Life is so sweet and full of mysteries..even sometimes it sucks n bitter, so juz be all u can be bcoz we only have one life to live! "Yesterday is History, Tomorrow a Mystery, and Today is a Gift"..
united again kegilaan bersama mereka.. tq dafot yang jadi peneman! nasi kerabu yang best!!! majestic masjid kristal
Kesibukan yang memanjang membuatkan aku malas sgt nak update blog. Ala lagipun blog aku ni ntah ada orang baca ke tak tp aku create blog ni pun bukan untuk jadi famaous blog!! Tak kisah la tu..janji happy. Esok kejap je dah abis bulan 5! Bulan Jun plak menyusul, aku rasa masa terlalu pantas berlalu.. Bulan 5 ni tahun ni mcm best je coz byk benda berlaku previous week ago..antaranya:
13-15 May 2010: East Coast Exploration yang aku plan sendiri dengan member baik aku, Mr Faisal. Kitaorang drive bergilir2 dari Penang ke Kota Bharu then ke Kuala Terengganu. So spent 1 nite in KB and 1 nite in KT. Yang best tu ni 1 st time aku menjejak kaki ke Pantai Timur, so aku suka dan puas sgt! Yang penting kete kesayangan aku tu pun dah smp jauh..
26 May 2010: Interview jawatan tetap di Hq. Hrmm..ntah la tp apapun aku konfiden je jwb interview tu! Kalo ada rezeki ada la tu, tapi aku mula terfikir..sayangnya nak tinggalkan Penang nanti..
28 May 2010: Kegilaan melanda reunion dengan member2 diploma..kitaorg ke Genting dan bergembira untuk 3 hari 2 malam di kl. Best sgt after so long tak jmp!!
I was cheated by someone yang aku memg x kenal muka kat facebook tp aku berminat gak nak beli polo shirt yg dia advertise. Dah wat payment transaction n last2 bila tiba date yg dia janji trus lenyap!! Nasib baik la 76 rggt je tp still duit kan??? Yang menipu tu berbangsa Cina...aku nak kata x halal pun bukannya dia tau duit halal n haram. Tapi aku harap orang mcm ni dapat la balasan setimpal dgn perbuatan dia..Aminnn.
Last Thursday aku tgk cite ni dgn kawan baik aku. Aku suka sangat2 cite mcm ni. Lakonan cemerlang Leonardo yang berjaya menipu aku dan penonton yang lain..4 stars/5 stars
Aku x ingat dan x kira kali brapa aku amik exam spa ni sejak tahun 2007. Rasanya kali ke 7.. As usual benda yang sama dgn ilmu di dada aku menjawab sumenye dgn hati yg terbuka, redha dan tawakal. Usaha tetap usaha..impian tetap sentiasa di hati untuk memajukan diri dan kerjaya demi masa depan..huh x ingat ayat!
Lesson pasal semalam:- orang xkan belanja kita saja2 tanpa sesuatu!! Aku rasa betul2 ditipu oleh sorang member ofis aku ni. Beria dia nak blanja makan rupanya nak ajak aku join MLM (yang iklan kat tv tu! skang dah xde rasa yg cakap mcm x reti nak ckp tu!!!).
Yang bestnya aku betul2 x sedar dah masuk perangkap minah ni, elok je lepas mkn dia trus ajak dgr talk pasal benda ni! Lagi 1 aku pun x prasan kedai mkn tu btul2 dpn centre MLM tu!! Bengang giler aku sampai x terkata2 aku terpaksa buang masa aku dari kul 8.30 smp kul 1 pagi.
Sorry la aku percaya benda ni tp excuse me, i'm not into all this! u pick wrong person la!!! So pasni kalo ada member yang x bp rapat dgn kita tiba2 nak blanja makan..hati2 la dgn ajakan dorang. I could say they are selfish! Not appropriate in term of their manner..
Kadang2 penat la aku memikirkan benda ni! Mana yang best ek? Keje gred yg bwh tp environment keje yg best n bidang yg kita suka sgt atau keje gred yg tinggi dgn gaji yg besar tp environment keje yg x berapa best atau bidang yg kita x suka??? Kan best kalo kita dpt bidang yg kita suka dgn gaji yg kita suka gak kan? Hrmm kita slalu xkan dapat apa yg kita nak...hanya luahan rasa
I juz went back from port Dickson attended the motivation n team building course! Almost 1 week been there with a lot of activities!! Time was so pack and at the end it was so tiring but we had a lot lot of fun..hehehe. Here are some of the unforgettable memories..
Lately cuaca teramat la panas dan panas sgt sgt!! I feel like put myself into an oven..Bila hujan kita nak panas bila dah panas kita nak hujan plak..well tu la sifat manusia! Apa cara xnak bg panas ek? Dalam otak aku 1 je, of coz pasang aircond dlm bilik!! Tapi perlu ke ek?
Again and again and again i was cheated by someone that called "lover"!!! Why i'm so stupid and never learn from the previous lesson??? I keep asking myself, am i too kind? am i too loyal? is that wrong? Why at the end i deserve this???? come on i should wake up now!!
Hola, rasa mcm lama aku x bukak blog ni! Tapi xpe la blog aku ni bkn ada peminat pun..tp kalo ada gak yg sudi baca tu tima kasih la ek!! Tajuk entry tak sabar??? Sbenarnya tak sabar nak pg bercuti untuk tahun ni. Ke mana??? Dah lama aku impikan tempat ni..memang cantik, one of the most beautiful islands in the world tau!! That is PULAU PERHENTIAN.
Aku surf2 kat internet memang teruja aku tgk kecantikan pulau ni, rasa bangga Malaysia ada pulau ni!! Hopefully apa yg diplan untuk nx month menjadi..ngee memang tak sabar la ni!
Suka gile aku lagu ni at this moment!! what a beautiful lyric!! dgr lagu ni mcm bagi semangat utk ari esok! you r rock faizal tahir!!!
S.E.L.A.M.A.T M.A.L.A.M
Biarkan berlalu Semua kepedihanmu Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu Ke mana kau mahu Selamat malam Tidurlah sayangku Siang kan tiba bercahaya Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam Yang indah itu ada padamu Dengan setiap impian dan harapan Selamat malam Tidurlah sayangku Siangkan tiba bercahaya Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang Selamat malam kasih Selamat malam sayang Woooo...
Selamat malam sayang Selamat malam kasih Selamat malam sayang Woooo... Tidurlah sayangku Siangkan tiba bercahaya Bermula baru semua untukmu
Rasanya lama aku x tgk movie tgh2 mlm. Slalu tgk pun movie kul 9-10. So mlm td as usual 3 of us decided to watch "Case 39". Better la kan dari nak layan cite Ju on yg lembab tu.
Movie ni ada persamaan mcm cite "The Orphan" dan "The Omen". Tapi rasanya action Renne Zelweger melawan budak evil tu mcm x cukup!! Apapun movie ni better la dari movie "Carriers". 7 stars/10 stars.
Semalam tgk movie "Carriers". Memang ntah apa2 punya movie, rasa x berbaloi bayar RM 8!! Cite yang mcm xde intro, xtau penyakit apa yg menular, yang dipertontonkan sepanjang movie ni 4 orang yang cuba cari jalan keluar dari wabak penyakit berjangkit apa aku xtau!! Nyesal sgt2 tgk movie ni. Serius!!
This email sent by a fren really caught my attention! Morale of the story:
Appreciate what you have now
God knows what is the best for you
Everything happens for a reason
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
And here is the rest of it.
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
KITA BERKATA : KENAPA AKU DIUJI???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Selamat tahun baru 2010!! Semoga 12 bulan yg akan dtg ni lebih bermakna..Aku mengharapkan dimurahkan rezeki dlm apa jua, diberi kesihatan yang sempurna, kegembiraan dan kejayaan. Insyallah..
Aku start cuti 24 hb sampai la semlm 29hb. So mama decided ajak pg kl, nak jalan2 katanya. So drive la aku bwk dorang ni sume ke kl. Kul 7.30 pagi dah move la on 26hb tu. Dalam kul 11.30 smp la kl trus ke damansara nak pg IKEA. Punya la ramai org ye la dah pg ari cuti so sempat la shopping barang skit2 then trus ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Sampai je situ 3-4 kali aku pusing cari parking, finally parking kat car park campbell complex. Biasa la jalan TAR ni memang syurga orang perempuan and ari tu ada pasar malam gak. Baru jalan skit tiba2 ujan lebat selebat lebatnya. Stop la kejap bwh khemah org jual nasi briyani tu, sempat la kami makan dalam kebasahan. Then ujan pun stop..berjalan la sepanjang TAR tu then masuk plak SOGO sempat lg shopping.
Then kul 8 kitaorang move to Cheras since lodging kat situ umah kwn ma. Memang kalo dtg kl tdo umah dia je, jimat hotel kan? So pas mandi n dinner aku ajak filan pg downtown cheras. at 12 kitaorg kuar ber2 heading to downtown, sampai situ memang sesak byk kete parking tepi jln je, aku park dkt dgn traffic light since ada kete parking situ gak.
Kitaorang pun pusing2 la kat situ dkt 2 jam gak then nak blik tgk ada saman kat kete!! Adusss saman lagi? Saman speed trap aku pun x byr lagi. Xpe la filan kata dia nak byr since dia yg suruh parking situ. Then kitaorg pun blik, smp kat simpang nak masuk cheras indah tu ada traffic light! masa tu tgh merah, filan suruh jalan je..aku pun ikut je!
Then aku perasan ada kete polis ikut kete kami, aku wat xtau je sampai la dia bg signal siren lampu biru tu. Aku pun stop n dia mintk lesen n ic..katanya aku dah langgar lampu isyarat dpn tu. X cukup dgn tu dia bersoal jwb tya mcm2 dari mana, kenapa blik lewat..dan yg cukup wat aku bengang and pissed off gile ada ke kami berdua kena body inspection! x cukup dgn tu seluruh kete di check!!! bangang x bangang polis tu? Aku memang tarik muka dan sepatah haram aku x cakap.
Dalam hati aku masa tu kenapa polis ni bodoh sgt? muka aku mcm perompak or penagih dadah ke? dan yg pasti aku bengang kat filan coz dia yg suruh aku langgar traffic light tu td. Yang pasti saman tu tetap kena dan aku memang bengang gile utk 1 mlm 2 saman aku kena! aku terfikir gak nape la benda ni jd kat aku? geram dan sedih gak..tp mungkin ada hikmah nak suruh aku berhati2 nx time. tu la tajuk entry ni i was so unlucky..
Esok tu nasib baik aku dah cool skit then sblum blik Penang sempat singgah Pavillion n Times Square. Driving in kl make me so so sick..dgn parking mahal n lampu hijau yg cepat sgt..arghhh aku tamau hidup kat kl!!
Semalam after work sempat gak tgk movie Avatar ni! Before that kul 3 ptg aku curi kuar jap pg beli tiket, punya la ramai manusia yg beratur pjg beli tiket movie. Online booking GSC sampai skang system down, leceh tul nak tgk movie kena beratur pjg ni. Tapi punya excited n dah promise dgn adik aku nak tgk..sanggup la aku beratur gak.
Movie kul 6.30..smp kat Gurney dlm 6.15 then cari parking dkt 15 minit br dpt. Then smp plak kat GSC beratur pjg lagi nak beli popcorn!! Aduh dugaan btul..waktu2 nak cepat la sumenye jadi lambat. Nape slalu mcm tu ek?
Ok back to the story..cite Avatar ni memang best. Aku impress dgn dunia Pandora dan orang2 asli Navi ciptaan James Cameroon ni. Ada stengah member ckp cite ni bosan dan ntah apa2. Tapi bagi aku, movie ni sgt enjoy dan btul2 wat aku ada dlm dunia Pandora tu. Dri segi jalan cerita sgt typical dan predictable tp dunia Pandora tu dgn haiwan pelik, manusia unik, senjata orang jahat yg canggih dan pemandangan indah luarbiasa sangat buat aku teruja!! Avatar is one of my favourite movie this year..
kata prinze: kalo ada dunia pandora tu memang nak pg visit!
Ari ni wat aku rasa kecewa dgn tempat aku keje. Aku rasa byk sgt yg x kena dan wat aku x happy sbnarnya. Susah sbenarnya untuk aku luahkan kat sini, aku x tau mcm ne dan dari mana aku patut luahkan..Tapi yang pasti setahun yang berlalu seolah2 aku tidak mengecapi kepuasan kerjaya yang maksimum...
Memang x dpt dinafikan facebook or fb ni skang jaringan sosial no 1 kat Malaysia. This week btul2 x sangka aku jmp blik ramai member2 sekolah rendah dulu. Bayangkan member2 zaman sekolah masa darjah 4,5,6..betul2 innocent masa tu. Thanks to one of the fren yang pandai dan ingat nak taip nama aku then dari situ aku dapat kumpul ramai member2. Most of them yang perempuan dah kawin n ada anak la pun. Thanks fb for connecting people..
Orang kata kalo demam2 ni elok pekena sup atau tom yam. So malam tadi pekena la maggi tom yam kat Kapitan Kopitiam. Kapitan Kopitiam yang aku pg ni kat Giant Kulim, tgk kat business kad dia ada lagi 2 branches kat Perda dan Sunway. Memang best giler pekena dengan kopi ais. Ingat kopi ais ni biasa je rupanya kopi ais yang paling best penah aku minum. Serius x tipu..Harga pun ok sgt.
Masa kat LIMA, sempat la aku beli digital camera yang memang dah lama aku idam2 kan untuk menggantikan konica minolta 3.2mp yang aku beli 5 tahun lepas. So my choice is Canon Ixus 100 is, camera yang paling slim yang canon penah wat. Saiz camera ni memang cute sebesar name card je!! Tapi kecik2 pun memang puas ati dgn kualiti 12.1mp. So memang berbaloi la dgn harga RM 949 with 8g memory card.
My evaluation :
design : 9/10 image Quality : 10/10 performance : 9/10 features : 9/10 value : 10/10
Sempena LIMA 2009 Langkawi aku terlibat untuk official duty kali ni. So semiggu la kat Langkawi dengn cuaca yang teramat panas terik smp aku demam2 ni. Memang stress seminggu kat sana dgn keje, penat dan mcm2 lg la. Research division nak kitaorg do some research on trade visitor yang dtg kat LIMA tu. So bukan senang nak interview mat2 saleh yg high profile ni, tu la cabaran dan stress kat sana.. Balik umah trus demam,huhuhu
Lately aku obsess sgt dengan fridge magnet. Selama ni xde la aku heran sgt dengan fridge magnet yang terlekat kat peti ais umah aku tapi sejak akhir2 ni aku rasa mcm best sgt kumpul fridge magnet ni especially fridge magnet yg dari luar negara. Malam tadi aku surfing2 rupanya ada blog fanatik org yg kumpul fridge magnet ni, then dorang siap jual lagi kepada yg berminat. Ada yang murah ada yang mahal. Kalo ada member2 aku yg pg overseas aku x kirim benda lain la, aku pesan fridge magnet je. Fridge magnet ni mcm cute, senang nak cari n ada trademark negara yg kita pg tu..
Hebat sungguh penangan movie ni sampaikan online booking pun jam dah dkt 2 minggu. Then kalo kat cinema pun orang beratur panjang gile. Ingatkan dah seminggu tayang reda la orang tp x gak. Nasib baik aku dah beli tiket sehari sebelum tu pun mintak kawan tlg belikan then dapat la seat baris 3 dari depan, aduh..terpaksa la.
Lepas 2 jam lebih aku nonton movie tu, my opinion isi cite tu biasa je, apa yang wat movie tu hebat becoz of the cgi effect yang memang wat kita rasa btul2 dunia ni musnah dan hancur. Yang lain biasa je.. 3 bintang
Salah ke aku? Memang la aku salah bila aku terlanggar skit je kete jiran aku pagi tadi! Nasib baik xde sape nampak. Tapi wat aku rasa bersalah gak tapi kete aku yang kena teruk. Alkisahnya kete aku terhimpit oleh dua buah kete jiran yang wat aku sempit sgt nak reverse kuar parking tu. Punya la aku hati2 xnak bg terkena kete jazz merah tu at last kena kete yg sebelah proton iswara. Aduh!!! kete aku la scracth n kemek skit, memang aku rasa tension sampai terlewat masuk ofis pagi td. At the end hantar kedai gak bagi elok, melayang la RM 100 gak. Happy tgk kete aku dah elok ptg td. Kete jiran aku tu? Actually kete dia ok, skit je tu pun x nmpak sgt. Btul ke ayat aku tu? Or i'm covering myself? hrmmm...apapun aku mintk maaf byk2 kat jiran aku tu (macam la dia baca blog ni!!)
Inginkan cerita seram yang pelbagai dan menarik? Sila la tonton filem thai "Phobia 2". Ada 5 cerita seram yang berbeza dalam 1 filem. Elemen seram dicampur suspen dan komedi semestinya membuat aku enjoy menonton movie ni. Setiap cerita dilakonkan oleh pelakon yang berwajah komersial dan yang pennting memang pandai berlakon. Dalam 5 cite ni aku rasa yang paling seram cite yang ke 2- kisah terjadi di dalam hospital. Dan yang paling x best dan mengarut cite yang ke 3- pasal zombie mcm tu. Cite yang ke 5 agak menarik dan unexpected. 4 stars/5 stars
Ada satu masa segala persoalan bermain main di kepala..tentang hubungan persahabatan, cinta, kerjaya dan masa depan.. Kadang-kadang samapai satu tahap aku mula bosan dengan sikap orang di sekeliling yang tak menghargai segala kebaikan aku lakukan. Jadi kepada orang macam ni malas aku nak fikir, biarlah dorang dengan ego dorang yang memang terlalu ego.
Pasal future plak I'm thinking to further my master...tapi banyak yang aku nak kena pk..Ma senang je cakap trus sambung..aku yang menanggung hutang2 kete, ptptn..Insyallah by the age 30, i'm gonna get my Master.. Susah nak senangkan hati orang di sekeliling kita sebenarnya..
Sape tak nak hidup senang kan? Hehehe penangan filem Pisau Cukur yang aku baru tgk td kat Queensbay. Oh Dior, Oh Jimmy Choo, Oh My Coach...sume tagline yang Fazura sebut tu aku rasa ramai akan ikut nanti, x caya tgk la!!
Apapun filem ni memang entertaining sgt, pelakon yg convincing, background atas cruise yang nampak real walaupun tipu je!
Filem komedi yang cerdik dan mampu wat aku gelak dan tersenyum sampai abis cite. Aku bagi 4 stars/ 5 stars. Congrats to Mr Bernard Chauly for this great Malay movie.
kata prinze: x suka filem komedi Melayu yang memaksa penonton gelak dengan lawak yang x berapa nak cerdik..
Flight depart pagi tu jam 10.55 dan penerbangan amik masa lebih kurang 2 jam stengah. So sampai di Soekarno International Airport jam 12.20 pm. Memang kami xde wat any hotel reservation, sumenya bila dah sampai baru cari. So after immigration check up trus aku ke kaunter informasi dengan harapan nak dapatkan map of Jakarta so senang la nak tgk2 tempat yg boleh pegi. Dengan hampeh nya dorang kata xde map dan kena cari kat city area. Ayo kalo kat Malaysia bersepah2 broshure and map pastu bagi free plak tu. Xpe la lain negara lain caranya kan?
Then trus amik teksi untuk check in. Jakarta ni besar sebenarnya dan kata pakcik teksi tu sehari pun xleh pusing abis ye la ada Jakarta Barat, Tmur, Selatan, Utara dan Jakarta Pusat. Setiap tempat ada places of interest masing2. Pakcik tu suggest kat kami stay je kat area Mangga Dua coz dekat dengan shpping mall mangga 2 dan Anchol. Kami pun rasa ok la since memang nak cari hotel yg 200k-250k RP je 1 malam, dalam anggaran 70-80 rggt. Finally check in kat Hotel Trans Mangga Dua, tengok dari luar ok tp bila dah masuk bilik aku rasa truk la hotel tu mcm kami boleh deserve yg lebih better.
Pas rehat n mandi, perut mula rasa lapar, trus la kami gerak mencari makan..yang paling dekat di Mangga Dua Mall. Berjalan la kaki lebih kurang 10 minit. Masa tu baru kul 4, kami trus cari food court, aku order nasi goreng sapi ( sapi=daging). Then jalan jalan la dalam mall tu, mcm2 ada. Mangga Dua Mall ni boleh dikatakan mcm Sungai Wang la banyak jual baju yg trendy dengan harga yang murah. Then kul 4 lebih nak dekat kul 5 kami terkejut tgk byk kedai dah nak tutup. Bila ditanya rupanya mall tu tutup kul 5. Ha??? Baru nak tgk2 dah tutup even x sempat beli apa pun. Rupanya memang mall Mangga 2 ni tutup kul 6 coz dorang kata orang Indonesia x banyak wang nak berblanja dan malam2 pergi berlibur saja. Kat luar shopping mall tu ada jual beg2 kulit dan tshirt Jakarta, kami pun beli la skit since dia jual selai dlm 6-7 rggt je. Apa plan aktiviti malam? Trus balik hotel dan otw balik tu ada pasar malam smpat la singgah dan shopping skit…
Saturday, 24 October 2009
Selamat Pagi Jakarta, seawal kul 5 dah cerah macam kul 7 di Malaysia then siaran tv kul 6 dah ada rancangan pasal gosip2 artis!! So layan je la kejap ada pasal Kris Dayanti bercerai, Nia Ramadhani..Cuba bayangkan Melodi disiarkan kul 6 pagi kat Malaysia, ada ke orang tgk ek??
After breakfast jam 7.30 kami decide ke Monas sementara nak tunggu Mangga 2 bukak. So ke Monas naik bajai dengan harga 15k RP dalam 5 rggt je mcm tu. Monastu one of the places of interest, ada menara dan tugu. Kami x masuk pun dalam menara tu juz tangkap2 gmbr di luar je. Dan kat luar ada taman untuk orang beriadah.
Amik bajai menuju ke Mangga 2 mall, masa tu dalam kul 8.40 dan mall tu x bukak pun lagi. Kul 9 baru la bukak dan start la jalan2 dan beli apa yang patut. Tengah hari lunch di KFC dan as usual sama mcm aku pg Medan dulu KFC mesti ada nasi putih. Ayam kfc msia sedap lagi..x sama la rasa.
Jam 12.30pm berjalan balik ke hotel untuk check out, dan punya la panas sangat2 dengan bawak barang lagi. Panas sungguh Jakarta.. Kami check out jam 1 dan sempat aku tanya info pasal budget hotel nak stay di Central Jakarta. Kami decide ke Jalan Jaksa, memang aku ada baca kat google pasal Jalan Jaksa ni tempat pelancong asing dan banyak hotel bajet. Dengan harga RP 50 000 teksi antar sampai Jalan Jaksa. Memang banyak hotel2 di sepanjang jalan dan finally kami dapat Hotel Margot dengan harga RP 222K untuk 1 malam, memang best dan selesa hotel tu. Kalo pergi lagi ke sini memang aku pilih hotel ni. Petang tu kami ke Sakinah Shopping Centre untuk pencarian peta. Tapi hampa btul x jumpa2 peta. Kalo kat Msia pg je bookshop mesti ada, kat sini susah sangat. So beli je la junk food yang leh dikunyah2. Kami dinner di KL Bangsar Village, restoran ni sbelah hotel kami je, sume Malaysian food. Xde la sedap sgt tp ok la dengan harga.
Sunday, 25 Oktober 2009
Aktiviti di Jakarta diteruskan dengan pergi dengan menuju ke Tanah Abang. Tanah Abang ni satu lagi syurga membeli belah untuk ibu-ibu dan orang yang meniaga. Segala benda mcm kain ela, tudung, telekung, kebaya, jaket kulit sume ada kat sini. Dan menurut orang, Tanah Abang Block A ni salah satu gedung terbesar di Asia Tenggara. Memang besar dan terlalu banyak kedai setiap level. Sini la tempat nak beli telekung, kebaya dengan harga yang boleh ditawar. Kesimpulannya tempat ni bukan la tempat aku, hahahaha. Balik dari Tanah Abang trus pack barang coz esok seawall jam 4.30 dah kena gerak ke airport.
Monday, 26 October 2009
Seawal jam 4 dah bangun, dan trus amik cab ke airport. Driver teksi tu stop kan kami di Terminal 2. Bila aku nak masuk check in orang yg jaga pintu tu cakap salah terminal. Dah la teksi tadi dah pergi dan terpaksa la kami naik moto dengan harga RP30K untuk 2 moto. Airport Jakarta ni lain dari yang lain skit..dipecahkan kepada 3 terminal dan jarak sume jauh2. Macam airport yang lain 1 building dan bila dah sampai dalam tu baru diseperatekan. Then dugaan seterusnya waktu check in, kami dimintak bayaran RP300k atau RM 140 untuk pelancong asing service caj. Terkejut aku coz ingat dah x yah bayar apa. Duit rupiah aku x cukup nak bayar 300k tu tpksa la bayar. Bila tanya sorang foreigner dari Thai memang dia pun kena. Then sebelum depart sempat la aku beli 2 fridge magnet Jakarta dengan harga RP 80K or 1 fridge magnet tu harga 15 rggt, mahal banget kan??? Nak wat mcm ne dah cari kat city x jumpa2…peta pun susah nak jmp..Tourism Indonesia should do sumthing i guess..
kata prinze: pergi ke Indonesia, wat aku rasa syukur hidup di bumi Malaysia...
Semalam baru sampai dari Jakarta, alhamdulilah sumenye ok!! Penat pun x abis lagi ni, sib baik aku cuti smp esok dapat la rest. Nanti kalo aku rajin aku post pasal jakarta tu, huhuhu!! Ari ni birthday aku ke 26, yeyeyeye x sangka aku dah semakin berusia dan syukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini. 26 tu xde la tua sgt kan?? Orang kata meningkat matang la. Aku wish aku akan dapat gak 1 ari nanti sebuah kehidupan yg aku impikan dalam angan2 dan mimpi yang indah..Insyallah..
Tq kepada yg sudi memberi pendapat dan komen. Sgt2 aku menghargainya.. Ari ni sehari suntuk aku bz meng google pasal jakarta dan bandung. Biasa la sblum pg tempat org kena la wat research skit, xkan main redah je kan?? Tadi pegi tukar duit kat money changer, aku tukar 500 dulu so RM 500= RP 1355013.55! Ha amik ko, jap je aku kaya pegang duit berjuta, hahahaha..So aku malas nak cite panjang kat sini..so nantikan entry pasal percutian budget ni dgn photo2 yg ok utk di share. As usual sharing is caring kan?? da..
kata prinze: jenuh la aku nak kena ingat 10k=rm 3.60, 100k=rm36....
Betul la kata orang, kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tetapkan segalanya. Sebenarnya sejak awal tahun lagi aku dah merancang budget vacation ke luar negara. Dari 2006 aku start menda ni, konon at least setahun skali pg bercuti. So far pegi yg dkt2 Malaysia je! ye la ukur baju di badan sendiri kan?? manala mampu nak pg Paris ke London ke New York ke so yg dekat2 la dulu.., 2006 dah ke Medan, 2007 Singapore, last year ke Bangkok dan kali ni aku merancang ke Jakarta.
So bulan 3 ari tu saje la surf tiket Air Asia dan dapat la tiket return penang-jakarta dengan harga rm 146 je. Murah kan? Trus aku book tanpa pk byk2. Ye la mana nak dapat harga tu.
Tu kisah 7 bulan yang lepas. Ni dah sampai date aku nak pegi jumaat ni. Tapi, mcm2 benda berlaku within 7 months tu, isu hangat malaysia-indonesia, buluh runcing la, indonesia anti malaysia dan yg terbaru gempa bumi di Padang dan sekitar beberapa tempat di Indonesia.
Tu sume yang aku x jangka akan berlaku. Ramai yg advise suruh cancel masa isu buluh runcing tu tapi tu sume x mampu melunturkan semangat aku. Dan skang isu tu pun dah reda dan aku pun dah get ready dgn annual leave pun dah amik sebulan lepas.
Tapi tadi ada lagi 1 dugaan..tiba2 aku dapat call yg ckp aku kena keje weekend ni coz ada special task. Aduh..dalam hati aku kata mcm memang x bg pegi je ni!! Puas aku pk tadi dan malas aku nak pendam trus aku bgtau officer atas aku pasal segala yg aku rancang. Dan luckily dia sgt paham dan dia ckp ok since aku pun dah apply cuti tu awal dan dorang pun bgtau benda ni last minute. So aku dikecualikan untuk keje tu.. Tu la dugaan percutian kali ni!! Aku harap berjaya la aku realisasikan plan ni, Insyallah aku akan depart Jumaat ni dan berada di sana selama 4 hari. Harap semuanya ok. Amin..
Aku selalu tertanya2 perlu ke aku trus tunggu peluang di sini atau make a move for a better position? Diam x diam dah setahun dan at the same time ada gak a few peluang yg aku try. Tapi hati aku nak sgt stay dlm bidang ni dan gerak hati aku rasa peluang tu akan tiba gak 1 hari nanti kalo aku bersabar.. Aku xnak la kalo aku make a move tapi bidang tu yang aku x bape suka dan aku gak nyesal nanti!! Tapi aku tau Allah dah tetapkan segala2, hanya kita yang x tau...
Atas ajakkan member baik yg dah lama x tgk movie sama, tgk la movie ni mlm td. Movie yg base ala2 Scream, I know what u did last summer.. Biasa ar cite mcm ni mesti pasal budak2 high school, party, fun... Overall ok la movie ni. Sblum movie ni start ada 1 iklan movie Thailand seram tajuk Phobia 2. Memang seram la tgk sepintas lalu..Tp x sure bila kuar yg pasti akan ku tgk gak!!
Email yang aku dapat ari ni membuat aku berfikir sejenak!! Benarlah, sesuatu yg terjadi itu memang bersebab..Allah itu Maha Agung dan Mengetahui..
"Gempa di Tasik 15.04, di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
15.04 (surah Al Hijr, surah 15 ayat ke 4)"Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang sudah ditetapkan baginya" 17.16 (surah Al Israa', surah 17 ayat 16):"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
17.58 (surah Al Israa', surah 17 ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 (surah Al Anfaal, surah 8 ayat 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Empat ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya.
kata prinze: Ya Allah jauhi la negaraku ini dr bencana..
15 things you probably never knew or thought about....
1. At least five people in this world love you so much they would die for you. 2. At least fifteen people in this world love you in some way. 3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you. 4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you. 5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep. 6. You mean the world to someone. 7. If not for you, someone may not be living. 8. You are special and unique. 9. Someone that you don't even know exists loves you. 10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it. 11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world. 12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it. 13. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks. 14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know. 15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
kata prinze: suka quote yg number 3 tu!! btul la tu
Kadang2 ada hari2 dalam kehidupan yg wat aku rasa mcm best, excited, pendek kata hari tu perfect day untuk aku! Padahal bukan la hari tu dpt pujian ke, naik pangkat ke, dpt bonus ke, juz hari biasa tp rasa mcm hari yg indah.. Maksud aku hari ni la! hehehe. Hari ni dah masuk bulan Oktober, kejap je rasa masa berlalu, a few weeks lagi dah berusia 26 tahun hidup di bumi ni, syukur Alhamdulilah. Life goes on walau ada benda yang wat aku terkilan minggu ni tp aku lupakan sume tu. Bak kata salah seorang kwn baik aku sekurang kurangnya aku ada hati yg bersih, dan Tuhan akan beri ganjaran pada org yg sabar..eceh!! btul la tu..
"Remember the past, plan for the future, but live for today, because yesterday is gone and tomorrow may never come.."
Di sinilah bermula sebuah kisah tentang semalam, hari ini dan masa depan. Hanya berkongsi cerita serta luahan rasa yg ada suka dan duka. Terima kasih jika ada yg sudi mengintai blog putera raja yg tak seberapa ini..Segala komen dan pandangan amatlah dihargai.