Monday, May 11, 2009

My Weekend



9 May 2009
Best giler karaoke dgn member2 keje kat Redbox. Memang puas la melontarkan vokal yg terpendam masing2 mlm tu. Patut kul 8 kitaorg start tp mlm tu dgn jln jam giler coz of Wesak punya parade sume jd lmbt. 9 lebih br start n melalak la kitaorg smp kul 12. To Az n Nina, thanks so much for this treat. What a great nite!


10 May 2009

Setiap tahun kita celebrate Mother's Day..walau tiada hadiah mahal dan istimewa, aku x pernah lupa wish dan bg kad. To mom, a very Happy Mother's Day and you r the best mom in the world..caya la!!

Friday, May 08, 2009

Stupid Dumb Idiot (that person)


This week mcm truk sgt bg aku!! Aku dpt tau ada org yg ckp buruk pasal aku then siap sampaikan kat kwn aku. Truk btul perangai kan? Kalau pompuan aku x heran sgt ni “lelaki”!!! lelaki ke mcm tu? Hahahaha. Mamat ni br 2 kali aku jmp and 2 kali gak kami ditugaskan bekerja skali. Aku x sangka mulut dan hati dia memang busuk, dpn aku elok je mcm xde apa tp rupanya kat blakang memg dia x puas hati smp buruk kan aku kat org lain..Aduh x abis2 org nak cr pasal dgn aku. Aku hanya mampu mendengar dan dlm hati aku hanya berkata kesiannya org mcm ni...Aku memg geram dan rasa nak tumbuk je mamat ni kalo dia ada dpn aku tp sib baik dia jauh kat hq kl. Cite dia byk yg kontra dan sume memburukkan aku. Semoga Allah sj yg dpt membalas..Amin, ari ni ari Jumaat…Kepada org2 yg cr pasal dgn aku..lantak korang la..janji aku wat keje n cukup bln aku dpt gaji..do I care? Ambik kata2 kak siti “x hidup dek puji, x mati dek keji”..Dlm hidup kita benda ni memg kita akan tempuh, cekalkan hati dan berdoa la supaya hati kita x jd sebusuk manusia2 keji tu..dan yg paling penting kita tau apa yg kita buat!!

Monday, May 04, 2009

G.H.O.S.T


Dulu aku ada terbaca kat blog Khai (www.justkhai.com) pasal dia review siri Ghost kat 8tv tu..tp aku x amik port sgt. So baru2 ni aku terbaca lg and wat aku excited nak tgk cite yang dipuji2 sgt ni. Aku pun start la tgk thru youtube episode 1..well memg best pun best sgt!! Sebuah karya tempatan yang penuh dgn idea dan jalan cerita yang awesome! Cite ni unpredictable sgt ala2 cite orang putih. Aku memg suka tgk cite2 yang suspens n cite yg mula2 kita ingat org tu baik then rupanya jahat!! Ala2 csi pun ada. Cheryl Samad la heroin dlm cite ni, memg best la lakonan dia and hero Naz, ok gak dia jd Zack Imran. Memg btul la kata Khai kalo tgk cite ni memg nama2 seperti Eza, Zack Imran, Julie, Jimmy etc memg akan bermain di kepala. Aku amik masa 3 ari tgk the whole episode. Kalo x, 1 mlm tu pun boleh tp broadband aku ni kdg2 ok kdg2 x ok so it took me 3 days to finish all episode. Skang kat 8tv tgh tayang Ghost 2 setiap Ahad kul 10.30 mlm. Tgk la memg best..kepada Awak..kalo free tgk cite ni tau.

Saturday, May 02, 2009

Welcome to Borneo




let's read my journey in Sarawak, 1 week i had been in Miri, Bintulu, Sibu and Kuching..it was an enjoyable of work trip and yet unforgetable.

13 April 2009

aku bertolak dari klia ke Miri dgn flight MH 2564 at 9.35. The 1 hour 45 minutes journey was so bored since aku x dpt seat dgn my collouge. I juz read the newspaper n magazine n mkn. The food served was great, i had a set of nasi lemak complete dgn bun,jam,fruit n yogurt. The flight x direct to Miri, we have to stop at Kuching Airport utk imigration checked. Then after about 15 minutes the journey continue and finally arrived in Miri bout 1 pm. Trus amik cab n went to Mega Hotel. Keje tetap keje..x sempat relax2 trus wat keje. Byk gak hotel nak kena pg...
Malam tu penat sgt. I had dinner kat dpn hotel..ada byk gerai mkn kat situ. Well let's talk about Miri, this is the second largest city after Kuching. Nothing interesting kat Miri actually..

14 April 2009
This morning we still had a few hotel yg nak kena pg, then after finish everything we decided to go to Niah National Park, about 1 hr++ naik bas dari Miri. Rasa lama giler nak smp Niah. Then bila dah smp n byr RM 10 we had to walk very very far before smp kat cave tu. Luckily, the route to the cave was juz convenient mcm jalan atas jambatan kayu yg sgt pjg. Before smp gua tu jmp la 4-5 org perempuan Iban yang menjual souvenier. Sempat la bergambar,hehehe walaupun x beli brg yg dijual. At the end nampak la pintu gua yang tersergam, cantik sgt pemandangan dlm gua tu penuh dgn pelbagai misteri dan tanda tanya. Actually Gua Niah ni bekas tapak arkeologi yang dorg jmp pelbagai barangan purba masa zaman2 batu dulu. It was quite scary actually since xde sp pun dlm tu n juz 2 of us. So we didn't spend much time there..nway it was a great experience!!

15 April 2009
Pagi2 lagi dah bgn untuk catch up the morning flight at 8.00 to Bintulu. Dari Miri ke Bintulu amik masa lebih kurang 45 minit via Maswing. Sampai Bintulu amik cab trus ke hotel. Then kami trus wat keje coz our concept habiskan keje dulu then enjoy sakan. Oh ya kat Bintulu ni la ada seseorang yang nak sgt mengenali aku, aku namakan dia Mr S. Baik sgt dia, bwk aku p bfast makan mee kolok n teh si ping. Di sini la bermula aku mengenali mee kolok (Sarawak famous local food) and teh si ping ( teh ais tp lg sedap kat srwk). Tq Mr S. Petang tu Mr S bwk p jln2 Bintulu and we had dinner together. Bintulu actually one of the bandar in Srwk yang pesat membangun and Bintulu terkenal dgn penghasilan gas. Mr S byk bg info pasal Bintulu n Srwk kat aku n aku sempt belajar bahasa Srwk. Kamek madah Srwk sama kitak!! kitak paham x? 1 nite in Bintulu was so memorable..tq so much to Mr S.

16 April 2009
Arrived in Sibu at 9 am n actually ikut plan kena bermlm 1 nite kat Sibu tp rasa mcm rugi je bermlm kat sini since Sibu is just small town n kami rasa boleh abiskan dlm a few hours je. So aku cepatkan flight to Kuching ptg ni gak. At least lama skit masa kat Kuching tu. So ptg tu gak naik flight to Kuching.. Kuching, finally aku smp gak kat bandaraya terkenal Srwk ni. Di sini la akan bermula pencarian kek lapis, terubuk masin..

17 April 2009
Bermulanya perjalanan ke Santubong coz ada 3 hotel kat situ yang kena pg dan kat situ la ada Kampung Budaya Srwk. Memang pelancong ke Srwk wajib pg ke Srwk Cultural Village. Bayaran nak masuk SCV ni RM60, mahal kan? Tp since kitaorang ada id n call card, so dpt la masuk free. Dalam SCV ni ada la dlm 10 buah rumah2 kaum etnik kat Srwk, juz like taman mini Asean kat Melaka. and the best part about the cultural performance. In a nut shell, actually kalo kami kena byr RM 60 tu rasa mcm mahal sgt dan not worth la..hehehe nasib baik free!!

18 April 2009
Hari untuk explore bandar Kuching, bergambar n shopping. Mr S ada pesan jgn lupa pergi ke Pasar Satok coz kat sini la segala2 boleh didapati. Yup kat sini la ada jual terubuk masin, kek lapis dan segala sayur, ikan, buah, ulat..mcm pasar tani. Pasar Satok ni hanya hari minggu je. So aku beli la terubuk masin, kuih cincin yg kwn aku pesan, mak pesan serbuk bubur pedas, perencah laksa srwk..
Then jgn lupa melawat muzium2 di Srwk..kat sini muzium sume masuk free je. Then nak pg mana lg ek? One of Srwk fren bwk kitaorg pg jln2 kat Petrajaya, beli kek lapis n had dinner srwk laksa. Tq Rizal.
Hotel aku Harbour View tu memg strategic sgt..lintas jln trus smp waterfront n kat situ gak ada byk kedai jual souvenier. So shopping la beli ole2.. well 1 bandar Kuching dah explore n mlm tu just spent time tgk movie "Jangan Tegur". Then after watching lepak kat waterfront n blik bilik packing bj.

19 April 2009
Pagi tu sempat lagi aku borong kek lapis Srwk, memg geram la tgk kek yg colorful n menarik sgt!! Flight to Kl at 3.00 pm and smp Klia aku kena tggu about 2 hours coz flight to Penang at 9pm. so juz lepak kat mcd Klia surfing so that aku xde a boring sgt. Finally smp Penang mlm tu at 10pm n penat sgt . Kalo dikira untuk trip ni 7 kali aku turun naik flight..nway kalo x kerana keje aku x rasa aku dpt pg sume tmpt ni so aku rasa best sgt pg sebab keje n smbl tu mkn angin la. Tq to F coz choosing me as ur partner for this tasks. Maybe Sabah after this....hehehehe

Tuesday, March 17, 2009

New Baby




Finally at the age of 25 year 5 month i got my own car, my dream car!!! Sukenyer..but will be more responsiblity and commitment after this, tu hakikatnya. Talk about this car, aku mula2nya x minat pun kete ni masa mula2 kuar kat m'sia tahun 2005 dulu. Even aku x pandang pun.. Aku actually minat gile Honda Jazz,tp mahal sgt ler kete tu..so started last year aku aimed kete yg aku pakai skang ni. Since last Disember kalo aku drive kat jln raya memg aku asyik jmp kete cute n sporty ni. Aku pun start bermimpi utk dptkan gak kete ni. And finally i own this georgeous car, that is my "Prinze Black Swift". To "my Boo" thanks so much coz walaupun antik tp byk berjasa kat aku dlm masa setahun lebih ni. Byk kenangan dgn my Boo tu..Sape My Boo tu? My father's old car, Blue Ford Laser 2 doors hatchback..juz amazing car. Thanks My Boo and welcome my Prinze.

Thursday, March 12, 2009

On site at Watt Chaiyamangkalaram


It's been a long time x update blog ni for this year. Biasa ar ikut mood. Hehehehe. My life is juz good and still looking for a better job. Aku baru je abis survey kat Sleeping Buddha, tempat yg aku x penah mimpi nak singgah walaupun kerap aku tempuh. It's juz a Siam Watt, ala2 kat Bangkok la. Foriegner wajib sgt dtg sini. Kalo tingin sgt nak tangkap gmbr ala2 mcm kat Bangkok dtg je kat sini. Patung2 kat luar tu sebijik mcm kat Grand Palace kat Bangkok. Respondent ok je, kuota yg kena dptkan sehari 10 foreigner n domestic. 3 hari aku stay kat situ jd sleeping Budha. hahahahaha..

Thursday, December 04, 2008

i love my job but i dont love my job

Lama x update blog ni..kadang2 xtau apa yg patut aku share dlm ni. Byk benda yg jadi sepanjang aku x update blog ni tp aku hanya simpan dlm hati je.Keje aku mcm biasa..boring la kdg2. Aku xtau apa yg sesuai dgn diri aku ni..aku minat nak jd wartawan n pembaca berita sebenarnya. Pramugara pun aku suka tp byk sgt penghalang n xde rezeki la tu.. Aku ni suka travel actually, suka sgt pg jln2. So keje pe tu? hahahahaha

Wednesday, September 24, 2008

Bingkisan untuk seseorang


Awak..sy faham apa yg awk lalui skang!! Actually sy terlebih dulu rasa apa yg awk rasa dan apa yg awk putuskan utk hidup dan diri awk skang..Cuba awk selami dan fikir blik. Sy di sini xnak salahkan sesiapa..Tp apa yg berlaku skang seolah berpatah blik antara kita. Apa yg sy tempuh and then kemudian awk akan tempuh the same thing. It seem wht u gv u get bck i guess. Ntah la kdg2 sy bingung dgn perjalanan hidup ni..Mcm ne awk x bleh rasa kesunyian mcm tu gak sy. Di saat sy perlukan awk, awk terlebih dulu menutup peluang itu utk sy..yg membuatkan sy tekad utk recover myself. Xpe ar wak..kita tempuh je suratan yg tertulis ni. Mungkin ada hikmah stiap apa yg terjadi coz everything happens for a reason. Ikutkan hati mahu sj bawa diri ni jauh dr sini agar x melukakan hati sesiapa lg..Untk awk, teruskan la perjalanan hidup awk, ikutla gerak hati awk dr ikut gerak hati org lain dan yg paling penting fikirla utk diri awk sblum awk fikir utk diri org lain. Hidup ini indah sebenarnya kalo kita bijak mengolah dan warnakan..Tuhan sj yg tahu apa yg sy rasa dlm hati ni.

Welcome to the new world


Ari ni dah seminggu lebih aku di tempt keje baru. Everything is new. A bit bosan actually coz at the moment memg aku xde keje and free giler2. Aku akan terlibat dgn research dlm bidang yg paling aku suka. Alhamdulilah rezeki ada utk aku, risau gak after resign keje lama ari tu aku kena tanam anggur lama2 tp semggu lebih je aku tggu. Dah tu bila dah dpt keje baru tu..masa 1st day aku lapor diri ari tu gak aku dpt tau aku get thru utk final interview keje lg 1. Aduh..keje ni kalo kita dah dpt keje mcm ni la sekali 2-3 dpt..tp kalo xde keje tggu la org nak bg keje. Well life mcm tu la. Tp aku decide utk stick dgn keje yg 1st aku accept coz better prospect. I hope so..

Tuesday, July 15, 2008

Last Day




7 July 2008
Last day in Bangkok. Aku checked out at 10 and amik cab to airport dgn harga 500 Baht or 50 rggt. My flight was at 1.55 pm and almost 3 hours I juz spent my time tgk2 org kat airport. Perut aku lapa giler tp duit Baht tggl 20 Baht je. Apa la yg aku boleh beli ek 2 rggt kat airport!!! Hahaha ada gak biskut harga 10 baht utk aku..thanks God.
Yg x best tu bagpack aku bwk masuk flight..masa bag checked up kena la rampas my facial foam Neutrogena coz exceed 100 ml and also hair cream coz consider liquid exceed 100 ml. Nasib baik la fragrance Channel Allure x kena rampas, kalo x ralat sgt aku rasa. Facial foam tu nak amik rampas je la coz x bp sgt harga dia tp kalo fragrance tu sayang sgt….At the end aku departed from Bangkok at 1.55pm n reached at 4.35pm. Aku smp Penang, apa yg aku rindu nak mkn nasi..and badan aku memg susut skit coz byk jln n x mkn nasi pun kat Bangkok..hehehe. Well this Bangkok trip was so meaningful to me walau ada certain thing yg aku makan hati n bengang masa kat sana but still it was fun n enjoyable.. kalo dpt peluang ke Bangkok lg aku tingin sgt nak pg floating market coz it is so “Thailand” coz this time x berkesempatan nak ke situ since tmpt tu jauh gak dr Bangkok City. Nanti la one day..maybe dgn seseorg..yg aku tggu…..Kapkunkap..

Siam Square





city of Bangkok

Day 4 in Bangkok. Aku decided nak jln sorang2 kat Bangkok since my cousin mcm x interested nak ikut atas sebab2 yg x perlu la aku cite kat sini. So aku juz ada maps and aku nekad nak jln sorg2 (berani gak aku ni wat mcm negara sendiri je). Aku naik BTS n stop at Siam square. Kat sini la ada Siam Paragon, the lattest shopping mall n full of branded stuff. Then aku pg Zen, Platinum Mall n Citycomplex. So ari ni hari melawat shopping mall kat Bangkok. Bukan beli apa pun juz tgk2 je tmpt org..lgpun esok aku nak blik la. Mlm akhir aku kat Bangkok aku pg kat Silom nite market tu cr souvenier dan menghabiskan duit Bath yg tggl…

Sawadeekap

tuk tuk of Thailand


choa phraya river
BTS



Day 3 in Bangkok, 5 July 2008

Seawal pagi aku bangun coz we r goin to Chatuchak weekend market. Naik BTS to Mo Chit. Chatuchak ni hanya on weekend, the biggest open market in Asia rasanya. Kat sini la boleh bargain serendah rendahnya or shop till u drop. Hahahaha.. dorg kata kalo nak pegi Chatuchak ni kena awal coz suasana dia akan jd teramat panas dan terik kalo pg lewat. Yes it was true. Baru kul 10 tp ambiance kat sini was so hot n humid, wat baju memg basah mcm mandi n wat kita jd mcm x tentu arah.. tp kat sini la heaven kalo nak shopping coz boleh bargain giler2. Kat sini sume ada jual kena pandai tawar je. Finally tgh hari kitaorg cr gerai makanan Muslim, aku rasa ada 1 je, aku amik kesempatan ni nak rasa tom yam pure dr Thailand. Terlalu pedas tp sedap..Hari yg memenatkan dgn cuaca yg sgt panas..aku rasa kulit aku dah gelap skit ni..hahaha. Itu la cite Chatuchak weekend market..

The Grand Palace








4th July 2008 - Day 2


Good morning Bangkok!! Hari kedua aku kat sini. Lepas breakfast kat Mc Donalds kat cp tower, we decided to go to the Grand Palace. The person yg memang aku berterima kasih sgt is Pop. Pop ni memg org Thai, aku kenal kat frenster je 3 mggu sebelum aku smp Bangkok. Tak sangka dia memg baik n sudi nak bwk aku n cousin aku pg Grand Palace. Orgnye kecik je tp bdn memg body fit shape. So Pop ni la yg bwk kitaorg naik BTS (LRT dorg) smp la kat jeti. Nak pg Grand Palace ni kitaorg amik boat n cruising along the Chao Phraya river. Well, the Chao Phraya is not so clean or clear but still they commercialize that as one of the famous attraction in Bangkok. Smp kat Grand Palace tu we have to buy the ticket 300 baht, but Pop masuk free je since Thai people is not charged. Org kata kalo smp Bangkok memg kena pg tgk grand palace ni coz it is one the Bangkok’s trademark. Aku memg impressed tgk architecture grand palace ni coz it is so unique and memg cantik la. Tertanya2 gak dr mana la dtg idea dorg invent this kind of architecture. Terlalu ramai visitor dlm grand palace smp nak amik pic pun kena ikut turn coz kiri kanan org sibuk posing. Aku byk amik photo kat sini coz tmpt ni memg unik. Lepas puas bergambar n tgk the whole grand palace, kitaorg move to Wat Arun. Apa yg Pop bgtau actually kat Bangkok ni memg famous dgn Watt je, yg aku baca dlm travel guide book pun sama. So yg membezakan setiap Watt ialah architecture. Mcm watt Arun tu ada menara pagoda tp aku x panjat la juz tgk dr bwh je. So kalo visit Bangkok, rasanya memadai la visit Grand Palace je coz kat situ la yg paling grand n ada watt emerald Budha. So kalo nak visit sume watt rasanye x dpt la kot n aku pun x minat sgt nak tgk watt2 ni. So our 2nd day was a bit tiring but full of fun n excitement at the Grand Palace or Watt Pra Kaw.

Welcome to Bangkok


3rd July 2008

Finally smp la time aku nak travel to Bangkok after 1 month book ticket online. Biasa ar Air Asia je yg murah. Departed from Penang airport at 5.05 pm. Bermulanya journey to Bangkok aku naik flight sorang2 dr Penang,x penah travel sowang2 all this while..sedih gak duk dlm flight sejam 40 minit tu. Juz layan my ipod n try to sleep tp xleh. Agaknye x sbr nak smp Bangkok so tu yg liat sgt mata ni nak pejam. Cantik gak one of the Thai stewardess tu..wat aku x kelip tgk dia. Hehehe. At 5.45pm (waktu Thailand, kalo waktu kita 6.45pm) aku sampai Suvarnabhumi Airport, airport ni leh kata baru gak la coz all this while Don Muang Airport. Well, aku rasa jauh lagi grand KLIA..yup airport kita much better. So aku jmp dgn dua pupu aku dan 2 org kwn dia kat airport then after immigration check up kitaorg trus amik cab to the city. Taxi kat sini sume Toyota brand..pastu colourful lak ada pink, biru, hijau, purple..multicolor sgt!!! Apa yg aku tau Bangkok ni terkenal dgn heavy traffic congested, one of the worse in the world!! Ntahla btul ke x tp kitaorg x le tempuh jam sgt. After check in kat Hotel Malaysia ( cantik gak hotel ni,affordable n nice) rest jap n then move to Silom naik moto taxi. Aku bayar 40 baht ( 4 rggt). Having our dinner at KFC, hmm susah nak cari makanan halal kat sini! Sepanjang jalan kaki lima kat sini dorg wat mcm ala2 petaling street mcm2 ada jual. Aku dah mcm x sabar nak beli tgk brg2 kat sini but my cousin’s fren ckp tggu dulu coz better beli kat Chatuchak market..so juz tgk2 la. Nite life in Bangkok is just heaven for those who really want fun n entertainment. Baru la aku tau nape Bangkok ni terkenal dgn “city of the sin” or “city of the sex”. Area Silom and Patpong ni byk soi ( jalan) then kat area ni gak ada go go boys and go go girls show. Siap duit je kalo nak merasa sume ni..but I come here with a little budget so I have to spend wisely.. Aku ada 4 hari lg kat sini….

Monday, June 30, 2008

2 cerita 4 sahabat




Ni ada cerita tentang kwn2 aku. Dua cerita dan masalah datang pada waktu yang sama. Semua ni pasal love relationship. Cerita y dan f agak similar tp dari certain sudut yg berbeza. Y dah pun bertunang dgn lelaki pilihan hati tahun lepas tp dr hari ke hari sebenarnya dia x hepi dgn relationship tu dan family pun agak x brapa berkenan dgn hubungan dia dan lelaki tu. At the same time dia terus terima lelaki tu kerana kesian dgn parent lelaki tu dan sayangkan hubungan dia sejak dr zaman blaja lg tp dlm hati dia dah x brapa syg sebenarnya.. Y takut dan x bersedia utk menjadi pasangan hidup lelaki tu since lelaki tu trus mempersoalkan tentang perkahwinan mereka. Bagi aku, aku dah ckp dgn y yg dia kena berterus trang dr memendam rasa untuk long term. Tp apa2 masalah pun kena la org empunya diri bertindak dan putuskan apa yg dia harus lakukan. Masalah f plak lebih kurang sama, f bercinta dgn lelaki pilihan hati dia sejak dr zaman kami kat uitm lg smp la keje skang. Pada mulanya memang nmpk sgt f yg mcm terhegeh2 kat lelaki tu tp akhirnya dorg couple gak. Masa couple mcm2 masalah..biasa la org bercinta. Smp la 1 tahap bila lelaki tu skang memg teramat syg dan tergila2 kat f tp f plak tiba2 berubah hati mcm xpasti utk terima lelaki tu ke x. Hati dan perasaan mereka tiba2 kontra. Lelaki tu dah pun dtg merisik f semlm tp at the same time f x pasti cinta dan syg dia kat lelaki tu..yg pasti lelaki tu teramat syg dan cinta kat f sepenuh hati..tp f still confius. Aku dah advise f suruh pk positif dan juz terima org yg dpt syg dan cinta dirinya sepenuh hati… Itulah 2 masalah yg diluahkan kat aku..dan apa persaman masalah y dan f? Lelaki2 yg y dan f aku sebutkan td adalah kawan aku gak. Tunang y kwn aku masa diploma dan boyfren f sahabat baik dan juga mcm abg aku dr zaman blaja degree. Dan secara kebetulan sume ni dtg pada waktu yg sama. Sebagai seorg sahabat aku hanya dpt memberi pandangan dan nasihat kat y dan f. Korang pun dah cukup matang untuk menilai, so tepuk dada tanyala selera..Cuma jgn la mengikut hati dan perasaan semata2 kerana takut binasa tp ikutla kewarasan akal dan fikiran, Insyallah akan ada penyelesaian..Masalah aku? Hanya aku yg tahu dan aku yakin aku kuat untuk menempuh..

Friday, June 27, 2008

Some moments are juz too cute for words


cutenye baby ni... wish my self and to everyone who read this.. Have a beautiful Friday..

Cerita Minggu Ni

25 June 2008- wednesday used to be my movie day last time. Tapi lately aku rindu la hari rabu movie day ni. So after office hour, aku ajak la si Y ( my office mate permpn) tgk movie kat Qb. Actually aku dah booked online cite Ayat-ayat cinta tp since ada org kata cite ni slow skit tp sedih...so aku tukar la plan. We decided to watch "Made of Honour". It was entertaining and romantic love comedy flick. The story was predictable but it was juz cool and awesome.
26 June 2008-i was hoping for my salary this month since aku nak fly to Bangkok next week. Aku memg harap salary ni nak buat blanja kat sana nanti. Oh ya i'm going to Bangkok from 3-7 July. Sume ni suddenly je..dua pupu aku abg Is yg beria ajak last month. Since aku pun tgh berduka lara masa tu, aku pun decide book flight ticket. Then tau2 je aku dah confirm ticket flight tu,hehehehe. Tu la aku..kdg2 unpredictable.. Tp aku teruja sgt nak pg Bangkok ni. Cuti dah isi dlm form tp x antar lg..hehehe tp lepas punya..
27 June 2008-Friday yg boring..xtau nape..sunyi...x best...ntah la. But life is full of mystery and secret....we won't know what's going on later... that's why life is so fun n beautiful..n challenging.

Thursday, June 12, 2008

just me

Finally I’ve made my decision..Aku dikatakan xde pendirian, fragile..ntah apa lg pdgn mereka..Ahh x kisah la apa org nak kata, aku yg menempuh aku lebih tahu. Aku lega sgt dgn keputusan aku dan aku dpt ketenangan akhirnya. Setiap benda yg terjadi dlm hidup kita sebenarnya ada sebab dan dr situ sebenarnya kita blajar dan mematangkan diri kita. Bagi aku kadang2 sikap pentingkan diri tu memg diperlukan dlm kehidupan x kisah la dlm apa jua perkara. Antaranya tentang perasaan dan hati. Kalau kita nak sayang seseorang sayang la diri kita terlebih dahulu dan juga jgn sesekali kita menipu hati dan perasaan diri sendiri. Tipu, bohong, hipokrit, lie…tu semua yg byk aku belajar. Dan tentang harga diri or self pride also is so precious or valuable.. Ntahla aku x bijak utk menyusun kata2 yg puitis di sini tp ini la yg ingin aku suarakan dr sudut hati. “Biar diri kita x dihargai tp masih ada harga diri dari hilang harga diri demi untuk dihargai”

Wednesday, May 14, 2008

still got the blues..

Di saat ini, banyak benda yang difikirkan. Aku kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Weekend yang lepas bz dengan assessment PTD kat Intan Sg Petani. Ini kali kedua aku bagi peluang kat diri aku untuk try. Aku selalu ingat “ I didn’t fail the test, I just found 100 ways to do it wrong”. Ada rezeki, ada la. Mama yg slalu mengharap aku dpt yg terbaik untuk diri aku. Anyway, aku happy dengan apa yg Tuhan bagi kat aku selama ini. Alhamdulilah..My working life is getting busy as usual with class and administration. This week, I have to handle the job interview yg memang x penah aku sangka aku kena wat. Fikir secara positif..banyak yg aku belajar kat sini. My personal life..aku sendiri kadang2 confius dgn perasaan aku…apapun hidup kena diteruskan…LIVE LIFE COOL. Malam td sedih plak layan lagu2 kat ipod, suddenly je kenangan masa lalu menjelma. Huhuhu..sedih ar…

Tuesday, April 15, 2008

hanya luahan rasa hati

Sekian lama x update blog ni wat aku rindu untuk meluahkan sesuatu. Sejak akhir-akhir ni byk perkara yg aku tempuh dan aku simpan jauh di sudut hati. Ntah mengapa sebak rasa hati bila mengenangkan kenangan yg telah tercipta dulu. Kenangan tetap tercipta tetapi yg terindah mungkin sekali sahaja. Ada benar kata- kata tu..Aku x mampu utk melupakan semua tu kerana terlalu byk yang indah untuk dikenang. Pertemuan yg meninggalkan kesan tu terlalu byk yg dpt aku belajar tentang hati dan perasaan. Sekuat mana cuba aku tahan, mengalir juga air mata ni..hmm hidup tetap perlu diteruskan. Pengorbanan yg aku rancang x menjadi nampaknya..aku tewas lagi kerana sayang dan cinta. Kadang-kadang aku rasa seperti lalang yg x tetap pendirianku tp mungkin ini lah aku yg x mampu untuk mengecewakan hati dan perasaan orang lain walau aku cuba tp aku tewas..Aku berharap apa yg aku lakukan ni akan ada hikmahnya. Hanya aku yg tahu apa yg aku rasa di saat- saat ini.