i got this email yesterday. juz wanna share the story..
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih
sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya :
"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu".
"Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar".
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" , mereka menjawab.
"Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi.
"Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke
dalam rumah".
Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!!
Isterinya bersetuju.
"Abg, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan , menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari
satu sudut rumah yang lain.. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"!
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".
Wanita itu un keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"?
Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi oleh
kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..
DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN"!!
kata prinze: kdg2 ada kekayaan br dtg kasih syg n kejayaan!!
1 comment:
mungkin benar kate prinze, kdg bile ade kekayaan baru ade kasih sayang. tapi, suci dan ikhlas kah kasih sayang itu?
kasih sayang mesti dari keikhlasan, baru dapat dirasai.bukan dgn adenya kekayaan, baru timbul kasih sayang. itu mungkin kasih dan sayang pada harta kekayaan,bukan pada hati..
Post a Comment