Tuesday, February 09, 2010

Tak Sabar











Hola, rasa mcm lama aku x bukak blog ni! Tapi xpe la blog aku ni bkn ada peminat pun..tp kalo ada gak yg sudi baca tu tima kasih la ek!! Tajuk entry tak sabar??? Sbenarnya tak sabar nak pg bercuti untuk tahun ni. Ke mana??? Dah lama aku impikan tempat ni..memang cantik, one of the most beautiful islands in the world tau!! That is PULAU PERHENTIAN.

Aku surf2 kat internet memang teruja aku tgk kecantikan pulau ni, rasa bangga Malaysia ada pulau ni!! Hopefully apa yg diplan untuk nx month menjadi..ngee memang tak sabar la ni!

Wednesday, January 20, 2010

Selamat Malam

Suka gile aku lagu ni at this moment!! what a beautiful lyric!! dgr lagu ni mcm bagi semangat utk ari esok! you r rock faizal tahir!!!

S.E.L.A.M.A.T M.A.L.A.M

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Saturday, January 16, 2010

Layan Midnite movie


Rasanya lama aku x tgk movie tgh2 mlm. Slalu tgk pun movie kul 9-10. So mlm td as usual 3 of us decided to watch "Case 39". Better la kan dari nak layan cite Ju on yg lembab tu.

Movie ni ada persamaan mcm cite "The Orphan" dan "The Omen". Tapi rasanya action Renne Zelweger melawan budak evil tu mcm x cukup!! Apapun movie ni better la dari movie "Carriers". 7 stars/10 stars.

Sunday, January 10, 2010

Movie yang hampeh!


Semalam tgk movie "Carriers". Memang ntah apa2 punya movie, rasa x berbaloi bayar RM 8!! Cite yang mcm xde intro, xtau penyakit apa yg menular, yang dipertontonkan sepanjang movie ni 4 orang yang cuba cari jalan keluar dari wabak penyakit berjangkit apa aku xtau!! Nyesal sgt2 tgk movie ni. Serius!!

Wednesday, January 06, 2010

Lesson of the day


This email sent by a fren really caught my attention! Morale of the story:

  • Appreciate what you have now
  • God knows what is the best for you
  • Everything happens for a reason

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

And here is the rest of it.

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERKATA : KENAPA AKU DIUJI???

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Friday, January 01, 2010

Welcome 2010



Selamat tahun baru 2010!! Semoga 12 bulan yg akan dtg ni lebih bermakna..Aku mengharapkan dimurahkan rezeki dlm apa jua, diberi kesihatan yang sempurna, kegembiraan dan kejayaan. Insyallah..

Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009



Ari ni last day of the year. Esok tahun yg baru menjelma... Try to look back at the past of some important memories in my life in 2009:

January- 2 orang kawan baik kawin bln ni Cik Yanie and Nora.
out for hotel survey in langkawi, perlis and penang

February- pg exam ptd kali ke bp ntah!!

Mac- Ada onsite survey, bosan gile seminggu!!!
finally ada kete sendiri

April- Outstation to Sarawak..best sgt pg Miri, Sibu, Bintulu, Kuching..

May- Fara and Afiq kawin, dan aku la pengapit afiq!!

June- Product update tgk Firefly
Drive to Melaka for family day

July- Holiday in Cameron n Taiping, best holiday ever!

August- Hiking to Taman Negara, Penang

September- Aku dah 1 year with Tourism Malaysia!!

October- I'm 26 year old..
Holiday in Jakarta..boleh la!!

November- Langkawi again for LIMA event 1 week

December- Bought Canon Ixus
Ami kawin
Kena saman kat kl


kata prinze: ada suka ada duka..

Wednesday, December 30, 2009

i was unlucky that nite


Aku start cuti 24 hb sampai la semlm 29hb. So mama decided ajak pg kl, nak jalan2 katanya. So drive la aku bwk dorang ni sume ke kl. Kul 7.30 pagi dah move la on 26hb tu. Dalam kul 11.30 smp la kl trus ke damansara nak pg IKEA. Punya la ramai org ye la dah pg ari cuti so sempat la shopping barang skit2 then trus ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sampai je situ 3-4 kali aku pusing cari parking, finally parking kat car park campbell complex. Biasa la jalan TAR ni memang syurga orang perempuan and ari tu ada pasar malam gak. Baru jalan skit tiba2 ujan lebat selebat lebatnya. Stop la kejap bwh khemah org jual nasi briyani tu, sempat la kami makan dalam kebasahan. Then ujan pun stop..berjalan la sepanjang TAR tu then masuk plak SOGO sempat lg shopping.

Then kul 8 kitaorang move to Cheras since lodging kat situ umah kwn ma. Memang kalo dtg kl tdo umah dia je, jimat hotel kan? So pas mandi n dinner aku ajak filan pg downtown cheras.
at 12 kitaorg kuar ber2 heading to downtown, sampai situ memang sesak byk kete parking tepi jln je, aku park dkt dgn traffic light since ada kete parking situ gak.

Kitaorang pun pusing2 la kat situ dkt 2 jam gak then nak blik tgk ada saman kat kete!! Adusss saman lagi? Saman speed trap aku pun x byr lagi. Xpe la filan kata dia nak byr since dia yg suruh parking situ. Then kitaorg pun blik, smp kat simpang nak masuk cheras indah tu ada traffic light! masa tu tgh merah, filan suruh jalan je..aku pun ikut je!

Then aku perasan ada kete polis ikut kete kami, aku wat xtau je sampai la dia bg signal siren lampu biru tu. Aku pun stop n dia mintk lesen n ic..katanya aku dah langgar lampu isyarat dpn tu. X cukup dgn tu dia bersoal jwb tya mcm2 dari mana, kenapa blik lewat..dan yg cukup wat aku bengang and pissed off gile ada ke kami berdua kena body inspection! x cukup dgn tu seluruh kete di check!!! bangang x bangang polis tu? Aku memang tarik muka dan sepatah haram aku x cakap.

Dalam hati aku masa tu kenapa polis ni bodoh sgt? muka aku mcm perompak or penagih dadah ke? dan yg pasti aku bengang kat filan coz dia yg suruh aku langgar traffic light tu td. Yang pasti saman tu tetap kena dan aku memang bengang gile utk 1 mlm 2 saman aku kena! aku terfikir gak nape la benda ni jd kat aku? geram dan sedih gak..tp mungkin ada hikmah nak suruh aku berhati2 nx time. tu la tajuk entry ni i was so unlucky..

Esok tu nasib baik aku dah cool skit then sblum blik Penang sempat singgah Pavillion n Times Square. Driving in kl make me so so sick..dgn parking mahal n lampu hijau yg cepat sgt..arghhh aku tamau hidup kat kl!!

Thursday, December 24, 2009

Dunia Pandora dan Avatar


Semalam after work sempat gak tgk movie Avatar ni! Before that kul 3 ptg aku curi kuar jap pg beli tiket, punya la ramai manusia yg beratur pjg beli tiket movie. Online booking GSC sampai skang system down, leceh tul nak tgk movie kena beratur pjg ni. Tapi punya excited n dah promise dgn adik aku nak tgk..sanggup la aku beratur gak.

Movie kul 6.30..smp kat Gurney dlm 6.15 then cari parking dkt 15 minit br dpt. Then smp plak kat GSC beratur pjg lagi nak beli popcorn!! Aduh dugaan btul..waktu2 nak cepat la sumenye jadi lambat. Nape slalu mcm tu ek?

Ok back to the story..cite Avatar ni memang best. Aku impress dgn dunia Pandora dan orang2 asli Navi ciptaan James Cameroon ni. Ada stengah member ckp cite ni bosan dan ntah apa2. Tapi bagi aku, movie ni sgt enjoy dan btul2 wat aku ada dlm dunia Pandora tu. Dri segi jalan cerita sgt typical dan predictable tp dunia Pandora tu dgn haiwan pelik, manusia unik, senjata orang jahat yg canggih dan pemandangan indah luarbiasa sangat buat aku teruja!! Avatar is one of my favourite movie this year..

kata prinze: kalo ada dunia pandora tu memang nak pg visit!

Tuesday, December 22, 2009

Aku fed up


Ari ni wat aku rasa kecewa dgn tempat aku keje. Aku rasa byk sgt yg x kena dan wat aku x happy sbnarnya. Susah sbenarnya untuk aku luahkan kat sini, aku x tau mcm ne dan dari mana aku patut luahkan..Tapi yang pasti setahun yang berlalu seolah2 aku tidak mengecapi kepuasan kerjaya yang maksimum...




kata prinze: susah nak dapat apa yg kita suka..

Wednesday, December 16, 2009

Facebook oh facebook


Memang x dpt dinafikan facebook or fb ni skang jaringan sosial no 1 kat Malaysia. This week btul2 x sangka aku jmp blik ramai member2 sekolah rendah dulu. Bayangkan member2 zaman sekolah masa darjah 4,5,6..betul2 innocent masa tu. Thanks to one of the fren yang pandai dan ingat nak taip nama aku then dari situ aku dapat kumpul ramai member2. Most of them yang perempuan dah kawin n ada anak la pun. Thanks fb for connecting people..



kata prinze: reunion maybe after dah jmp sume..

Saturday, December 12, 2009

Ubat demam



Orang kata kalo demam2 ni elok pekena sup atau tom yam. So malam tadi pekena la maggi tom yam kat Kapitan Kopitiam. Kapitan Kopitiam yang aku pg ni kat Giant Kulim, tgk kat business kad dia ada lagi 2 branches kat Perda dan Sunway. Memang best giler pekena dengan kopi ais. Ingat kopi ais ni biasa je rupanya kopi ais yang paling best penah aku minum. Serius x tipu..Harga pun ok sgt.








kata prinze: trus baik demam!!

Wednesday, December 09, 2009

Canon ixus 100is


Masa kat LIMA, sempat la aku beli digital camera yang memang dah lama aku idam2 kan untuk menggantikan konica minolta 3.2mp yang aku beli 5 tahun lepas. So my choice is Canon Ixus 100 is, camera yang paling slim yang canon penah wat. Saiz camera ni memang cute sebesar name card je!! Tapi kecik2 pun memang puas ati dgn kualiti 12.1mp. So memang berbaloi la dgn harga RM 949 with 8g memory card.

My evaluation :

design : 9/10
image Quality : 10/10
performance : 9/10
features : 9/10
value : 10/10


kata prinze: canon delighting you always

Tuesday, December 08, 2009

seminggu di Langkawi




Sempena LIMA 2009 Langkawi aku terlibat untuk official duty kali ni. So semiggu la kat Langkawi dengn cuaca yang teramat panas terik smp aku demam2 ni. Memang stress seminggu kat sana dgn keje, penat dan mcm2 lg la. Research division nak kitaorg do some research on trade visitor yang dtg kat LIMA tu. So bukan senang nak interview mat2 saleh yg high profile ni, tu la cabaran dan stress kat sana.. Balik umah trus demam,huhuhu

Wednesday, November 25, 2009

aku gila benda ni


Lately aku obsess sgt dengan fridge magnet. Selama ni xde la aku heran sgt dengan fridge magnet yang terlekat kat peti ais umah aku tapi sejak akhir2 ni aku rasa mcm best sgt kumpul fridge magnet ni especially fridge magnet yg dari luar negara. Malam tadi aku surfing2 rupanya ada blog fanatik org yg kumpul fridge magnet ni, then dorang siap jual lagi kepada yg berminat. Ada yang murah ada yang mahal. Kalo ada member2 aku yg pg overseas aku x kirim benda lain la, aku pesan fridge magnet je. Fridge magnet ni mcm cute, senang nak cari n ada trademark negara yg kita pg tu..

Tuesday, November 24, 2009

2012


Hebat sungguh penangan movie ni sampaikan online booking pun jam dah dkt 2 minggu. Then kalo kat cinema pun orang beratur panjang gile. Ingatkan dah seminggu tayang reda la orang tp x gak. Nasib baik aku dah beli tiket sehari sebelum tu pun mintak kawan tlg belikan then dapat la seat baris 3 dari depan, aduh..terpaksa la.


Lepas 2 jam lebih aku nonton movie tu, my opinion isi cite tu biasa je, apa yang wat movie tu hebat becoz of the cgi effect yang memang wat kita rasa btul2 dunia ni musnah dan hancur. Yang lain biasa je.. 3 bintang





Thursday, November 19, 2009

Sorry to my neighbour


Salah ke aku? Memang la aku salah bila aku terlanggar skit je kete jiran aku pagi tadi! Nasib baik xde sape nampak. Tapi wat aku rasa bersalah gak tapi kete aku yang kena teruk. Alkisahnya kete aku terhimpit oleh dua buah kete jiran yang wat aku sempit sgt nak reverse kuar parking tu. Punya la aku hati2 xnak bg terkena kete jazz merah tu at last kena kete yg sebelah proton iswara. Aduh!!! kete aku la scracth n kemek skit, memang aku rasa tension sampai terlewat masuk ofis pagi td. At the end hantar kedai gak bagi elok, melayang la RM 100 gak. Happy tgk kete aku dah elok ptg td. Kete jiran aku tu? Actually kete dia ok, skit je tu pun x nmpak sgt. Btul ke ayat aku tu? Or i'm covering myself? hrmmm...apapun aku mintk maaf byk2 kat jiran aku tu (macam la dia baca blog ni!!)


kata prinze: takut gak ni..

Thursday, November 12, 2009

Phobia 2


Inginkan cerita seram yang pelbagai dan menarik? Sila la tonton filem thai "Phobia 2". Ada 5 cerita seram yang berbeza dalam 1 filem. Elemen seram dicampur suspen dan komedi semestinya membuat aku enjoy menonton movie ni. Setiap cerita dilakonkan oleh pelakon yang berwajah komersial dan yang pennting memang pandai berlakon. Dalam 5 cite ni aku rasa yang paling seram cite yang ke 2- kisah terjadi di dalam hospital. Dan yang paling x best dan mengarut cite yang ke 3- pasal zombie mcm tu. Cite yang ke 5 agak menarik dan unexpected. 4 stars/5 stars


kata prinze: xde la ngarut sgt mcm skrip 707!!

Sunday, November 08, 2009

Tanya diri sendiri


Ada satu masa segala persoalan bermain main di kepala..tentang hubungan persahabatan, cinta, kerjaya dan masa depan.. Kadang-kadang samapai satu tahap aku mula bosan dengan sikap orang di sekeliling yang tak menghargai segala kebaikan aku lakukan. Jadi kepada orang macam ni malas aku nak fikir, biarlah dorang dengan ego dorang yang memang terlalu ego.

Pasal future plak I'm thinking to further my master...tapi banyak yang aku nak kena pk..Ma senang je cakap trus sambung..aku yang menanggung hutang2 kete, ptptn..Insyallah by the age 30, i'm gonna get my Master.. Susah nak senangkan hati orang di sekeliling kita sebenarnya..

Saturday, November 07, 2009

Pisau Cukur @ Gold Digger


Sape tak nak hidup senang kan? Hehehe penangan filem Pisau Cukur yang aku baru tgk td kat Queensbay. Oh Dior, Oh Jimmy Choo, Oh My Coach...sume tagline yang Fazura sebut tu aku rasa ramai akan ikut nanti, x caya tgk la!!

Apapun filem ni memang entertaining sgt, pelakon yg convincing, background atas cruise yang nampak real walaupun tipu je!

Filem komedi yang cerdik dan mampu wat aku gelak dan tersenyum sampai abis cite. Aku bagi 4 stars/ 5 stars. Congrats to Mr Bernard Chauly for this great Malay movie.






kata prinze: x suka filem komedi Melayu yang memaksa penonton gelak dengan lawak yang x berapa nak cerdik..