Saturday, October 03, 2009

something to share..


15 things you probably never knew or thought about....

1. At least five people in this world love you so much they would die for you.
2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks.
14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.



kata prinze: suka quote yg number 3 tu!! btul la tu

Thursday, October 01, 2009

Life goes on


Kadang2 ada hari2 dalam kehidupan yg wat aku rasa mcm best, excited, pendek kata hari tu perfect day untuk aku! Padahal bukan la hari tu dpt pujian ke, naik pangkat ke, dpt bonus ke, juz hari biasa tp rasa mcm hari yg indah.. Maksud aku hari ni la! hehehe. Hari ni dah masuk bulan Oktober, kejap je rasa masa berlalu, a few weeks lagi dah berusia 26 tahun hidup di bumi ni, syukur Alhamdulilah. Life goes on walau ada benda yang wat aku terkilan minggu ni tp aku lupakan sume tu. Bak kata salah seorang kwn baik aku sekurang kurangnya aku ada hati yg bersih, dan Tuhan akan beri ganjaran pada org yg sabar..eceh!! btul la tu..


"Remember the past, plan for the future, but live for today, because yesterday is gone and tomorrow may never come.."


kata prinze: it's a beautiful day..


Tuesday, September 29, 2009

Sabar


Aku trus menjadi mangsa teraniaya. Mudah skali ditindas oleh org yang menggunakan kuasa yg dia ada. Aku sedih teramat sedih bila org wat mcm ni.
Aku btul2 menjadi mangsa, hanya kerana dia ada kuasa menentukan siapa yang patut dipilih. Terang terangan aku ditindas. Apa tindakan aku? Serba salah dibuatnya..trust no one!! tu la pegangan aku skang ni!
Aku hanya bersabar dan trus bersabar kerana aku percaya Allah Maha Adil, cepat atau lambat orang yang busuk hati tu akan dibalas gak! Tp susah sebenarnya aku nak jadi penyabar, Ya Allah kau tabahkan la hati aku, bersihkan hatiku...

Monday, September 28, 2009

Kena saman


Aku kembali bekerja after 1 week cuti raya. Macam2 yg ada dlm kepala ni, terfikir plak saman trafik yg aku baru dpt before raya ari tu. Saman tu bulan jun ari tu yg aku on the way blik dari Melaka. Tu pun bukan aku yg drive tp xpe la aku dah deal nak byr half. Sian plak kat member aku yg drive all the way melaka-penang ari tu. Tak pasal2 wat amal jariah nak bagi RM 200!! Aduh, 200 tu wat tambah rear spoiler kete aku pun ada faedahnya! Tapi skang saman trafik tgh offline so xleh la nak byr lagi.. tp tetap nak kena standby je duit tu.



kata prinze: duit mcm air..

Friday, September 25, 2009

A perfect getaway


Malam td tgk movie ni coz rasa cam best je. Kalau suka movie yg pengarah dia pandai menipu penonton, this is the movie!! Menipu mcm ne tu? Kan kalau kita tgk movie, kita mesti tau sape yg jahat sp yg baik..tp movie ni lain skit..
Kisah bermula bila Cliff dan Cydney yang sedang berbulan madu di Hawaii, dalam perjalanan menjelajah pulau tu dorang terjumpa Nick, yg memg nmpk psiko giler. Mereka bertiga kemudian meneruskan perjalanan dan bertembung dengan sekumpulan remaja yang ibu bapa mereka merayu supaya pulang kerana mereka telah mengetahui bahawa satu pembunuhan telah berlaku di pulau tersebut. So Cliff dan Cydney mula syak yg Nick dan couple dia Gina la pembunuh tu.
Memang pengarah movie ni berjaya membuat penonton rasa Cliff dan Cydney berada dalam ketakutan dan try untuk escape dari Nick dan Gina yang dianggap pembunuh tetapi sebenarnya…ha kalau cite kat sini jadi x surprise la. Apapun 3 stars for this movie..



kata prinze:suka movie mcm ni!!

Tuesday, September 22, 2009

Salam Syawal


Alhamdulilah dpt menyambut raya pada tahun ni dgn famili tersayang di Teluk Intan, Perak. Seronok raya kat kampung ni tp yang x bestnye aku xleh online coz line celcom broadband x bp ok la..Cakap pasal raya plak, ada sesuatu yg annoying!! bila umo dah 26 ni bila pg raya umah sedara mara je mesti dorg suka tanya soalan ni -"ha bila lagi nak kawin'?, "bila lagi nak langsung kenduri ni"?, "dah ada calon ke?" Aduh..rimas la soalan2 tu. Agaknya org dah xde modal soalan nak tanya ek, tanya la pasal keje ke, isu semasa ke...Malas la amik pot sgt. Hehehe.

Di ruangan ni gak, aku nak wish Salam Aidilfitri kepada sesiapa saja yang sudi meluangkan masa baca blog ni. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Friday, September 11, 2009

Pra Aidilfitri



Semalam meriah sgt ofis coz bos nak sume org pakai baju raya utk sesi fotografi. Rasa mcm dah raya je..hehehe.



kata prinze: baju melayu tahun ni x beli lg!!

Wednesday, September 09, 2009

Apa ada dengan 9?


Hari ni 09/09/09, apa yang ada dengan nombor 9 ni?

Fakta nombor 9 yg aku cari2 dalam internet, ada byk tp ada 9 yg aku rasa menarik..
  • ada 99 nama Allah dan 99 nama Rasul
  • dikatakan seekor kucing mempunyai 9 nyawa
  • seorang ibu mengandungkan anaknya 9 bulan
  • sebelum tahun 2006, ada 9 planet dalam sistem solar
  • kebanyakan negara Komenwel yang pernah dijajah Bristish menggunakan 999 sebagai nombor talian kecemasan.
  • Ramadhan bulan ke 9 dalam kalendar Islam
  • kepercayaan orang Cina, 9 dikatakan satu nombor digit paling hebat, membawa maksud "longlasting" atau selama-lamanya dan sesuai untuk majlis perkahwinan!! (confirm ramai org cina kawin ari ni!)
  • nombor 9 adalah nombor malang bagi orang Jepun kerana membawa maksud "pain and distress".
  • Nombor 9 ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!


kata prinze: suka gak nombor 9!

Tuesday, September 08, 2009

Best ke buka di hotel?




Sedar x sedar dah 18 ari kita puasa. Rasanya tahun ni mcm cepat sgt, rasa mcm baru 4-5 ari je puasa. Ari ni gak dapat invitation buka di hotel Cititel, 2nd boss la yg ajak ni. Dah org ajak xkan nak menolak rezeki kan? So 1st time gak la berbuka dgn member2 ofis tahun ni.

Bagi aku la, x best pun berbuka kat hotel ni. Memang la there's a lot of good food, segala mcm boleh lantak. Tp bila makanan terlampau byk pilihan jadi mcm ne ntah..mcm sume nak rasa..at the end sume dlm perut bercampur2.

Lagi satu wat aku terfikir betapa untungnya hotel2 waktu bulan ramadhan, 1 person je boleh charge RM 45, tu consider ok la harga, ada hotel 4-5 bintang smp 100++ 1 person. Bukannye kita mampu nak makan sampai abis pun..at the end yg untung besar hotel gak!!! Apapun kalo dah benda free kan, xkan nak menolak?? hehehehe



kata prinze: kdg2 walau lauk simple je di umah, tp tu la yg paling best!!

Friday, September 04, 2009

Destinasi Terakhir 4


Gigih la mlm td nak tgk gak cite Final Destination 4 yg baru release. Aku memg ikut sequel cite ni dari no 1 smp la yg skang dah 4.
Kalau yg jenis ikut movie ni mesti ingat Final Destination 1st, pasal plane crash, 2nd road accident (yg paling best bg aku!), 3rd rollercoaster n 4th ni pasal kat litar lumba.
Hrmm sad to say x best ar yg sequel ke 4 ni, mcm longgar sgt cite ni n kematian yg x bp nak real mcm Final Destination 1-3.
Masih mengekalkan trade mark dgn kematian ngeri yg boleh wat aku tutup mata tp ada certain part yg nampk merepek sgt n x real. Biasa la jalan cite tetap sama iaitu kematian mengejar mereka walau try elak mcm ne pun.. Apapun 2.5 stars out of 5 stars for this flick..







kata prinze: kalo dah ajal..tetap x boleh elak!!

Tuesday, September 01, 2009

Pak Hainan Nasi Ayam




Sat, 29 August 09

Dah seminggu berbuka puasa di rumah, skali skala nak gak berbuka di luar. So this time kita try makan di Pak Hainan Restaurant. Katne ni? Ni kat Kulim, Kedah. Memg speciality restoran ni nasi ayam hainan. Tp aku kureng skit nasi ayam hainan coz aku prefer ayam tu diroested. So i juz ordered nasi goreng kangkung, tp merasa gak la nasi ayam hainan tu since ada org order gak!!




kata prinze: x sama buka di umah dan di kedai..

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka



Selamat Hari Kemerdekaan ke 52 buat Malaysia tanah airku tercinta!
1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan





kata prinze: hujan emas negeri org, x sama dgn hujan batu di negeri sendiri yg lg best!!

Friday, August 28, 2009

Kisah orang tak puasa


Ari ni dah seminggu kita puasa, dan kalo kat sini boleh dikatakan seminggu tu la asyik ujan je!! Ni aku nak share la kat sini pasal orang2 yg x puasa ni, tiba2 je aku terdetik untuk berfikir..

Semlm aku smp ofis trus aku ke toilet n aku nmpk la dlm tong sampah ada bungkusan makanan dan puntung rokok!! Sah sah la aku tau rupanya ada 2 org hamba Allah itu x puasa!! Patut la setiap pagi awal je dia dtg rupanya dia make sure dia breakfast sblum org lain dtg.

Then aku saja la tya kawan aku yg lain pasal aku jmp bungkusan dlm tong sampah tu, dia ckp memg "hamba Allah" tu tak puasa, dari dulu lg!! Aku xde la terkejut sgt coz sebelum ni pun aku penah menjadi saksi kawan2 yg x berpuasa tp dorg tu sume bujang. Yang kali ni "hamba Allah" tu dah pun ada anak bini, umo dkt 40 la..hrmm ntah la sendiri fikir la.. Kang cakap lebih2 kurang plak pahala puasa!!

Actually aku tingin nak menyelami hati org mcm ni, apa prasaan dia x puasa tu, x leh tahan sgt ke? or memang sj2 xnak puasa.. Sibuk plak kan aku?? Tp tu la sj nak share cite ni coz sharing is caring...n renung renungkan la. Selamat berpuasa.




kata prinze: umo 8 tahun dah leh puasa penuh!!

Monday, August 24, 2009

Nak pegi ke x?



Nak pg ke x ptg ni? Aduh..aku ni bkn boleh pg pasar ramadhan!! Sume jenis kuih aku nak beli..

Semlm pg pasar, 12 rggt habis kat kuih je!! Tu la kena pandai control nafsu di bulan ramadhan ni. Ni nmpk murtabak nak beli, nmpk popia nak gak, nmpk seri muka nak gak, mana x abis duit bwk 50 rggt pun bleh abis!!

Tp hampeh tul beli murtabak semlm, nmpk luaran elok mcm sedap je, bila dah mkn tawar abis!! Pakcik tu lupa letak garam ke??? So ari ni kena dptkan gak murtabak yg sedap!







kata prinze: seri muka, kuih keria..dlm kepala!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat menyambut bulan ramadhan, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Insyallah..





kata prinze: terawih mlm ni!!

Thursday, August 20, 2009

Pissed off!!



Penah x berbual dgn org yg sgt berlagak dan ego? Pastu apa2 pun sume dia yg bagus. Alkisahnya semalam aku dpt call dari sorang kenalan masa blaja kat u dulu. Panggil M la.

Tiba2 je M ni call aku pagi2 n terkejut gak la aku coz dah dkt 3 tahun memg x keep in touch. Katanya dpt nombor aku dr kwn yg lain, so xpe la aku suka kwn2 lama nak keep in touch blik. At that moment aku memg on the way pg keje, so i had to cut off the conversation.

Then tgh hari dia call lg,kitaorg tukar2 facebook plak n dia pun mintk nombr kwn2 lain. Dari segi dia ckp tu dia keje bank skang berpangkat besar gak la n dari bunyi2 dia ckp tu mcm gaji dia 4-5k la (do i care?).

Aku dah dpt agak org mcm ni memg akan show off gila2. Xpe la aku dgr je. Then mlm masa aku tgk news, dia call lg n kat sini la aku start piss off gile dgn this guy. Dia cite la keje dia bz even weekend pun jmp client, normal la tu kan. Then aku ckp la xpe nanti aku dtg kl leh jmp, dia ckp boleh je dia nak blanja mkn kat shangri la, concorde xpun renaissance. Aku ckp mkn warung tepi jln pun xpe. Then soalan ni memg aku dah agak la dia akan tya,"ko pakai kete apa skang"? Aku ckp ala kete biasa je, x mampu lg nak beli yg besar2. Dia dgn bangganya ckp dia pakai honda n myv pun ada. So what? Even ko pakai ferari pun aku x kisah.

Then siap ckp nak beli umah setengah juta!! Poyo kan? Aku xde la impress dan respect org mcm ni!! Pastu this guy siap merendah2 kan org keje gomen, katanya gaji x cukup la, xde cabaran la. Aku ckp manusia x sama, so xyah la ko expect sume org mentaliti mcm ko. Itu hak masing2 la kan? Aduh aku btul2 bengang dgn mamat ni mlm td, dia rasa mcm dia bagus2 je. Aku malas la nak jwb call dia pasni!! Tu la manusia kan?





kata prinze: sekalipun rasa diri kita bagus, x perlu la memperlekehkan org lain!!

Wednesday, August 19, 2009

Happy Birthday to Filano






18 August 2009, Tuesday

Sempena birthday filano, kitaorg decided dinner kat Chilis. Well, 1st time try food kat sini n sama je konsep mcm Tgi Friday.

The food was great but the portion byk sgt la. Muak la!! Skali skala boleh la mkn kat tmpt mcm ni kalo slalu sengkek la pakcik x kayo kayo!

To Filano, a very Happy Birthday, may whatever you wish n dream will come true..






























kata prinze: muak la mkn western food ni kdg2!!

Monday, August 17, 2009

Xplore Penang National Park








Saturday, 15 August 2009

Kali ni product update tourism ke Penang National Park. This time memg adventure n thrill abis coz kena trekking n hiking. Ha kalo nak tau Penang National Park ni among the smallest national park in Malaysia.

Apa yg best sgt kat Taman Negara ni? Kat sini ada Tasik Miromitik yg hanya ada di beberapa buah negara di dunia. Ni info berkenaan Tasik Meromiktik:

Tasik ini wujud daripada fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap memukul pantai.

Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian melahirkan tasik Meromiktik.

Tasik Meromiktik mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas.

Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut dengan keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang.

Selain Malaysia dan Australia, dikatakan sebuah tasik yang serupa juga terdapat di Laut Hitam.

Selain tasik tu, pantai kerachut ni menjadi tempat perlindungan penyu. Dapat la pegang baby penyu yg comel. Luckily balik dpt naik bot so xde la penat trekking.

Memang best la trip kali ni penuh dgn adventure with nature.

Friday, August 14, 2009

Jom tgk G.I Joe


Untuk menghilangkan semak yg ada dlm kepala otak, pg la tgk cite ni kat Queensbaymall dgn member2. Memang la best sgt, action movie yg penuh dgn aksi dari awal smp abis. Tak sabar nak tggu sequel cite ni nanti. Rugi kalo x tgk, memg superb!




kata prinze: GI Joe ni famous dulu masa zaman bdk2!!

Bila rasa gelisah


Entah mcm ne aku nak luahkan dlm blog ni apa yg aku rasa waktu ni. Satu perasaan yg sukar utk diungkap dgn kata2, hanya aku yg mampu utk merasa apa yg aku rasa waktu ni.

Bila jd mcm ni mulalah risau dan paranoid tentang segala hal. Try to be cool tp kdg2 aku x mampu coz life is like this. Ada masa hidup tu best sgt, elok je terletak segala cerita yg indah tp bila jd x best segalanya jd ntah apa2..btul kan?????






kata prinze: kdg2 susah nak dpt apa kita nak!!

Tuesday, August 11, 2009

Biar betul!



Aku dpt email ni last week, lupa plak nak share. Memang dgr mcm x logic tp tak tau la sejauh mana btul ke tak!! Kalo betul memg la x relevan langsung dan x sepatutnya!! Mcm ntah apa2! Korang baca dan pk la..

Pirated CDs / VCDs / DVDs - Road Blocks in Malaysia

To all those CDs lover pls beware!

Please do not keep any pirated or burned CDs, DVDs, or VCDs in your car.

Police and Domestic Trade & Consumer Affairs Ministry's enforcement division in Malaysia have started the operation to search and fine anyone who keep pirated disc inside their car especially through road block at all main road and expressways.

If any pirated or burned disc found inside your car will be charged RM400 per disc. Example 30 discs found means the fine will be RM12,000.

This is real. Another friend of mine from Seagate, today during lunch time, 5 CD x RM400 = RM2,000.

One of the Plexus colleague brother-in-law caught by Police due to pirated CD in the car on the way to town for lunch with his friend in the afternoon.

One CD fined RM400.

Please disseminate this to all your friends who are driving in Malaysia.


Kata prinze: dekat 30 cd burn n pirated dlm kete!!

Monday, August 10, 2009

Nasi goreng ketam

Ahad, 9 Ogos 2009

Ari tu dah try mee banjir udang, kali ni kita makan plak nasi goreng ketam! Di mana?? Kali ni di Juru. Kedai ni kat dlm kawasan kampung yg sgt cantik pemandangannya. Kampung ni dkt dgn kuala Juru, that's why udang n ketam fresh jd product yg boleh dijual. Ada 4-5 gerai yg ada nasi goreng ketam, mee ketam, nasi goreng udang dan mee udang. Harga memg murah dan berbaloi, nasi goreng ketam 7 rggt dan mee udang 6 rggt. Aku memg suka explore mkn2 ni nak plak kalo tmpt yg xpenah pg coz i enjoy eating so much..hehehe




kata prinze: leceh btul kopek ketam tu!!

Exam ptd


Sabtu, 8 Ogos 2009

Penah x rasa bosan yg teramat bila kena amik exam yg berjam2 lamanya untuk kali ke 5??? Tu la dia exam untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik!! Actually dari 5 exam tu aku penah lulus 1st and 2nd time yg melayakkan aku pergi assesment tp luck still not on my side so aku x dipanggil utk interview. Tu la aku kena repeat blik exam yg dari kul 9 pagi smp 4.30 ptg utk 5 paper. Bosan sih!! Aku rasa ni last la aku try, bkn aku gv up tp aku dah naik jelak repeat benda yg sama. Kalo ada rezeki, ada la..




kata prinze: rezeki kita x sama..

Thursday, August 06, 2009

Aktiviti hari Rabu




Ari ni baby prince kena pg servis untuk 20000km. So appointment dah wat semlm, kul 10 trus pg. Nasib baik la x amik masa yg lama, dlm 45 minit je. Then pg wat tyre balancing n alignment kat tmpt lain coz Suzuki charge smp 50 rggt, kalo wat kedai lain 30 je. Kan jimat 20 rggt tu! Lega dah servis kete, drive pun best n smooth je!! Yg ye nye boleh la jln jauh lagi!!


Malam plak pas teman member2 bukak pose kat Marrybrown (haram x sedap n x berbaloi!!) aku decide nak tgk movie since ari ni 6rgt je. Aku memg nak tgk sgt cite “The Proposal”. Memang best sgt movie ni, romantik komedi yg leh wat aku gelak mengekek2. Lawak yg natural n pelakon yg memg sempoi. Ni review yg ditulis oleh Suzan Ahmad dari sisipan sinema Bintang Popular, Berita Harian:

APA yang menariknya mengenai filem komedi romantik ini mungkin terletak pada jalan ceritanya yang klise iaitu berkisar bos menikahi pembantunya sendiri, namun pada masa sama penonton mungkin terkadang tidak mampu meramal apa sebenarnya yang akan berlaku dalam babak seterusnya.

Akibatnya penonton tiada pilihan melainkan terus hanyut dengan muslihat, kemahiran dan teknik memperdaya oleh seorang wanita bernama Margaret Tate lakonan Sandra Bullock.

Entah bagaimana plot serta naratifnya yang dinamik seolah-olah menarik tumpuan dan keseronokan menonton filem ini untuk terus memuncak terutama dari segi keletah watak dan dialog yang dipaparkan. Siapa yang tidak suka dengan gelagat dan skil jenaka Bullock yang memang asli.

Digandingkan pula dengan aktor yang cukup dikenali keupayaan lakonannya seperti Ryan Reynolds, mudah kata keserasian dua pelakon ini bagaikan buku bertemu ruas lalu menjadikan realiti aksi dan situasi dalam filem ini kelihatan bersahaja, ada logika dan realistik.

Sepanjang filem bergerak di skrin, penonton hanya dijanjikan aksi mengejutkan dan penuh komedi bukan saja daripada Sandra dan Ryan tetapi juga keluarga Ryan yang pelik dan terlalu spontan membabitkan lakonan Mary Steenburgen, Betty White dan Denis O’Hare.

Persembahan daripada Anne Fletcher sebagai sutradara lebih menyerlah dibantu barisan pelakon yang tepat terutama kehadiran Betty White (yang cukup popular menerusi siri komedi The Golden Girls) meneusi watak nenek bernama Andrew yang berusia 90 tahun. Kalau ditakdirkan prestasi Bullock dan Ryan merudum, Betty adalah penyelamatnya.

Paling melucukan semestinya riak wajah Margaret dan Andrew apabila keluarga bakal suaminya itu rupa-rupanya sedang menyediakan persiapan majlis perkahwinan mengejut mereka berdua. Pada masa sama, pasangan ini diekori pegawai imigresen yang mahu mengesahkan hubungan Andrew dan Margaret adalah sah.

Bagi penonton yang meminati genre filem romantik komedi begini, The Proposal mengisahkan Margerat Tate sebagai seorang editor majalah yang berkuasa dan terkenal tidak terlepas daripada masalah apabila berdepan pendaftaran imigresen dan dia dalam proses diusir kembali ke tanah airnya, Kanada apabila lupa memperbaharui permit kerja.

Namun, kelicikan dan muslihatnya yang bijaksana menggunakan alasan spontan bakal berkahwin dengan pembantu peribadinya, Andrew (Ryan Reynolds) tidak lama lagi mengundang masalah lebih besar. Andrew yang bertindak sebagai pak sanggup sebenarnya sudah tidak tahan lagi bekerja di bawah Margaret yang ibarat singa lapar.

Selepas bersetuju untuk bekerjasama termasuk menaikkan pangkat Andrew sebagai pengarang dan menerbitkan bukunya, Margaret juga bersetuju menemani Andrew untuk pulang ke kampung halaman lelaki itu di Alaska.



kata prinze: kdg2 best tgk movie sorang2!!

Tuesday, August 04, 2009

Mee banjir udang Kuala Sepetang



Monday, 3 August 2009

Kisahnye aku br dpt tau kwn2 keje aku yg x bape nak btul ni plan nak pekena mee udang Kuala Sepetang ari ni. Kata dorg sume wajib pegi.

So ptg after keje kitaorg trus move dgn buah 2 kete ke Kuala Sepetang yg amik masa lebih kurang 1 jam gak nak smp dgn jam atas bridge smp la kul 8 kat tmpt mee udang famous yg penah masuk dlm majalah 3 dulu. Kalo dtg sini pilih la mee udang mak teh coz ramai kata yg ni yg sedap. Dorg bukak dr 7 pagi smp 11 mlm setiap ari.

Masa kami nak order tinggal 2 jenis mee je mee udang kolam= rm 6/semangkuk dan mee udang laut= rm 10/semangkuk. Bezanya of coz la rasa udang tu dan jumlah udang yg diletak. Udang laut lg best la dan 9 of us order udang laut la.

Puas la menikmati semangkuk mee yg ada 10 ekor udang di dalamnya. Kalo bukan pencinta mee pun ada menu lain mcm nasi goreng dan sup. Apa lagi, yg blum penah pg tu try la mai sini.





kata prinze: dulu alergi seafood tp semkn besar mcm dah xde apa!! so enjoy..

Monday, August 03, 2009

Jom tukar tayar kete


Semalam aku dgn excitednya bgn awal nak pg jogging, lama rasanya x jogging. Then masa on the way nak ke youth park tu aku rasa my prince mcm berat n bunyi. Xpe la finally aku smp gak kat tmpt parking youth park tu then turun2 je tgk tayar blakang belah kanan dah flat giler! Aduh first time jd ni dgn aku yg x bp mahir (wat malu je laki x tau tuka tayar!!) so trus aku call abah suruh dtg. Then sementara tggu abah tu sempat la aku berjogging, hehehe. So abah yg tukar n ganti dgn tyre spare, then aku bwk pg kedai tyre n tampal yg pecah tu kena la 6 rggt je. So mari kita blaja menukar tayar ( nmpk senang je tp bila kita wat tgh2 panas plak memg mencabar tenaga). Ni aku cedok kat laman web mana ntah!!


Ini sebenarnya kemahiran yang perlu tahu oleh semua pemilik kenderaan tidak kira samada lelaki ataupun perempuan.ini adalah kerana masalah ini timbul tidak kira masa dan tempat.Maka semua pemilik mesti mengetahui cara menukar tayar.

Apa peralatan yang kita perlukan apabila kita ingin menukar tayar yang pancit:


1) Jek

2) Wrench

3) Pembuka penutup roda

4) Tayar ganti

Peralatan diatas merupakan barangan yang dikeluarkan oleh kilang bagi setiap kereta.Pastikan jika anda menggunakan pengunci skru pada tayar anda pastikan ianya dibawa bersama.


Langkah 1

Berhentikan kereta dibahu jalan dan pastikan ia tidak mengganggu keadaan lalulintas.Periksa dahulu keadaan tayar ganti yang ingin ditukar itu dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan udara yang mencukupi.Tayar ganti ini terletak dibut belakang kereta.


Langkah 2

Jika kereta anda menggunakan penutup rim,gunakan pembuka penutup untuk membuka supaya untuk mendedahkan skru pengikat tayar.Dengan menggunakan wrench,longgarkan skru pengikat tayar kereta anda yang telah pancit.Pusingkan ia kearah lawan jam untuk melonggarkannya.


Langkah 3

Letakkan jek kereta pada jacking point kereta anda.Biasanya tempat inimempunyai lekuk penanda yang membolehkan longkang jek berada betul-betul berada pada jacking point tersebut.


Langkah 4

Dengan menggunakan winder,putarkan jek kearah putaran jam untuk menaikkan kereta anda sehingga terpisah permukan tayar dengan jalan.Kemudian tanggalkan tayar yang pancit tersebut dan letak dibawah kereta untuk keselamatan


Langkah 5

Gantikan tayar yang pancit tadi dengan tayar ganti kereta anda dan ketatkan sedikit skru tayar dengan menggunakan wrench tayar mengikut arah jam.


Langkah 6

Turunkan semula kereta dengan memutarkan winder mengikut arah lawan jam.Ketatkan semula skru tayar dengan menggunakan wrench dengan mengikut arah jam.Jika kereta anda disertakan penutup tayar,pastikan anda memasangnya semula.


Langkah 7

Selepas itu pastikan tayar yang pancit tadi disimpan didalam but mengikut kedudukan tayar ganti.Simpan semula peralatan yang telah digunakan ditempatnya.Bawalah tayar yang sudah pancit tadi ke kedai tayar untuk ditampal





kata prinze: jgn lupa kena ada tyre spare dlm kete!

Thursday, July 30, 2009

G.h.O.s.T season 2


Rite now, i'm so ardent following this series from youtube. Kat 8tv tu dah abis n aku memg x sempat catch up so dgn teknologi yg ada click je kat youtube. So far dah tgk smp episod 10, rasanya ada lg 3 episod. Memg best sgt siri ni. Kalo x caya tgk la sendiri..

Cerita bermula dgn seorg gadis Alicia anak seorg lawyer Edmund tiba2 je hilang kena culik. So dari situ bermacam2 org yg disuspect smp la berlaku byk murder n the killer meninggalkan tatoo misteri kat badan org yg dibunuh. Eza seorg wartawan dgn Alam yg mempunyai kuasa psikik berusaha to solve this mysteries dgn dibantu oleh roh Harum yg hanya boleh dilihat oleh mereka.

Memg la mcm ngarut skit cite ni coz ada roh, psycic power ala2 Charmed n Ghost Whisper tu tp ni la antara Malay series yg best aku tgk. Biasa la kalo omputih wat cite sume kita leh accept kan? Kalo org Malaysia wat ada je yg nak kritik!! Aku geram org mcm tu. Kalo rasa x suka n xleh terima xyah la tgk n x perlu la smp nak komen masuk dlm newspaper!! Ntah bila aku ada terbaca sorg reader ni komen ckp cite ni patut dihentikan kerana syirik dan leh wat org Islam terpesong!! Oh my GOD, xtau nak ckp pe org mcm ni, sungguh rendah mentalitinya.. Korang pk je la sendiri. Well sometimes people juz dont think before they speak..so the consequence reflect their low mentality..




kata prinze: suka tgk horror movie tp penakut gak kdg2!!

Saturday, July 25, 2009

Luahan hari sabtu



Minggu ni mcm x best je! Patutnye best coz minggu br dpt gaji tp ada la kes yg wat kepala otak aku serabut skit. Ingat x kes manusia yg x byr utang aku tu? Smp skang dah sebulan dia still x byr. Kesian la kat aku, aku pun bkn la byk duit sgt.

Bila aku call dia x jwb, msg pun x reply!! Dari ari Isnin aku msg n call ari2 tp xde jwpn. Sah sah aku ni kena kencing kan??? Korang tau x aku bkn kenal sgt org yg aku pjmkan duit ni, jmp pun br skali. Aku pjmkan atas dasar percaya since keje bwh division yg sama cuma dia kat kl n aku kat penang. Tp rupanya aku silap byk.

Masa nak pjm sehabis manis mulut dia berkata2 tp bila masa aku terdesak nak tuntut yg sememangnya hak aku 1001 alasan dia bg dan akhirnya dia wat diam je..

Kwn2 aku memg marah la kat aku n dorg suruh mintk smp dpt gak, jumlah xde la smp beribu2, ratus2 je tp cukup la nak wat duit mkn n minyak kete sebulan. Kalo korang kan, korang akan mintk dgn cara skali apa pun smp dpt atau korang juz anggap xde rezeki? Tolong la bg pendapat..





kata prinze: kdg2 susah nak mintk balik hak kita padahal memg kita punya!!

Wednesday, July 22, 2009

“Dari Zoom ke Cuti Cuti Malaysia”



Kalo korang rakyat Malaysia yg alert mesti tau pasal 2 kempen ni Zoom dan Cuti cuti Malaysia. Actually kempen ni objektifnya nak promote domestic tourism.


Dulu masa zaman Dato’ Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir amik alih ministry of Culture, Arts and Tourism, Cuti Cuti Malaysia ni la dia perkenalkan dan masa tu memang dorg promote habis habisan. Ingat x lagu Cuti Cuti Msia yg Siti Nurhaliza nyanyi tu? Memg sume rakyat Msia tau pasal Cuti Cuti Malaysia ni dari budak kecik smp la org tua. Pendek kata memg success la Cuti Cuti Msia ni.


Then bila Dato’ Azalina jd menteri, dia ubah nama Cuti Cuti Msia ni kepada Zoom. Zoom? Mcm x kena je nama tu, I mean mcm x melekat di hati. Ini memg terbukti coz bila wat survey tya public, 80% memg x tau Zoom tu apa!! Tp bila tya Cuti Cuti Malaysia sume tau. So memg x success la Zoom ni. Then lagu tema dia pun ntah apa2!!


Ha tp skang menteri yg baru ni Dato’ Ng Yen Yen nak gunakan blik Cuti Cuti Msia dan berkuatkuasa serta merta. So logo Zoom diganti kan blik dgn Cuti Cuti Msia.



Kata prinze: Cuti Cuti Msia slalu dekat di hati

Tuesday, July 21, 2009

Picture of us



these are some of the holiday pictures..




kata prinze: penat edit gmbar 2 ari ni dgn broadband yg ntah apa2!!