PAC ni.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.


Assalamualaikum.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah.


Monday, August 02, 2010

Trip to Rompin




1st time ke Rompin, Pahang untuk menjelajah kampung Faisal. Perjalanan 7 jam memg lama sgt smp aku demam mlm 1st kat sana. Tapi nasib baik la cepat kebah bila peluh mlm tu! Best sgt dengan layanan mak tok dan tok ayah, wat aku rindunya nak ada tok dan opah..yg pastinya xkan kembali! Aktiviti di Rompin bertemakan laut, sempat gak ke Endau, Johor dan Pasir Lanun. 3 ari 2 mlm dgn aktiviti kg style yg sgt best coz dpt tgk tmpt org...Jauh berjalan luas pandangan

Sunday, July 11, 2010

Untuk kali ke 3


Untuk kali ke 3 aku terima tawaran untuk ke PAC, assesment PTD di INTURA. 1st time pegi tahun 2007 then 2nd time 2008 now yesterday 3rd time. Previous assesment yang aku pegi 3 hari 2 mlm but now dorg jadikan 1 ari je. Overall sume sama je cuma kurang la aktiviti coz sblum ni memg pack utk 3 ari 2 mlm. Tapi lari 2.4 km tu tetap ada!! As usual mcm2 orang la aku jmp dlm group aku tu, ada yg ok dan ada yg x ok, x ok mcm ne? yang gila nak berckp dan yg gediks pun ada! Aku? Aku rasa ni last aku try! Bukan aku give up kalo aku x dpt lg cuma aku rasa that's it! enuff la. Maybe bukan rezeki aku jwtn ni. Kadang2 mcm ntah apa2, mcm susah sgt nak jd PTD ni! Just wait for the results soon!!!

Wednesday, June 30, 2010

who wants to follow me to Hong Kong in september?


i'm looking for a fren to accompany me to hong kong! must be he coz easy to share a hotel room and like travelling like backpackers! i'm planning to go after raya, end of september coz the wheather in hong kong juz nice at that time!! i really want to go to hong kong!!!

Monday, June 28, 2010

Keinginan di hati

Hong Kong!!! wait for me..

Kenapa manusia terlalu byk keinginan yang dia nak ha? Sbenarnya aku la tu!! Dah lama tingin nak ke Hong Kong tgk plak harga tiket Air Asia yg sgt affordable untuk September ni. Tangan ni dah gatal sgt nak booking tp bila pk plak kot kot x jd ke..huhuhuhu.

Lagi satu benda yang slalu dlm fikiran aku ni nak beli netbook Dell Mini 10, dah 2 kali la aku pegang kat Dell centre dgn harga Rm 1299, black color plak tu! Hrmm kalo la dpt 2 benda ni nak plak ada la org yg nak hadiahkan mesti best gile..tp sp la yg murah hati nak bg tu??

Wednesday, June 16, 2010

Ntah apa apa


Kadang-kadang orang2 yang dlm facebook ni suka post yang remeh and make me completely annoying! Ada post yang paling aku xleh terima: nak mandi, jom!!, nak tdo la..., pastu ada yg jenis setiap minit nak post pe yg jd!! come on la guys..nak post pun, post la something yg nice to be shared..tak boleh blah la orang2 mcm ni! dan yg paling xleh terima tu, ada je kwn2 dorg yg komen post "bodoh" dorang tu!! Memang la tu hak masing2 tp benda tu annoying la kdg2..serius!!

Sunday, June 13, 2010

Jom pergi kenduri!

cantiknya kak mut!
seri pengantin yati


Bila cuti sekolah mula la jemputan kenduri memenuhi jadual di ujung minggu. This week saja ada 2 wedding kwn yg memg wajib aku pegi! Ari sabtu wedding member baik aku Yati, finally Yati selamat menjadi isteri Shahrul, tahniah Yat!! Then ari ni plak kenduri Kak Mut aka Masnita. Kak Mut ni dulu sekali keje dgn aku then dapat jd cikgu. Kak Mut finally berbahagia bersama pasangannya dari Johor, Edy. Congrats to them, semoga bahagia dan happily ever after mcm Cinderella story =) By the way 2 wedding yg aku pg menjadikan purple tema color dorang! famous btol kaler ni!!

Monday, June 07, 2010

unlucky


I would say the beginning of June was sucks!!! An old lady hit my car at the back, this happened at tesco's car park area and what make it worse she promised to pay the loss but she wasn't! so what can i say??? it was my unlucky day, rm 150 juz gone like that to fix the baby. Then the lappy charger couldn't work anymore, i don't have any choice..bought the new charger cost rm 125. so the lost total for the 1st week of June rm 275!! huhuhu...and the good news that make me smile i pass the spa exam=)

Sunday, May 30, 2010

Bulan May best!!

united again
kegilaan bersama mereka..
tq dafot yang jadi peneman!
nasi kerabu yang best!!!
majestic masjid kristal

Kesibukan yang memanjang membuatkan aku malas sgt nak update blog. Ala lagipun blog aku ni ntah ada orang baca ke tak tp aku create blog ni pun bukan untuk jadi famaous blog!! Tak kisah la tu..janji happy. Esok kejap je dah abis bulan 5! Bulan Jun plak menyusul, aku rasa masa terlalu pantas berlalu..
Bulan 5 ni tahun ni mcm best je coz byk benda berlaku previous week ago..antaranya:

13-15 May 2010: East Coast Exploration yang aku plan sendiri dengan member baik aku, Mr Faisal. Kitaorang drive bergilir2 dari Penang ke Kota Bharu then ke Kuala Terengganu. So spent 1 nite in KB and 1 nite in KT. Yang best tu ni 1 st time aku menjejak kaki ke Pantai Timur, so aku suka dan puas sgt! Yang penting kete kesayangan aku tu pun dah smp jauh..

26 May 2010: Interview jawatan tetap di Hq. Hrmm..ntah la tp apapun aku konfiden je jwb interview tu! Kalo ada rezeki ada la tu, tapi aku mula terfikir..sayangnya nak tinggalkan Penang nanti..

28 May 2010: Kegilaan melanda reunion dengan member2 diploma..kitaorg ke Genting dan bergembira untuk 3 hari 2 malam di kl. Best sgt after so long tak jmp!!



Thursday, May 06, 2010

brengset penipu!!


I was cheated by someone yang aku memg x kenal muka kat facebook tp aku berminat gak nak beli polo shirt yg dia advertise. Dah wat payment transaction n last2 bila tiba date yg dia janji trus lenyap!! Nasib baik la 76 rggt je tp still duit kan??? Yang menipu tu berbangsa Cina...aku nak kata x halal pun bukannya dia tau duit halal n haram. Tapi aku harap orang mcm ni dapat la balasan setimpal dgn perbuatan dia..Aminnn.

Thursday, April 29, 2010

chilled out on weekend



Lama rasanya x pg berkelah di tepi pantai! Sekali skala rasa best sgt hang out dgn kwn2 mcm ni!! mkn pun berselera je masing2.

Sunday, April 25, 2010

Jom layan movie


Last Thursday aku tgk cite ni dgn kawan baik aku. Aku suka sangat2 cite mcm ni. Lakonan cemerlang Leonardo yang berjaya menipu aku dan penonton yang lain..4 stars/5 stars

Saturday, April 17, 2010

exam skali lagi!


Aku x ingat dan x kira kali brapa aku amik exam spa ni sejak tahun 2007. Rasanya kali ke 7.. As usual benda yang sama dgn ilmu di dada aku menjawab sumenye dgn hati yg terbuka, redha dan tawakal. Usaha tetap usaha..impian tetap sentiasa di hati untuk memajukan diri dan kerjaya demi masa depan..huh x ingat ayat!

Sunday, March 21, 2010

Malam weekend yang #**# ^**


Lesson pasal semalam:- orang xkan belanja kita saja2 tanpa sesuatu!! Aku rasa betul2 ditipu oleh sorang member ofis aku ni. Beria dia nak blanja makan rupanya nak ajak aku join MLM (yang iklan kat tv tu! skang dah xde rasa yg cakap mcm x reti nak ckp tu!!!).

Yang bestnya aku betul2 x sedar dah masuk perangkap minah ni, elok je lepas mkn dia trus ajak dgr talk pasal benda ni! Lagi 1 aku pun x prasan kedai mkn tu btul2 dpn centre MLM tu!! Bengang giler aku sampai x terkata2 aku terpaksa buang masa aku dari kul 8.30 smp kul 1 pagi.

Sorry la aku percaya benda ni tp excuse me, i'm not into all this! u pick wrong person la!!! So pasni kalo ada member yang x bp rapat dgn kita tiba2 nak blanja makan..hati2 la dgn ajakan dorang. I could say they are selfish! Not appropriate in term of their manner..

Wednesday, March 17, 2010

mana yang ok?


Kadang2 penat la aku memikirkan benda ni! Mana yang best ek? Keje gred yg bwh tp environment keje yg best n bidang yg kita suka sgt atau keje gred yg tinggi dgn gaji yg besar tp environment keje yg x berapa best atau bidang yg kita x suka??? Kan best kalo kita dpt bidang yg kita suka dgn gaji yg kita suka gak kan? Hrmm kita slalu xkan dapat apa yg kita nak...hanya luahan rasa

Sunday, March 07, 2010

Home sweet home





I juz went back from port Dickson attended the motivation n team building course! Almost 1 week been there with a lot of activities!! Time was so pack and at the end it was so tiring but we had a lot lot of fun..hehehe. Here are some of the unforgettable memories..

Thursday, February 18, 2010

kepanasan tahap melampau




Lately cuaca teramat la panas dan panas sgt sgt!! I feel like put myself into an oven..Bila hujan kita nak panas bila dah panas kita nak hujan plak..well tu la sifat manusia! Apa cara xnak bg panas ek? Dalam otak aku 1 je, of coz pasang aircond dlm bilik!! Tapi perlu ke ek?

Sunday, February 14, 2010

Fool again!


Again and again and again i was cheated by someone that called "lover"!!! Why i'm so stupid and never learn from the previous lesson??? I keep asking myself, am i too kind? am i too loyal? is that wrong? Why at the end i deserve this???? come on i should wake up now!!

broken hearted

Tuesday, February 09, 2010

Tak Sabar











Hola, rasa mcm lama aku x bukak blog ni! Tapi xpe la blog aku ni bkn ada peminat pun..tp kalo ada gak yg sudi baca tu tima kasih la ek!! Tajuk entry tak sabar??? Sbenarnya tak sabar nak pg bercuti untuk tahun ni. Ke mana??? Dah lama aku impikan tempat ni..memang cantik, one of the most beautiful islands in the world tau!! That is PULAU PERHENTIAN.

Aku surf2 kat internet memang teruja aku tgk kecantikan pulau ni, rasa bangga Malaysia ada pulau ni!! Hopefully apa yg diplan untuk nx month menjadi..ngee memang tak sabar la ni!

Wednesday, January 20, 2010

Selamat Malam

Suka gile aku lagu ni at this moment!! what a beautiful lyric!! dgr lagu ni mcm bagi semangat utk ari esok! you r rock faizal tahir!!!

S.E.L.A.M.A.T M.A.L.A.M

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Saturday, January 16, 2010

Layan Midnite movie


Rasanya lama aku x tgk movie tgh2 mlm. Slalu tgk pun movie kul 9-10. So mlm td as usual 3 of us decided to watch "Case 39". Better la kan dari nak layan cite Ju on yg lembab tu.

Movie ni ada persamaan mcm cite "The Orphan" dan "The Omen". Tapi rasanya action Renne Zelweger melawan budak evil tu mcm x cukup!! Apapun movie ni better la dari movie "Carriers". 7 stars/10 stars.

Sunday, January 10, 2010

Movie yang hampeh!


Semalam tgk movie "Carriers". Memang ntah apa2 punya movie, rasa x berbaloi bayar RM 8!! Cite yang mcm xde intro, xtau penyakit apa yg menular, yang dipertontonkan sepanjang movie ni 4 orang yang cuba cari jalan keluar dari wabak penyakit berjangkit apa aku xtau!! Nyesal sgt2 tgk movie ni. Serius!!

Wednesday, January 06, 2010

Lesson of the day


This email sent by a fren really caught my attention! Morale of the story:

  • Appreciate what you have now
  • God knows what is the best for you
  • Everything happens for a reason

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

And here is the rest of it.

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERKATA : KENAPA AKU DIUJI???

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Friday, January 01, 2010

Welcome 2010



Selamat tahun baru 2010!! Semoga 12 bulan yg akan dtg ni lebih bermakna..Aku mengharapkan dimurahkan rezeki dlm apa jua, diberi kesihatan yang sempurna, kegembiraan dan kejayaan. Insyallah..

Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009



Ari ni last day of the year. Esok tahun yg baru menjelma... Try to look back at the past of some important memories in my life in 2009:

January- 2 orang kawan baik kawin bln ni Cik Yanie and Nora.
out for hotel survey in langkawi, perlis and penang

February- pg exam ptd kali ke bp ntah!!

Mac- Ada onsite survey, bosan gile seminggu!!!
finally ada kete sendiri

April- Outstation to Sarawak..best sgt pg Miri, Sibu, Bintulu, Kuching..

May- Fara and Afiq kawin, dan aku la pengapit afiq!!

June- Product update tgk Firefly
Drive to Melaka for family day

July- Holiday in Cameron n Taiping, best holiday ever!

August- Hiking to Taman Negara, Penang

September- Aku dah 1 year with Tourism Malaysia!!

October- I'm 26 year old..
Holiday in Jakarta..boleh la!!

November- Langkawi again for LIMA event 1 week

December- Bought Canon Ixus
Ami kawin
Kena saman kat kl


kata prinze: ada suka ada duka..

Wednesday, December 30, 2009

i was unlucky that nite


Aku start cuti 24 hb sampai la semlm 29hb. So mama decided ajak pg kl, nak jalan2 katanya. So drive la aku bwk dorang ni sume ke kl. Kul 7.30 pagi dah move la on 26hb tu. Dalam kul 11.30 smp la kl trus ke damansara nak pg IKEA. Punya la ramai org ye la dah pg ari cuti so sempat la shopping barang skit2 then trus ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sampai je situ 3-4 kali aku pusing cari parking, finally parking kat car park campbell complex. Biasa la jalan TAR ni memang syurga orang perempuan and ari tu ada pasar malam gak. Baru jalan skit tiba2 ujan lebat selebat lebatnya. Stop la kejap bwh khemah org jual nasi briyani tu, sempat la kami makan dalam kebasahan. Then ujan pun stop..berjalan la sepanjang TAR tu then masuk plak SOGO sempat lg shopping.

Then kul 8 kitaorang move to Cheras since lodging kat situ umah kwn ma. Memang kalo dtg kl tdo umah dia je, jimat hotel kan? So pas mandi n dinner aku ajak filan pg downtown cheras.
at 12 kitaorg kuar ber2 heading to downtown, sampai situ memang sesak byk kete parking tepi jln je, aku park dkt dgn traffic light since ada kete parking situ gak.

Kitaorang pun pusing2 la kat situ dkt 2 jam gak then nak blik tgk ada saman kat kete!! Adusss saman lagi? Saman speed trap aku pun x byr lagi. Xpe la filan kata dia nak byr since dia yg suruh parking situ. Then kitaorg pun blik, smp kat simpang nak masuk cheras indah tu ada traffic light! masa tu tgh merah, filan suruh jalan je..aku pun ikut je!

Then aku perasan ada kete polis ikut kete kami, aku wat xtau je sampai la dia bg signal siren lampu biru tu. Aku pun stop n dia mintk lesen n ic..katanya aku dah langgar lampu isyarat dpn tu. X cukup dgn tu dia bersoal jwb tya mcm2 dari mana, kenapa blik lewat..dan yg cukup wat aku bengang and pissed off gile ada ke kami berdua kena body inspection! x cukup dgn tu seluruh kete di check!!! bangang x bangang polis tu? Aku memang tarik muka dan sepatah haram aku x cakap.

Dalam hati aku masa tu kenapa polis ni bodoh sgt? muka aku mcm perompak or penagih dadah ke? dan yg pasti aku bengang kat filan coz dia yg suruh aku langgar traffic light tu td. Yang pasti saman tu tetap kena dan aku memang bengang gile utk 1 mlm 2 saman aku kena! aku terfikir gak nape la benda ni jd kat aku? geram dan sedih gak..tp mungkin ada hikmah nak suruh aku berhati2 nx time. tu la tajuk entry ni i was so unlucky..

Esok tu nasib baik aku dah cool skit then sblum blik Penang sempat singgah Pavillion n Times Square. Driving in kl make me so so sick..dgn parking mahal n lampu hijau yg cepat sgt..arghhh aku tamau hidup kat kl!!

Thursday, December 24, 2009

Dunia Pandora dan Avatar


Semalam after work sempat gak tgk movie Avatar ni! Before that kul 3 ptg aku curi kuar jap pg beli tiket, punya la ramai manusia yg beratur pjg beli tiket movie. Online booking GSC sampai skang system down, leceh tul nak tgk movie kena beratur pjg ni. Tapi punya excited n dah promise dgn adik aku nak tgk..sanggup la aku beratur gak.

Movie kul 6.30..smp kat Gurney dlm 6.15 then cari parking dkt 15 minit br dpt. Then smp plak kat GSC beratur pjg lagi nak beli popcorn!! Aduh dugaan btul..waktu2 nak cepat la sumenye jadi lambat. Nape slalu mcm tu ek?

Ok back to the story..cite Avatar ni memang best. Aku impress dgn dunia Pandora dan orang2 asli Navi ciptaan James Cameroon ni. Ada stengah member ckp cite ni bosan dan ntah apa2. Tapi bagi aku, movie ni sgt enjoy dan btul2 wat aku ada dlm dunia Pandora tu. Dri segi jalan cerita sgt typical dan predictable tp dunia Pandora tu dgn haiwan pelik, manusia unik, senjata orang jahat yg canggih dan pemandangan indah luarbiasa sangat buat aku teruja!! Avatar is one of my favourite movie this year..

kata prinze: kalo ada dunia pandora tu memang nak pg visit!

Tuesday, December 22, 2009

Aku fed up


Ari ni wat aku rasa kecewa dgn tempat aku keje. Aku rasa byk sgt yg x kena dan wat aku x happy sbnarnya. Susah sbenarnya untuk aku luahkan kat sini, aku x tau mcm ne dan dari mana aku patut luahkan..Tapi yang pasti setahun yang berlalu seolah2 aku tidak mengecapi kepuasan kerjaya yang maksimum...




kata prinze: susah nak dapat apa yg kita suka..

Wednesday, December 16, 2009

Facebook oh facebook


Memang x dpt dinafikan facebook or fb ni skang jaringan sosial no 1 kat Malaysia. This week btul2 x sangka aku jmp blik ramai member2 sekolah rendah dulu. Bayangkan member2 zaman sekolah masa darjah 4,5,6..betul2 innocent masa tu. Thanks to one of the fren yang pandai dan ingat nak taip nama aku then dari situ aku dapat kumpul ramai member2. Most of them yang perempuan dah kawin n ada anak la pun. Thanks fb for connecting people..



kata prinze: reunion maybe after dah jmp sume..

Saturday, December 12, 2009

Ubat demam



Orang kata kalo demam2 ni elok pekena sup atau tom yam. So malam tadi pekena la maggi tom yam kat Kapitan Kopitiam. Kapitan Kopitiam yang aku pg ni kat Giant Kulim, tgk kat business kad dia ada lagi 2 branches kat Perda dan Sunway. Memang best giler pekena dengan kopi ais. Ingat kopi ais ni biasa je rupanya kopi ais yang paling best penah aku minum. Serius x tipu..Harga pun ok sgt.








kata prinze: trus baik demam!!

Wednesday, December 09, 2009

Canon ixus 100is


Masa kat LIMA, sempat la aku beli digital camera yang memang dah lama aku idam2 kan untuk menggantikan konica minolta 3.2mp yang aku beli 5 tahun lepas. So my choice is Canon Ixus 100 is, camera yang paling slim yang canon penah wat. Saiz camera ni memang cute sebesar name card je!! Tapi kecik2 pun memang puas ati dgn kualiti 12.1mp. So memang berbaloi la dgn harga RM 949 with 8g memory card.

My evaluation :

design : 9/10
image Quality : 10/10
performance : 9/10
features : 9/10
value : 10/10


kata prinze: canon delighting you always

Tuesday, December 08, 2009

seminggu di Langkawi




Sempena LIMA 2009 Langkawi aku terlibat untuk official duty kali ni. So semiggu la kat Langkawi dengn cuaca yang teramat panas terik smp aku demam2 ni. Memang stress seminggu kat sana dgn keje, penat dan mcm2 lg la. Research division nak kitaorg do some research on trade visitor yang dtg kat LIMA tu. So bukan senang nak interview mat2 saleh yg high profile ni, tu la cabaran dan stress kat sana.. Balik umah trus demam,huhuhu